omniture

Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun diumumkan dengan kolaborasi Persidangan Pengguna Pengeluar LNG (LNG PCC) 2025 pada 20 Jun 2025

dmg events Asia Pacific Pte Ltd
2025-05-29 11:00 14
  • Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun, dengan kerjasama International Energy Agency (IEA) dan melalui kolaborasi bersama Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun akan menganjurkan "Persidangan Pengguna Pengeluar LNG (LNGPCC) 2025" pada 20 Jun 2025 bertempat di Tokyo Big Sight, Dewan Timur 7.
  • LNGPCC 2025 akan berkongsi kedudukan dengan hari ketiga Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun 2025, sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama antara pengeluar dan pengguna LNG.
  • Perkongsian kedudukan ini akan mempermudah kolaborasi yang lebih mendalam antara negara-negara pengeluar dan pengguna LNG, syarikat-syarikat tenaga global dan penggubal-penggubal dasar berhubung masa depan pasaran LNG, kerangka dasar dan strategi pelaburan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), dengan kerjasama International Energy Agency (IEA), telahpun mengesahkan bahawa LNG PCC 2025 bakal diadakan pada 20 Jun melalui kolaborasi bersama Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun, anjuran dmg events.

LNG PCC 2025 akan berlangsung pada hari terakhir Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun yang berjalan selama tiga hari (18–20 Jun) di Tokyo Big Sight, Dewan Timur 7. LNG PCC dilancarkan pada tahun 2012 sebagai sebuah platform untuk meningkatkan kerjasama antara pengeluar dan pengguna LNG. Ia berperanan sebagai platform untuk kedua-dua sektor bagi membincangkan dan menetapkan hala tuju untuk inisiatif gas asli dan LNG masa depan.

Christopher Hudson, Presiden, dmg events, menambah: "Kolaborasi antara LNG PCC bersama Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun menyediakan platform yang luar biasa bagi mengadakan dialog peringkat tinggi dan mobilisasi pelaburan. Kolaborasi ini akan mempererat kerjasama global demi memastikan LNG kekal sebagai sumber tenaga yang kompetitif, terjamin dan lebih bersih yang menyokong pertumbuhan ekonomi dunia."

Menghimpunkan menteri LNG, eksekutif korporat, pembeli tenaga, pedagang dan pemimpin infrastruktur, perkongsian kedudukan ini memantapkan kedudukan Jepun sebagai hab pusat bagi perdagangan dan dialog LNG.

LNG PCC 2025 dibuka secara eksklusif kepada pihak berkepentingan yang diundang. Sila rujuk laman web untuk butiran lanjut. https://lngpcc.go.jp/ Untuk mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun serta meninjau program penuh, termasuk Sidang Kemuncak Strategik, Persidangan Teknikal dan senarai peserta pameran, sila daftar di www.japanenergyevent.com.

Hubungi:

 

Source: dmg events Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts Trade show news