![]() |
BANGKOK, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, melalui kolaborasi bersama pengendali mudah alih yang terkemuka di Thailand, AIS dan MediaTek, mengadakan demonstrasi langsung 5G-A UE Aggregation di A-Z Innovation Center, Bangkok.
Menerusi populariti aplikasi yang semakin meningkat seperti realiti lanjutan (XR), penyiaran langsung 4K dan pengalaman metasemesta imersif, peralatan pengguna tunggal (UE) berdepan dengan pengehadan terwujud dari segi kuasa, spektrum dan kapasiti saluran. UE Aggregation menawarkan penyelesaian menarik yang mengupayakan UE Jauh berkolaborasi dengan UE Geganti yang berhampiran. UE Geganti dapat menyumbang sumber simpanannya bagi meningkatkan prestasi paut naik UE Jauh, lantas menembusi kesesakan keupayaan peranti tunggal dengan efektif.
UE Aggregation mengintegrasikan tiga dimensi kerjasama yang utama bagi mewujudkan rantaian transmisi paut naik yang teguh dan cekap:
Percubaan langsung telahpun dijalankan di makmal pusat A-Z berdasarkan konfigurasi rangkaian 5G komersial AIS dengan menggunakan gNodeB 5G ZTE dan peralatan rangkaian teras. MediaTek membekalkan terminal prototaip yang dilengkapi dengan keupayaan UE Aggregation. Senario ujian mensimulasikan kolaborasi antara UE Jauh dan UE Geganti yang mana perbandingan langsung dibuat terhadap persediaan peranti tunggal konvensional.
Prestasi dinilai berdasarkan daya pemprosesan paut naik tanpa wayar dan penstriman video 4K masa nyata daripada peranti mudah alih, lalu mencapai keputusan berikut:
UE Aggregation dimasukkan dalam spesifikasi 3GPP Release 18 dan akan terus berkembang dalam keluaran akan datang (Keluaran 19 dan 20). Lelaran pada masa akan datang bakal menyokong penghalaan berbilang laluan, seni bina berbilang geganti, koordinasi antara-DU/CU dan pengoptimuman laluan kependaman rendah yang pintar—lantas meletakkan asas kukuh untuk set tindakan masa depan dalam IoT industri, kenderaan-untuk-segala-galanya (V2X) dan XR.
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn