omniture

Inovasi Mantap Demi Masa Depan Hijau! XCMG Excavator Anjur Festival Pelanggan Antarabangsa Ke-7 di Xuzhou

XCMG Excavator
2025-05-27 23:21 79

XUZHOU, China, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Festival Pelanggan Antarabangsa XCMG kali ke-7 telahpun diadakan di Xuzhou, China bertempat di hab pembuatan mesin pengorek pintar XCMG yang terkini. Acara ini menonjolkan penyelesaian generasi akan datang yang pintar, aplikasi khusus dan peka terhadap alam sekitar melalui pameran produk, demonstrasi amali dan pertukaran teknikal yang kolaboratif. Rakan kongsi industri dan pelanggan dari seluruh dunia berhimpun untuk meneroka inovasi terkini yang mendorong amalan pembinaan lestari.

XCMG Excavator Hosts 7th International Customer Festival in Xuzhou
XCMG Excavator Hosts 7th International Customer Festival in Xuzhou

Bermula daripada Pencapaian kepada Penciptaan Bersama: XCMG Memperkenalkan Buat Julung Kali Barisan Lengkap Mesin Pengorek Rendah Emisi

Di acara ini, XCMG Excavator memperkenalkan 10 model generasi akan datang yang dikuasakan oleh elektrikbateri dan hibrid. Dalam lingkungan antara 1.5 hingga 70 tan, barisan yang komprehensif ini menekankan komitmen berterusan syarikat ini kepada transformasi hijau dan portfolio produk lestari yang teguh dalam usaha untuk menyokong matlamat Dwikarbon China.

Di zon demonstrasi secara langsung, pelanggan memandu uji mesin pengorek elektrik XE215EV dan memuji kebolehan manuvernya yang lancar, rangkaian kuasa responsif dan operasi yang senyap — keupayaan yang sejajar dengan permintaan pada masa kini terhadap produktiviti dan keselesaan pengendali di tapak kerja.

Wajar dinyatakan bahawa pelanggan dari Eropah Utara mengambil bahagian dalam perbincangan teknikal bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) XCMG bagi tujuan menambah baik fungsi mesin dan meneroka peluang penambahbaikan teknologi. Kolaborasi ini bermatlamat untuk membangunkan penyelesaian tersuai yang dapat memenuhi keperluan pasaran yang kian berkembang di seluruh dunia.

Bermula daripada Produk hingga Penyelesaian Tapak Kerja: XCMG Excavator Mencipta Pengalaman Pengendali Dunia Sebenar

"Saya pernah mengendalikan XE135F di hutan hujan Indonesia—ia sangat intuitif dan boleh disesuaikan," menurut seorang pelanggan Indonesia di pameran peralatan perhutanan dan mendapat anggukan penuh semangat daripada hadirin lain. Acara ini menonjolkan zon berasaskan senario yang mempamerkan paparan statik jentera perhutanan, penyelesaian pengendalian bahan dan aplikasi berbilang lekapan, berserta demonstrasi langsung berhubung operasi tolak tanah dan cerun curam. Simulasi memberi peluang kepada pelanggan untuk menilai prestasi dan ketahanan mesin pengorek XCMG dalam keadaan lapangan yang mencabar.

Cabaran pengendali interaktif, termasuk "Excavator Basketball" dan "Precision Hoop Drills", memberi semangat kepada para hadirin. Seorang peserta mengemudi mesin pengorek kompak XE60G dengan mahir yang mendapat kemenangan berturut-turut dalam pertandingan kawalan jitu, lantas mendapat persetujuan sebulat suara yang mantap. Aktiviti amali yang inovatif ini memperdalam keterlibatan pelanggan, seterusnya menekankan prestasi luar biasa dan kecemerlangan operasi mesin.

Bermula Daripada Kolaborasi hingga Kejayaan Dikongsi Bersama: XCMG Excavator Membuka Laluan Pertumbuhan Perkongsian Global

Di festival ini, salah satu pengedar XCMG Indonesia mengimbau tentang perkongsian mereka selama dua dekad lamanya, menyatakan bahawa sejak penghantaran peralatan pertama pada tahun 2005, perikatan ini menggunakan lebih 8,000 unit. Beliau menyebut bahawa inovasi tanpa henti dan penyelesaian direkayasa tersuai XCMG sebagai pendorong utama untuk kolaborasi mereka yang berterusan.

XCMG Excavator turut menganjurkan bengkel wakil penjual khusus yang memfokuskan pada aplikasi peralatan, cerapan pasaran dan strategi untuk mendapat sokongan selepas jualan. Memandang ke hadapan, XCMG Excavator mengesahkan sekali lagi komitmennya kepada kolaborasi global, memanfaatkan pendekatan "Senario + Produk" bagi menukar keperluan pelanggan kepada nilai yang dikongsi bersama dan pertumbuhan yang mampan.

Untuk maklumat lanjut mengenai XCMG Excavator, sila kunjungi https://www.xcmgglobal.com/solution/excavatots.htm.

Source: XCMG Excavator
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation