omniture

WiseChip Tonjol Penyelesaian Paparan OLED dan TFT di CommunicAsia 2025

WiseChip Semiconductor Inc.
2025-05-28 12:00 14

No. Reruai 3F3-12 | 27–29 Mei 2025 | Singapura EXPO

MIAOLI, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- WiseChip Semiconductor Inc., pelopor bagi teknologi paparan PMOLED yang mempunyai pengalaman selama hampir 20 tahun, menggamit perhatian di CommunicAsia 2025 menerusi inovasi paparan OLED dan TFT yang terkini di Reruai 3F3-12.

WiseChip presents its latest OLED and TFT displays at CommunicAsia, highlighting applications in smart devices and vehicles with features like high contrast and low power use.
WiseChip presents its latest OLED and TFT displays at CommunicAsia, highlighting applications in smart devices and vehicles with features like high contrast and low power use.

Penyelesaian yang dipamerkan menyasarkan kawalan pintar, pengkomputeran industri, barangan elektronik automotif dan peranti terbenam kompak yang menekankan ciri kecerahan tinggi, kecekapan tenaga serta integrasi yang mudah.

Teknologi OLED yang dibawakan termasuk: 

  • Modul OLED Lutsinar Mini: Paparan yang amat nipis dan boleh dibaca di bawah sinaran matahari yang mempunyai ikon boleh suai untuk modul optik dan HUD.
  • Modul OLED Sentuh (Dalam-Sel / Luar-Sel): Modul berkuasa rendah yang nipis untuk peranti boleh pakai, peranti perubatan dan aplikasi IoT yang menyokong kawalan gerak isyarat yang intuitif.
  • OLED dengan Kecerahan Tinggi, Berkuasa Rendah: Paparan pancar sendiri yang kompak dengan toleransi suhu yang luas untuk kegunaan terbenam.
  • Turut dipamerkan ialah sistem yang dibangunkan oleh rakan kongsi:
  • TFT Kluster Pintar: LCD 5"–10.3" dengan kecerahan 1000-nit, mengintegrasikan data pemanduan, DVR dan sokongan untuk CarPlay/Android Auto.
  • Sistem DVR Dwikamera: Modul 1080P dengan ciri-ciri keselamatan penunggang seperti BSD, RCW dan LCA.
  • PC Industri: Platform berbilang teras Intel® dengan sentuhan kapasitif dan panel terkadar-IP65 untuk persekitaran industri.

"WiseChip kian berkembang daripada perkakasan paparan kepada integrasi sistem dan reka bentuk bertumpukan pengguna," kata seorang jurucakap. "Seiring dengan rakan kongsi kami, kami menukar inovasi menjadi penyelesaian dunia sebenar."

Demonstrasi langsung tersedia di Reruai 3F3-12 hingga 29 Mei.
Maklumat lanjut:www.wisechip.com.tw | Hubungi:MKT@wisechip.com.tw

 

 

Source: WiseChip Semiconductor Inc.
Related Stocks:
Taiwan:5245
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services Trade show news