XIAMEN, China, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Jenama pakaian sukan profesional yang terkemuka XTEP telahpun melancarkan secara rasmi kasut larian unggulannya menerusi reka bentuk "Acceleration Colorway" yang baharu. Keluaran kasut ini menyampaikan mesej "Menguasai Rentak Peribadi Anda" ("Mastering Your Personal Rhythm") bagi memperkasakan pelari untuk mengawal rentak larian mereka dan menemui semula kebebasan pergerakan mereka baik dari segi fizikal mahupun mental.
"Pecutan" ("Acceleration") merangkum antara penetapan minda dan usaha mencari erti dalam kehidupan. Seperti mana pecutan mendorong objek ke hadapan, XTEP bermatlamat untuk memperkasakan individu melalui produk dan teknologi inovatif yang dapat membantu mereka menemui diri mereka sendiri semasa bergerak, lantas menyerlahkan potensi diri mereka dan menikmati setiap detik larian mereka. Dikatakan bahawa perjalanan kehidupan menghendaki keupayaan ini bagi "Mencapai Pecutan", seterusnya membolehkan setiap individu untuk melangkah ke hadapan di landasan mereka sendiri selain menyahut cabaran dan menerima peluang baharu. Slogan "Jadikannya Sesuatu yang Berbeza" ("Make it Different") juga selaras dengan komitmen jenama ini yang tidak berbelah bahagi bagi tujuan untuk memperkasakan pelari menemui kelajuan unik mereka sendiri dalam persekitaran yang berubah dengan pantas pada hari ini dan seterusnya membolehkan mereka memanfaatkan momentum peribadi mereka.
Dalam pada itu, XTEP dengan gembiranya mengumumkan pelancaran kempen larian malam bagi tujuan untuk menggalakkan semua pelari mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan berhubung aktiviti larian malam. Para peserta diundang untuk memilih laluan larian ikonik sejauh 3-5 kilometer yang menempuh tempat-tempat yang rancak lagi meriah, seperti pasar yang hiruk-pikuk, kawasan kejiranan lama mahupun taman yang mempunyai pemandangan indah dan ini menekankan tarikan aktiviti larian malam. Pengalaman dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan boleh dikongsikan melalui platform media sosial bagi memberi inspirasi kepada orang lain. Kongsikan detik berlari malam dan pengalaman peribadi anda melalui akaun media sosial anda mulai 10 Jun hingga 15 Jun, dengan tanda @xtepofficial dan gunakan juga tanda pagar #accelerationmoments #xperiencedifferent #makeitdifferent.
Latar Belakang XTEP
XTEP Group, salah satu jenama sukan yang terkemuka di China telahpun diasaskan pada tahun 1987 dan ditubuhkan secara rasmi sebagai jenama XTEP pada tahun 2001. Kumpulan ini disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong bertarikh 3 Jun 2008 (01368.hk). Pada tahun 2019, Kumpulan ini melancarkan strategi globalnya yang menggabungkan antara Saucony, Merrell, K•SWISS dan Palladium bagi menjadi sebuah kumpulan sukan bertaraf antarabangsa terkemuka yang terdiri daripada pelbagai jenama sukan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai XTEP, sila kunjungi https://www.globalxtep.com/