omniture

Peneraju Industri Percepat Penerimagunaan Teknologi termasuk GenAI untuk lebih 6,000 Perusahaan

Infocomm Media Development Authority of Singapore
2025-05-28 16:35 80
  • Tiga rakan kongsi baharu dalam Rangka Tindakan Perusahaan Digital bakal membina keupayaan PKS dalam GenAI, Awan dan Kebingkasan Siber
  • AWS dan Microsoft akan bekerjasama dengan IMDA bagi mempercepat penerimagunaan GenAI dan membawa manfaat kepada 1,000 PKS Matang Secara Digital
  • Sebanyak 800 peluang pekerjaan dan latihan pengamal AI tempatan tambahan akan diwujudkan bagi menyokong permintaan yang akan datang

SINGAPURA, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Perkongsian baharu bersama syarikat-syarikat gergasi industri iaitu Alibaba Cloud, Prudential dan ST Engineering akan memberi capaian kepada lebih banyak PKS tempatan terhadap teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI), awan dan keselamatan siber. Seperti yang diumumkan pada hari ini semasa perasmian ATxEnterprise oleh En. Tan Kiat How, Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Digital dan Maklumat, kolaborasi baharu ini, dalam usaha menyokong Rangka Tindakan Perusahaan Digital (DEB) negara ini akan memperlengkapkan perniagaan bagi mempercepat penerimagunaan teknologi perbatasan. En. Tan turut melancarkan dua program bakat baharu yang akan memberikan peluang peningkatan kemahiran dan mewujudkan laluan kerjaya AI buat warga tempatan. Program-program ini akan melatih Pengamal AI mendahului permintaan tatkala Singapura mempercepat penerimagunaan AI Generatif (GenAI) dalam seluruh ekosistem perusahaan, seterusnya memantapkan kedudukan negara ini sebagai hab AI global.


Tiga perkongsian baharu bagi meningkatkan keupayaan digital PKS 

2.  IMDA akan melaksanakan tiga perkongsian baharu yang direka untuk mengukuhkan penerimagunaan AI dan meningkatkan kebingkasan siber dalam seluruh landskap PKS. 

  • Perkongsian bersama Alibaba Cloud bagi meningkatkan keupayaan awan dan AI – sehingga 3,000 PKS dan penyedia penyelesaian digital akan mendapat sokongan bagi meningkatkan keupayaan awan dan AI melalui Program Pemecut Digital Awan Alibaba. Inisiatif yang komprehensif ini dapat memperlengkapkan perniagaan dengan pengalaman awan praktikal serta sumber teknikal, termasuk sokongan melalui kredit awan, bengkel latihan teknikal, perundingan pakar dan capaian percubaan kepada Cloud AI Model Studio daripada Alibaba.
  • Perkongsian bersama Prudential Singapore bagi meningkatkan penerimagunaan GenAI – di bawah Program GenAI Xponential, melalui perkongsian Prudential bersama rakan kongsi Ekosistem Keterlibatan Bakat, Republic Polytechnic akan mengeluarkan siri sehingga 10 video penjelasan teknologi GenAI yang disesuaikan untuk PKS dan mengadakan sehingga empat bengkel bagi membantu PKS mempelajari lebih lanjut mengenai penyelesaian GenAI yang telah diluluskan lebih awal oleh IMDA dan seterusnya mendorong penerimagunaan.
  • Perkongsian bersama ST Engineering bagi melancarkan Program Kebingkasan Siber PKS – inisiatif ini akan menyediakan perkhidmatan pengimbasan ancaman siber percuma sekali kepada sehingga 2,000 PKS melalui platform CTO-sebagai-satu-Perkhidmatan daripada IMDA, sekali gus memperlengkapkan mereka dengan pemahaman yang amat penting tentang ancaman siber baru muncul dan strategi pertahanan melalui acara kesedaran khas.

3.  Perkongsian baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah DEB untuk memperkasakan pendigitalan yang bakal terjadi seterusnya untuk perusahaan. Sejak dilancarkan dalam bulan Mei 2024, DEB membawa manfaat kepada lebih 10,000 perusahaan. 

Meluaskan sokongan GenAI untuk PKS Matang Secara Digital

4.  Inisiatif GenAI x Peneraju Digital IMDA dilancarkan pada tahun 2024 bagi membantu DME membina keupayaan digital dan menangani cabaran utama. Seiring dengan AWS dan Microsoft, lebih 200 perusahaan diperlengkapkan dengan pemahaman teknikal yang lebih mendalam tentang GenAI dan mendapat capaian yang lebih besar kepada kepakaran teknologi serta nasihat mengenai penggunaan penyelesaian GenAI.

5.   Pada masa ini, IMDA menyokong 50 DME menerusi pelaksanaan projek yang membawa impak perniagaan yang konkrit - menghasilkan anggaran peningkatan produktiviti setinggi 50% dan penjimatan kos tahunan sehingga S$300,000.

6.   Ketika ini, IMDA memperkukuh perkongsiannya bersama AWS dan Microsoft bagi mempercepat penerimagunaan teknologi perbatasan. Inisiatif yang ditingkatkan ini bertujuan untuk mendekati lebih daripada 1,000 perusahaan dan menyokong sehingga 500 projek pada tahun akan datang. Kolaborasi yang diperluas ini akan memberikan dua kali ganda bilangan Tech Discovery Workshop dan sesi Tech Deep-Dive diperibadikan dan dalam masa yang sama mengurangkan sebanyak separuh kos dan masa pembangunan penyelesaian dengan ketara melalui pemanfaatan alatan pembangunan teknologi yang terkini dengan modul GenAI prabina.

7.   DME akan mendapat capaian yang dipertingkat kepada kepakaran teknikal, termasuk pakar bidang khusus dan pembangun model yang disokong oleh sumber-sumber penting seperti kuasa komput dan kredit awan.

Kolaborasi bersama AI Singapore dan syarikat-syarikat utama untuk menyediakan 800 peluang pekerjaan dan latihan kepada Pengamal AI kepada penduduk tempatan

8.   Permintaan terhadap bakat AI terus meningkat tatkala syarikat-syarikat utama menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI (CoE) dan membina pasukan dan aktiviti AI mereka di Singapura. Demi memenuhi permintaan ini, IMDA menggiatkan usaha untuk membina saluran bakat AI Singapura. Melalui program Latihan Diterajui Syarikat TechSkills Accelerator (TeSA), IMDA memperoleh 400 peranan Pengamal AI tempatan melalui kolaborasi bersama syarikat-syarikat utama seperti Amazon Web Services (AWS), Microsoft, Oracle dan SingTel.

9.  IMDA turut bekerjasama dengan AI Singapore (AISG) dan industri bagi melancarkan dua program latihan baharu yang akan menyediakan 400 peluang pekerjaan dan latihan Pengamal AI tambahan buat warga tempatan. 

  • Program Perantisan AI (Industri) (AIAP(I)) – Bagi melatih lebih ramai warga tempatan untuk mengambil peluang pekerjaan dengan peranan Pengamal AI.
  • Program Industri AI Pinnacle (PAIP) – Meningkatkan kemahiran Pengamal AI tempatan di syarikat-syarikat perbatasan demi menjadi pembina model yang mahir.

10.  Dijangka akan dilancarkan dalam bulan Jun 2025, AIAP(I) yang dibangunkan melalui kolaborasi bersama AISG akan memperlengkapkan warga tempatan dengan kemahiran AI, Data dan Pembelajaran Mesin selain peluang untuk mengasah kemahiran mereka dalam projek-projek dunia sebenar melalui program selama enam bulan. AIAP(I) bermatlamat untuk melatih sebanyak 300 Pengamal AI secara berkelompok dalam tempoh dua tahun. Setelah selesai latihan, para pelatih akan bersedia untuk diambil bekerja oleh AI COE dan syarikat-syarikat terkemuka.

 11.  Bagi membina kepakaran teknikal yang lebih mendalam seperti pembinaan dan penambahbaikan model AI termaju sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat perbatasan, IMDA bekerjasama dengan pasukan SEA-LION daripada AISG bagi membangunkan PAIP. Inisiatif ini yang dijangka akan dilancarkan dalam separuh kedua tahun 2025 merupakan program sepenuh masa selama enam bulan dan intensif yang akan meningkatkan kemahiran 100 Pengamal AI tempatan bagi menjadi pembina model yang mahir dalam tempoh tiga tahun.

HUBUNGI: atxsg.imda@archetype.co

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things