omniture

XCMG Buka Festival Pelanggan Antarabangsa XCMG ke-7, Perkukuh Kolaborasi dengan Rakan Kongsi Global

XCMG Machinery
2025-05-26 20:39 20

XUZHOU, China, 26 Mei 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425) telahpun berjaya menganjurkan Festival Pelanggan Antarabangsa XCMG ke-7 ("Festival") mulai 20 hingga 23 Mei di Xuzhou, China. Lebih daripada 2,000 pelanggan dari lebih 80 negara dan wilayah serta 60 wartawan dari dalam dan juga luar negara berkumpul di Xuzhou, China bagi meraikan dan menyaksikan edisi terbesar Festival ini setakat ini.

XCMG Opens 7th XCMG International Customer Festival, Strengthening Collaboration with Global Partners
XCMG Opens 7th XCMG International Customer Festival, Strengthening Collaboration with Global Partners

Yang Dongsheng, pengerusi XCMG Group dan XCMG Machinery, merakamkan rasa terima kasih dan hormatnya kepada rakan kongsi dari seluruh dunia. "Bak kata pepatah lama, 'Tiada sesuatu apapun, hatta gunung dan lautan yang dapat memisahkan insan yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.' Setiap kemajuan dan lonjakan ke hadapan dalam perjalanan globalisasi XCMG penuh dengan kepercayaan dan amanah daripada pelanggan global kami; ia merupakan kepaduan kebijaksanaan dan sumbangan daripada semua orang dan babak tempoh masa kita berkembang bersama-sama."

XCMG membariskan 16 kren paling laris terjual, yang menandakan bermulanya suatu perjalanan baharu bersama rakan kongsi global. Sebanyak 2,500 dron melukis manifesto "SOLID TO SUCCEED" ("MANTAP UNTUK BERJAYA") dengan langit malam sebagai kanvas, memetakan rangka tindakan untuk membina masa depan yang lebih hijau buat semua semasa majlis perasmiannya."

XCMG turut mempamerkan produk rintis dan teknologi hijau, termasuk mesin pengorek tanpa pemandu elektrik tulen XE215E dan jentera angkut elektrik XC968-EV, kedua-duanya menggunakan algoritma dibangunkan sendiri dan model AI XCMG serta dilengkapi dengan LIDAR berbilang talian, kamera dan unit pengkomputeran pembelajaran mendalam yang dikonfigurasikan secara meluas dalam peralatan pintar bagi mencapai penentu kedudukan trak, perancangan laluan dan pemuatan yang tepat.

Di majlis perasmian, Yang Dongsheng menyampaikan enam kunci emas bagi menyerahkan sekumpulan jentera angkat tercanggih, peralatan perlombongan dan jalan raya yang pintar serta digital.

Zon pengalaman interaktif dengan 12 program Festival diadakan yang seakan-akan dengan keadaan kerja sebenar dalam projek pengalaman pelanggan, termasuk jentera penggali, jentera jalan raya, jentera penyodok, kren cagak trak, trak bomba dan platform kendalian bandar.

Bertapak kukuh di lebih 190 negara dan wilayah, XCMG, sebagai jenama jentera pembinaan yang terkemuka, telahpun menggapai pencapaian yang luar biasa dalam teknologi produk, pembuatan pintar, pembinaan jenama, pembangunan pasaran antarabangsa dan banyak lagi.

Berlatarbelakangkan perubahan besar dalam landskap ekonomi global semasa dan penstrukturan semula rantaian perindustrian dan rantaian bekalan yang dipercepat, XCMG bertindak balas secara aktif terhadap cabaran dan merebut peluang, menunjukkan kebingkasan dan kevitalan yang kukuh dalam pembangunan.

Li Qi, naib presiden China Machinery Industry Federation, menyatakan dalam ucapannya bahawa XCMG menetapkan penanda aras bagi mentransformasikan dan menaik taraf industri jentera pembinaan.

"Kami berharap agar XCMG akan terus memainkan peranan utama dalam industri ini, memperkukuh kerjasama yang mendalam dengan rakan kongsi global dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan industri jentera pembinaan global," kata Li Qi.

Bermula dari lombong besi Simandou di Guinea hingga ke Kota Masa Depan di Arab Saudi, dari ladang angin di Eropah hingga lombong di Indonesia, XCMG komited untuk bertindak balas dengan tepat kepada permintaan pasaran dan setiap penyelesaian bermula daripada pandangan mendalam terhadap peraturan tempatan, standard dan kebiasaan kendalian, sentiasa menerobos sempadan jentera pembinaan demi membina masa depan dengan kejayaan dikongsi bersama.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425 Shenzhen:000425.SZ
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation