omniture

Perennial Holdings Tandatangani Perjanjian bersama Guangzhou Metro Tubuhkan Hospital Besar Tertiari Milik Asing Sepenuhnya Pertama di Guangzhou dan China Selatan

Perennial Holdings Private Limited
2025-05-28 22:03 94

SINGAPURA, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") memeterai perjanjian dengan Guangzhou Metro Group Co. Ltd ("Guangzhou Metro") yang melalui perjanjian ini Perennial Holdings akan memajakkan ruang berkeluasan kira-kira 105,000 meter persegi dan melabur sebanyak anggaran RMB1 bilion bagi menubuhkan sebuah hospital besar tertiari dan sebuah hospital pakar di Menara Tenggara Yuesheng Plaza yang bersebelahan dengan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi ("HSR") Baiyun di Guangzhou. Hospital besar ini bakal menjadi hospital besar tertiari milik asing sepenuhnya yang pertama di Guangzhou dan China Selatan. Kedua-dua kemudahan perubatan ini akan mencapai kapasiti terancang keseluruhan dengan sebanyak lebih 600 katil.

Majlis penandatanganan disaksikan oleh pegawai kerajaan, termasuk En. Lai Zhihong, Naib Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Guangzhou, Cik Cindy Wee, Konsul Besar bagi Konsulat Besar Singapura di Guangzhou serta para tetamu daripada pelbagai sektor.

Perennial Holdings' first wholly foreign-owned tertiary general hospital in Guangzhou and Southern China and new specialist hospital (Southeast Tower of Yueshang Plaza)
Perennial Holdings' first wholly foreign-owned tertiary general hospital in Guangzhou and Southern China and new specialist hospital (Southeast Tower of Yueshang Plaza)

Di kedua-dua hospital ini, konsep kemudahan dan perkhidmatan perubatan berkongsi ("Platform Perubatan Berkongsi") bakal dilaksanakan. Platform Perubatan Berkongsi model Singapura ini akan membolehkan para doktor dan kumpulan perubatan beroperasi berasaskan model perniagaan aset ringan yang melaluinya mereka memberi tumpuan semata-mata untuk menyediakan perundingan dan rawatan perubatan tanpa melabur dalam kemudahan serta perkhidmatan perubatan. Sebaliknya, mereka akan memanfaatkan Platform Perubatan Berkongsi yang disediakan dan diurus oleh Perennial Holdings yang melibatkan bilik bedah termaju, peralatan pengimejan diagnostik yang canggih dan makmal klinikal yang ekstensif. Model ini dilaksanakan dengan jayanya di hospital besar Perennial Holdings di Tianjin iaitu hospital besar tertiari milik asing sepenuhnya yang pertama di China yang memulakan operasinya awal tahun ini. Model ini terbukti dapat menawarkan kemudahan dan kecekapan kos kepada para doktor dan kumpulan perubatan, lantas membolehkan mereka mengembangkan dan meningkatkan amalan mereka dalam seluruh pembangunan berorientasikan transit ("TOD") HSR yang bertumpukan penjagaan kesihatan daripada Perennial Holdings. Kerja-kerja pembangunan dijangka akan bermula dalam bulan Julai 2025 dan siap dalam tempoh setahun.

Kedua-dua hospital ini membentuk fasa pertama Bandar Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Baiyun Perennial yang dijangka menjangkau keluasan lebih 1.18 kilometer persegi dan dikonseptualisasikan menurut perjanjian perkongsian strategik yang ditandatangani antara Perennial Holdings dan Kerajaan Daerah Baiyun Guangzhou pada penghujung tahun 2024. Agar dapat dibangunkan dengan anggaran jumlah kos pelaburan sebanyak RMB5 bilion, Perennial Holdings akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Daerah Baiyun Guangzhou untuk menarik pelaburan secara bersama selain sumber dan institusi perubatan tempatan dan antarabangsa yang berkualiti tinggi, serta menggalakkan perkongsian sumber bagi tujuan mempercepat kejayaan pelaksanaan kawasan yang utama ini.

Bandar Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Baiyun Perennial dibayangkan akan menjadi sebuah kawasan perubatan dan kesejahteraan yang mengintegrasikan komponen perubatan, kesejahteraan, penyelidikan, latihan, komersial dan kediaman. Komponen perubatan yang mencakupi hospital dan kemudahan bioperubatan bertaraf tinggi dalam berbagai-bagai disiplin, bersedia untuk menjadi hab perkhidmatan penjagaan kesihatan antarabangsa untuk Asia Tenggara dan Asia-Pasifik. Menerusi sokongan keupayaan teleperubatan dan peranti perubatan pintar, komponen perubatan yang komprehensif ini dijangka dapat menawarkan rawatan dan penjagaan perubatan merentas kesemua peringkat hidup, termasuk penjagaan pencegahan, akut, kronik dan akhir hayat.

En. Pua Seck Guan, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perennial Holdings, berkata, "Kami berbesar hati dapat menubuhkan hospital besar tertiari milik asing sepenuhnya yang pertama di Guangzhou dan China Selatan, berserta hospital pakar di Yuesheng Plaza Guangzhou Metro. Pelaburan sebanyak RMB1 bilion sejajar dengan fokus strategik kami ke atas TOD HSR bertumpukan penjagaan kesihatan yang berperanan sebagai pengupaya perniagaan penjagaan kesihatan kami dan merupakan penglibatan perniagaan penjagaan kesihatan sulung kami ke Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau. Kami juga teruja dengan pemeteraian perjanjian bagi pencapaian kami yang seterusnya menerusi penubuhan hospital besar tertiari milik asing sepenuhnya kedua kami di China, susulan hospital besar tertiari pertama kami di Tianjin."

En. Pua menambah, "Guangzhou merupakan sebuah destinasi pilihan untuk rawatan perubatan. Lokasi strategik hospital kami di pusat bandar Baiyun Guangzhou dan kedekatannya dengan stesen HSR Baiyun memberikan capaian kepada kawasan tadahan penduduk melebihi 100 juta orang di seluruh Kawasan Teluk Besar. Platform Perubatan Berkongsi model aset ringan kami untuk para doktor dan kumpulan perubatan, digandingkan dengan status hab penerbangan antarabangsa Guangzhou dapat mempermudah perkongsian global bersama para doktor dan kumpulan perubatan luar negara yang ternama. Di samping itu, sumber perubatan yang begitu banyak di bandar ini, hospital perubatan barat dan tradisional Cina yang tersohor, institusi akademik terkemuka dan bakat tempatan yang mahir, digabungkan dengan persekitaran perniagaan yang kondusif serta sistem kerajaan yang cekap, memberikan sokongan penting demi kejayaan pelaksanaan hospital-hospital kami. Iklim Guangzhou yang selesa dan masakan yang beraneka juga amat sesuai untuk pesakit tempatan dan antarabangsa yang mendapatkan rawatan serta rekuperasi selepas pembedahan."

En. Pua Seck Guan, menambah selanjutnya bahawa, "Menerusi pasukan profesional yang terdiri daripada pengamal perubatan antarabangsa, peralatan perubatan yang canggih dan standard penjagaan peribadi yang tinggi, hospital besar dan hospital pakar kami akan memantapkan kedudukan Guangzhou sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terkemuka, seterusnya menarik minat pelanggan bernilai bersih tinggi dari rantau Asia Pasifik. Dari masa ke masa, kami saling bekerjasama dengan Kerajaan Daerah Baiyun Guangzhou bagi membangunkan Bandar Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Baiyun Perennial yang lebih luas untuk membawa masuk pengusaha perubatan yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang perubatan jitu, perkhidmatan kesihatan pintar, teknologi perubatan serta sistem pengurusan termaju dan ia akan meningkatkan lagi kedudukan Guangzhou sebagai hab perubatan ulung dan menyuntik momentum baharu terhadap pembangunan industri penjagaan kesihatan di Kawasan Teluk Besar."

Secara berasingan, Perennial Holdings turut membangunkan projek penjagaan warga emas bersepadu di Daerah Huangpu, Guangzhou. Projek ini akan menawarkan hospital rehabilitasi, rumah jagaan dan rumah jagaan warga emas bagi memastikan kesinambungan penjagaan yang lancar yang dapat memenuhi pelbagai keperluan di seluruh Kawasan Teluk Besar bagi tujuan penjagaan warga emas, rehabilitasi profesional dan penjagaan kejururawatan yang berkualiti.

Di China, Perennial Holdings memiliki lima TOD bertumpukan penjagaan kesihatan yang dihubungkan ke stesen HSR yang terletak di Tianjin, Chengdu, Kunming, Xi'an dan Chongqing. Syarikat ini memiliki, mengurus dan mengendalikan lebih 25,000 katil di kemudahan perubatan dan penjagaan warga emas yang terdiri daripada kira-kira 16,000 katil operasi dan lebih 9,000 katil yang sedang dirancang, terletak di 14 bandar di China dan Singapura.

– TAMAT –

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Cik Tong Ka-Pin

Ketua Pegawai Korporat

DID: (65) 6602 6828

HP : (65) 9862 2435

Emel: tong.ka-pin@perennialholdings.com 

Cik Crystal Tan

Penolong Pengurus, Perhubungan Pelabur, Komunikasi Korporat & Pemasaran

DID: (65) 6602 0994

HP : (65) 8128 8268

Emel: crystal.tan@perennialholdings.com 



Latar Belakang Perennial Holdings Private Limited (www.perennialholdings.com)

Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan hartanah bersepadu yang bertapak kukuh dan beribu pejabat di Singapura. Syarikat ini memiliki, mengurus dan mengendalikan lebih 25,000 katil di kemudahan perubatan dan penjagaan warga emas yang terdiri daripada kira-kira 16,000 katil operasi dan lebih 9,000 katil yang sedang dirancang, terletak di 14 bandar di China dan Singapura. Di China, Perennial Holdings memiliki dan mengendalikan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu swasta pertama di negara ini yang menggabungkan platform perubatan unik yang bertumpukan perkongsian bersama para doktor dan salah satu platform penjagaan warga emas swasta yang terbesar di negara ini. Kemudahan rawatan perubatannya yang komprehensif mencakupi hospital besar, hospital rehabilitasi, hospital pakar dan hospital kejururawatan, manakala kemudahan penjagaan warga emasnya melibatkan kehidupan secara berdikari, kehidupan berbantu, rumah jagaan dan penjagaan demensia. Di Singapura, Syarikat ini akan mengendalikan pembangunan kehidupan berbantu swasta yang pertama di negara berkenaan dan dijangka akan melancarkan tempat perlindungan rehabilitasi dan perubatan tradisional Cina bersepadu yang pertama seumpamanya di negara tersebut.

Portfolio hartanah Perennial Holdings yang berkualiti menjangkau jumlah keluasan lantai kasar melebihi 84 juta kaki persegi di seluruh China, Singapura, Malaysia dan Indonesia. Syarikat ini memfokuskan secara strategik pada pembangunan berorientasikan transit ("TOD") berskala besar yang berfungsi sebagai pengupaya portfolio penjagaan kesihatannya dan pembangunan bersepadu yang utama. Ia memiliki enam TOD di China yang dihubungkan ke stesen kereta api berkelajuan tinggi ("HSR") yang mana lima daripadanya yang terletak di Tianjin, Chengdu, Kunming, Xi'an dan Chongqing merupakan TOD bertumpukan penjagaan kesihatan manakala satu TOD HSR bertumpukan komersial terletak di Hangzhou.

Dikeluarkan oleh Perennial Holdings Private Limited (Pendaftaran Syarikat: 200210338M)

Source: Perennial Holdings Private Limited
Keywords: Commercial Real Estate Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Real Estate Contracts Licensing/marketing agreements