![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets telah mengesahkan penyertaannya di Wealth Expo Argentina 2025 yang akan berlangsung di Buenos Aires. Sebagai salah satu acara kewangan dan pelaburan terulung Amerika Latin, ekspo ini menghimpunkan penggiat industri utama, penginovasi dan ahli profesional kewangan di mana Vantage akan berinteraksi dengan para hadirin melalui pelbagai aktiviti dan perbincangan.
Tahun ini, Vantage bukan sahaja akan mempamerkan platform perdagangan berbilang asetnya yang memenangi anugerah di ekspo ini tetapi turut mengetuai perbincangan yang bernas melalui barisan penceramah istimewa yang dinamik daripada pasukannya.
Para pengunjung di Wealth Expo boleh menantikan sesi-sesi yang menarik dan informatif yang diketuai oleh pasukan Vantage:
Menambah kepada keterujaan ini, Vantage turut dicalonkan sebagai "Platform Perdagangan Terbaik" di Wealth Expo, lantas mengesahkan lagi komitmennya terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam bidang kewangan global.
Penyertaan Vantage di Wealth Expo Argentina turut mencerminkan kehadiran jenama ini yang semakin berkembang dan misinya untuk menyediakan capaian kepada alatan dan sumber pendidikan bagi mengemudi pasaran global dengan yakin.
"Amerika Latin ialah rantau yang penuh dengan peluang dan Wealth Expo Argentina ialah platform yang sangat sesuai untuk kami melibatkan diri dengan hadirin acara ini, bertukar-tukar pandangan dan mengambil bahagian dalam perbincangan yang penting kepada komuniti kewangan yang lebih luas," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Kami teruja untuk menyumbang kepada perbualan yang membentuk masa depan kewangan di rantau ini."
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai acara ini di Wealth Expo Argentina 2025. Kunjungi Vantage Markets untuk lebih banyak perkembangan terkini.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan pelanggan akses kepada peluang perdagangan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.