omniture

Pengumuman Penerima Hadiah The Shaw 2025

Shaw Prize
2025-05-28 12:23 82

HONG KONG, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- 

The Shaw Laureates 2025 (from left to right): John Richard Bond and George Efstathiou, The Shaw Prize in Astronomy; Wolfgang Baumeister, The Shaw Prize in Life Science and Medicine; and Kenji Fukaya, The Shaw Prize in Mathematical Sciences.
The Shaw Laureates 2025 (from left to right): John Richard Bond and George Efstathiou, The Shaw Prize in Astronomy; Wolfgang Baumeister, The Shaw Prize in Life Science and Medicine; and Kenji Fukaya, The Shaw Prize in Mathematical Sciences.

The Shaw Prize dalam Astronomi  dianugerahkan secara sama rata kepada

John Richard Bond
Profesor, Canadian Institute for Theoretical Astrophysics dan Profesor Universiti, University of Toronto, Kanada dan

George Efstathiou
Profesor Astrofizik, University of Cambridge, United Kingdom

atas penyelidikan perintis mereka dalam bidang kosmologi, khususnya kajian mereka berkaitan turun naik dalam latar gelombang mikro kosmik. Ramalan mereka telahpun disahkan oleh sekumpulan instrumen berasaskan darat, belon dan angkasa yang membawa kepada penentuan persis berkenaan umur, geometri dan kandungan jisim-tenaga dalam alam semesta.

The Shaw Prize dalam Sains Hayat dan Perubatan  dianugerahkan kepada

Wolfgang Baumeister
Pengarah Emeritus dan Ahli Saintifik, Max Planck Institute of Biochemistry, Jerman

atas pembangunan perintisnya dan penggunaan tomografi elektron-kriogenik (cryo-ET), satu teknik pengimejan yang mengupayakan pengamatan tiga dimensi dibuat ke atas sampel biologi, termasuk protein, kompleks makromolekul dan pangsa selular sebagaimana ia wujud dalam persekitaran selular semula jadinya.

The Shaw Prize dalam Sains Matematik  dianugerahkan kepada

Kenji Fukaya
Profesor, Beijing Institute of Mathematical Sciences and Applications dan Yau Mathematical Sciences Center, Tsinghua University, PRC

atas usaha perintisnya berhubung geometri simplektik khususnya dalam membayangkan kewujudan sesuatu kategori — pada masa ini ia digelar kategori Fukaya — yang melibatkan fungsi Lagrangian pada manifold simplektik, atas usahanya memimpin tugas yang amat besar bagi membangunkannya dan juga atas sumbangan rintis dan membawa impak yang selanjutnya terhadap topologi simplektik, simetri cermin dan teori tolok.

Selasa, 27 Mei 2025. Semasa sidang akhbar yang diadakan pada hari ini di Hong Kong, The Shaw Prize Foundation mengumumkan para Penerima Hadiah The Shaw bagi tahun 2025. Maklumat disiarkan melalui laman web www.shawprize.org pada waktu Hong Kong 15:30 (GMT 07:30).

The Shaw Prize terdiri daripada tiga hadiah tahunan: Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan serta Sains Matematik yang setiap satunya membawa anugerah dalam bentuk monetari bernilai AS$1.2 juta. Ini bakal menjadi tahun kedua puluh dua Hadiah ini dianugerahkan dan majlis penyampaian anugerah dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 21 Oktober 2025 di Hong Kong.

Ini merupakan salinan terjemahan dan bagi mendapatkan ketepatan profesional, sila rujuk Versi Bahasa Inggeris.

Source: Shaw Prize
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)