omniture

ATxEnterprise 2025 Rangsang Penyertaan Global, Perkukuh Kepimpinan AI dan Inovasi Bertanggungjawab Singapura

Informa Festivals
2025-05-31 12:04 13

SINGAPURA, 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- ATxEnterprise (ATxE) 2025, acara teknologi perusahaan yang terkemuka di Asia dan sebahagian daripada platform Asia Tech x Singapore (ATxSG), melabuhkan tirai edisi kelima dan paling bercita-cita tinggi pada minggu ini di Singapore EXPO. Edisi pada tahun ini menyaksikan peningkatan penyertaan antarabangsa sebanyak 5% dari lebih 110 negara. Hal ini menggambarkan pengiktirafan yang semakin meningkat yang mana penerimagunaan AI merupakan satu keperluan mustahak di peringkat global yang memerlukan kolaborasi rentas sempadan, tadbir urus yang bertanggungjawab dan inovasi yang inklusif.

ATxEnterprise 2025 united leaders from over 110 countries to advance responsible AI and cross-border innovation, cementing Singapore’s position as a digital transformation hub
ATxEnterprise 2025 united leaders from over 110 countries to advance responsible AI and cross-border innovation, cementing Singapore’s position as a digital transformation hub

Semasa acara tiga hari ini berlangsung, perkongsian baharu bersama syarikat-syarikat gergasi industri iaitu Alibaba Cloud, Prudential dan ST Engineering diumumkan bagi memberi capaian kepada lebih banyak PKS tempatan terhadap teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI), awan dan keselamatan siber. Diumumkan semasa perasmian ATxEnterprise oleh En. Tan Kiat How, Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Digital dan Penerangan, kolaborasi baharu ini, sebagai sokongan untuk Rangka Tindakan Perusahaan Digital (DEB) negara ini akan memperlengkapkan perniagaan bagi mempercepat penerimagunaan teknologi perbatasan dan memperkukuh kebingkasan siber dengan keupayaan AI termaju. En. Tan turut melancarkan dua program bakat baharu yang akan memberi peluang peningkatan kemahiran dan mewujudkan laluan kerjaya AI khusus buat warga tempatan. Program-program ini akan melatih pengamal AI mendahului permintaan tatkala Singapura menggiatkan usaha bagi mempercepat penerimagunaan AI Generatif (GenAI) dalam seluruh ekosistem perusahaan, seterusnya memantapkan kedudukan negara ini sebagai hab AI global.

Meliputi dua belas peringkat khusus, acara ini menyatukan pemimpin teknologi global, penggubal dasar dan penginovasi untuk meneroka teknologi baru muncul. Bermula daripada GenAI dan pengkomputeran kuantum hinggalah infrastruktur satelit dan keselamatan siber, mesejnya jelas: AI mentransformasikan setiap sektor dan harus ditingkatkan secara inklusif.

Inovasi dan Perkongsian Memacu Perbatasan Digital
Persidangan-persidangan utama seperti AI Summit Singapore menghimpunkan pemimpin perusahaan, pengawal selia dan penyelidik untuk meneroka penskalaan teknologi yang bertanggungjawab dan infrastruktur digital yang lebih kukuh melalui integrasi AI. Para penceramah ternama daripada UBS, Deel, A*STAR, DHL, Ernst & Young, Mastercard, SingHealth, Singtel dan Dyson mengetuai sesi-sesi melalui topik-topik, termasuk tadbir urus AI, set tindakan sektor khusus serta kemajuan dalam pemprosesan bahasa tabii dan AI kuantum.

SatelliteAsia, melalui perkongsian bersama Singapore Space & Technology Ltd. (SSTL) dan Global Satellite Operators Association (GSOA), mengetengahkan peranan satelit dalam infrastruktur, kelestarian dan rangkuman digital. Para penceramah daripada NASA, Kacific, Telesat dan ST Engineering iDirect membincangkan tentang cita-cita angkasa serantau dan penyelesaian ketersambungan.

Mengiktiraf Impak, Membentuk Pencapaian Seterusnya
Mengakhiri acara minggu ini ialah pengenalan sulung Enterprise Tech Awards yang memberi penghormatan kepada kecemerlangan transformasi digital. Menerusi 90 penyerahan anugerah dari 14 negara, Anugerah ini menonjolkan inovasi dalam bidang Penjagaan Kesihatan, Keselamatan Siber, AI, Penyelesaian Digital, GreenTech (Teknologi Hijau) dan Perkhidmatan Kerajaan. Para pemenang terdiri daripada NEC Asia Pacific, Starhub, Seagate, Globant dan QuikBot.ai.

ATxE 2025 turut menganjurkan CISO Tech Briefing dan Enterprise Tech Leaders Forum yang melaluinya pembuat keputusan kanan membincangkan tentang penjajaran kawal selia, inovasi dan kebingkasan perusahaan.

Program-program ini bersama-sama menandakan evolusi ATxE daripada sebuah pameran kepada tempat penghimpunan strategik untuk pemimpin global membentuk ekonomi digital. Pengaruh yang kian berkembang ini digambarkan melalui peningkatan kehadiran antarabangsa dan keterlibatan peringkat tinggi.

"ATxE 2025 menetapkan penanda aras yang baharu untuk inovasi perusahaan di Asia," kata Joyce Wang, Pengarah Acara, Asia Tech x Singapore. "Bermula daripada teknologi rintis kepada perkongsian rentas sektor yang berani, edisi pada tahun ini membuktikan bahawa rantau ini bukan sekadar mengambil bahagian dalam perbualan teknologi global—ia turut menerajuinya. Ia juga memperkukuh keupayaan Singapura dalam menganjurkan acara-acara MICE bertaraf dunia yang menghimpunkan pembuat keputusan, penginovasi dan pemimpin pemikiran global. Kami berasa bangga dapat menyediakan sebuah platform yang mengubah cita-cita menjadi tindakan dan kami berharap dapat memberikan impak yang malah lebih besar pada tahun 2026."

ATxE akan kembali ke Singapore EXPO mulai 20 - 22 Mei 2026 untuk terus membentuk masa depan digital rantau ini melalui perkongsian bermakna, pandangan yang boleh diambil tindakan dan inovasi yang berani.

- TAMAT -

Latar Belakang Informa Festivals 

Informa Festivals merupakan pusat tumpuan bagi acara-acara diterajui pengalaman daripada Informa. Dalam lima pasaran bertaraf global yang bergerak pantas, kami mengilhamkan dan meraikan perniagaan menerusi acara-acara yang memberikan pengalaman unik, aktiviti imersif, kandungan berimpak tinggi, hubungan yang hebat dan pengayaan diri. Festival-festival Teknologi antarabangsa kami yang terkemuka melibatkan London Tech Week, Africa Tech Fest dan Asia Tech x Singapore.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.informa.com/divisions/informa-festivals/.

 

Source: Informa Festivals
Keywords: Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things