omniture

REALTY ONE GROUP BERKEMBANG KE REPUBLIK DOMINIKA

Realty ONE Group
2025-06-01 12:39 83

Rakan Kongsi Francais Berwawasan Membawa Jenama Hartanah yang Sedang Berkembang Pesat ke Negara Ke-27

LAGUNA NIGUEL, Calif., 1 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group International, jenama gaya hidup moden yang didorong oleh tujuan dan SATU (ONE) daripada pemberi francais hartanah paling pesat berkembang di dunia, telah mengumumkan penjualan hak pemilikan untuk Republik Dominika, menandakan kemasukan kumpulan itu ke pasaran Caribbean yang dinamik dan negara ke-27 di seluruh dunia.

Sergio Gonzalez, yang kini memegang hak francais induk untuk Costa Rica, Panama, Belize, Jamaica dan Pulau Grand Cayman, serta telah memacu pertumbuhan dan momentum yang mengagumkan di rantau itu, kini mengembangkan visinya sebagai pemilik baharu di Republik Dominika.

"Kami amat teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan Sergio yang berkongsi visi untuk SATU Keluarga kami telah berjaya membuat perubahan bermakna di Costa Rica dan seterusnya," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Realty ONE Group International. "Semangat beliau yang tulen dalam perniagaan dan penguasaan pasaran Amerika Latin akan memacu pertumbuhan luar biasa di Republik Dominika."

Bersama lebih 30 tahun pengalaman besar dalam perniagaan, pengurusan dan hartanah, Sergio Gonzalez membawa semangat yang tidak dapat dihalang ke Realty ONE Group Republik Dominika.
"Republik Dominika bukan sahaja penting — ini ialah gerbang yang berpotensi menyumbang kepada kesan besar dalam pengembangan global kami," kata Sergio Gonzalez. "Pasaran ini penuh dengan peluang dan kami berada di sini untuk meningkatkan tahap profesional hartanah dengan alatan canggih, COOLTURE berani dan sokongan bertaraf dunia untuk membantu mereka menguasai dan berkembang maju."

Baru-baru ini Realty ONE Group ini dinobatkan sebagai jenama hartanah No. 1 untuk tahun keempat berturut-turut dalam senarai Franchise 500® 2025 yang berprestij. Kini jenama tersebut mempunyai lebih daripada 450 pejabat dan lebih 20,000 ahli profesional hartanah di 49 negeri dalam Amerika Syarikat, serta 27 negara dan wilayah.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com atau www.join.realtyonegroup.com.

Maklumat Tentang Realty ONE Group International
Realty ONE Group International ialah satu daripada jenama gaya hidup paling pesat berkembang, moden, didorong oleh tujuan dalam hartanah yang SATU (ONE) Tujuan syarikat itu ialah membuka pintu di seluruh dunia – SATU (ONE) rumah, SATU (ONE) impian, SATU (ONE) kehidupan pada satu masa. Organisasi ini telah berkembang pesat menjadi lebih daripada 20,000 profesional hartanah di lebih 450 cawangan di 27 negara dan wilayah kerana model perniagaannya yang terbukti, pembrokeran perkhidmatan penuh, COOLTURE dinamik, bimbingan perniagaan yang unggul melalui ONE University, sokongan cemerlang dan teknologi milik organisasi ini, zONE. Realty ONE Group International telah dinobatkan sebagai jenama hartanah nombor SATU (ONE) oleh Majalah Entrepreneur selama tiga tahun berturut-turut dan terus melonjak ke hadapan, membuka pintu, bukan sahaja kepada pelanggan syarikat malah kepada ahli profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Residential Real Estate Corporate Expansion