omniture

Pertama di dunia! 100 Trak Lombong Berautonomi, Elektrik-Penuh Mula Beroperasi Secara Rasmi di Lombong Yimin Huaneng

XCMG Machinery
2025-05-29 00:51 23

XCMG Menyerahkan 100 Trak Lombong Berautonomi, Elektrik-Penuh  ke Lombong Yimin, Mempelopori Perlombongan Karbon Sifar Global

HULUNBUIR, China, 29 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Menerusi satu pencapaian yang penting untuk perlombongan yang mampan, ("XCMG", SHE:000425) menyerahkan dengan jayanya 100 unit trak lombong tanpa pemandu elektrik-penuh ke Lombong Arang Batu Lelubang Terbuka Yimin Huaneng di Mongolia Dalam, China. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Lombong Yimin sebagai tapak lombong pertama di dunia yang mengendalikan sekumpulan pengangkutan yang terdiri daripada 100 trak angkut elektrik karbon sifar, berautonomi sepenuhnya yang menyaksikan lonjakan transformatif dalam amalan perlombongan hijau dan pintar.

World’s First! 100 Autonomous, All-Electric Mining Trucks, Delivered by XCMG, Officially Begin Operations at Huaneng Yimin Mine.
World’s First! 100 Autonomous, All-Electric Mining Trucks, Delivered by XCMG, Officially Begin Operations at Huaneng Yimin Mine.

"Inisiatif ini merupakan satu penumpuan revolusi tenaga, teknologi, peralatan dan komersial," Yang Dongsheng, pengerusi XCMG Group dan XCMG Machinery, memuji projek ini sebagai satu kejayaan daripada kolaborasi rentas industri. "Dengan bekerjasama bersama peneraju industri, XCMG menyampaikan rangka tindakan bertaraf dunia untuk perlombongan hijau dan pintar global. Bermula dengan trak elektrik berautonomi, kami akan berkembang kepada mesin pengorek tanpa pemandu, rig gerudi dan jentera angkut, seterusnya mewujudkan ekosistem perlombongan tanpa pemandu dan karbon sifar yang komprehensif."

Kumpulan pengangkutan pertama di dunia yang terdiri daripada 100 trak lombong elektrik-penuh dan berautonomi merupakan sistem bersepadu pertama di dunia yang menggabungkan antara teknologi saling tukar bateri pintar, kelompok kenderaan berautonomi dan penyelesaian tenaga hijau. Sistem ini menggabungkan inovasi termaju seperti pemanduan tanpa pemandu, ketersambungan 5G, pengurusan keselamatan dikuasakan AI dan kuasa elektrik janaan fotovolta.

Trak lombong berautonomi, elektrik sepenuhnya ini mencapai penanda aras prestasi berkecekapan tinggi:

  • Kebingkasan Cuaca Melampau: Beroperasi lancar dalam suhu serendah -40°C dan menyokong operasi sepanjang masa.
  • Saling Tukar Bateri Pantas: Penggantian bateri automatik sepenuhnya dalam masa kurang daripada 6 minit.
  • Produktiviti Unggul: Kecekapan 120% berbanding kumpulan pengangkutan kendalian manusia yang lazim.

Saban tahun, kumpulan pengangkutan yang terdiri daripada 100 buah kenderaan akan menggantikan lebih 15,000 tan penggunaan diesel dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 48,000 tan, seterusnya menekankan peranannya dalam memerangi perubahan iklim.

Li Shuxue, Pengerusi Huaneng Inner Mongolia East Energy Co., Ltd., menekankan kepentingan projek ini yang lebih luas: "Penyelesaian karbon sifar domestik sepenuhnya ini memperkasakan perlombongan dengan AI, meningkatkan tahap keselamatan dan mempercepat transformasi digital dalam industri ini. Ia merupakan langkah yang penting ke arah mengatasi pergantungan terhadap peralatan berat import dan memajukan pembangunan China yang berkualiti tinggi dalam sektor perlombongan."

XCMG tetap komited untuk memacu masa depan perlombongan melalui pendigitalan, inovasi pintar dan amalan mampan. Dengan memupuk perkongsian strategik dan berkongsi kepakaran, syarikat ini bermatlamat untuk menetapkan standard global yang baharu untuk perlombongan karbon sifar yang pintar sekali gus menyumbang penyelesaian yang inovatif kepada dunia.

Source: XCMG Machinery
Keywords: Auto Mining Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services