omniture

Xinhua Silk Road: Forum Kerjasama Pelabuhan Jalan Sutera Maritim 2025 tonjol pelabuhan hijau, pembangunan pintar

Xinhua Silk Road
2025-05-30 22:47 70

BEIJING, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Pelabuhan Jalan Sutera Maritim 2025 dimulakan pada hari Selasa di bandar pelabuhan Ningbo, Wilayah Zhejiang di timur China, membawakan eksekutif kanan pelabuhan, pakar industri dan cendekiawan dari lebih 40 negara dan wilayah.

Photo shows the opening ceremony of the 2025 Maritime Silk Road Port Cooperation Forum held in Ningbo, east China's Zhejiang Province.
Photo shows the opening ceremony of the 2025 Maritime Silk Road Port Cooperation Forum held in Ningbo, east China's Zhejiang Province.

Bertemakan "Go Green, Go Intelligent" ("Menuju Hijau, Menuju Pintar"), forum ini bertujuan untuk meneroka cara bagi memajukan pembangunan rendah karbon melalui teknologi hijau, meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan melalui sambungan digital dan mengukuhkan kerjasama peringkat antarabangsa di tengah-tengah berbagai-bagai cabaran global.

Mengintai pembangunan industri perkapalan pelabuhan yang berkualiti tinggi, He Jianzhong, presiden China Institute of Navigation berkata dalam ucapannya bahawa industri perkapalan pelabuhan harus menggalakkan pembangunan mampan melalui amalan hijau, mendorong transformasi industri dan menaik taraf melalui inovasi digital dan pintar serta mempermudah pembangunan bersepadu industri ini dengan meningkatkan kesalinghubungan.

Berdasarkan amalan global, Anne-Sophie Zerlang Karlsen, ketua operasi Asia-Pasifik Maersk berkongsi bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat gergasi perkapalan Denmark ini telahpun memanfaatkan data raya, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI) bagi menjalankan analisis data besar-besaran pada masa nyata yang telah mengurangkan kos dan penggunaan tenaga, selain meningkatkan keupayaan bagi penghantaran kargo yang tepat pada masanya dan meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam rantaian bekalan.

Bagi amalan Cina, Pelabuhan Zhoushan Ningbo iaitu pelabuhan yang terbesar di dunia dari segi daya pemprosesan kargo tahunan dan yang ketiga terbesar bagi daya pemprosesan kontena tahunan, meneroka transformasi pelabuhan dengan giat menerusi tiga sistem utama yang menawarkan emisi sifar bersih, operasi kecerdasan digital dan perkhidmatan logistik penuh bagi menyuntik dorongan kepada industri perkapalan pelabuhan global, kata Tao Chengbo, pengerusi Zhejiang Seaport Group dan Ningbo Zhoushan Port Group.

Jens Meier, presiden International Association of Ports and Harbors (IAPH) dan Ketua Pegawai Eksekutif Hamburg Port Authority menekankan kepentingan kerjasama global melalui forum ini sebagai sebuah platform utama yang membolehkan pihak berkepentingan global saling bekerjasama dan menangani cabaran bersama.

Forum pada tahun ini menyaksikan pengeluaran dokumen konsensus dan beberapa laporan. Selain itu, perjanjian konkrit telahpun ditandatangani antara Pelabuhan Zhoushan Ningbo dan Pelabuhan Hamburg Jerman, Pelabuhan Wilhelmshaven dan Pelabuhan Valencia Sepanyol.

Acara-acara sampingan termasuk enam forum tematik yang memfokuskan pada beberapa subsektor, seperti logistik penuh, perkapalan pintar, integrasi bandar pelabuhan dan keselamatan pengemudian.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/345867.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Trade show news