NANJING, China, 1 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada JSBC:
Tanggal 23 Mei, Persidangan Kerjasama dan Pembangunan Terbuka "Nanjing Tour of German Enterprises" menghimpunkan para eksekutif berpangkat tinggi daripada syarikat-syarikat Fortune Global 500 Jerman, peneraju-peneraju pasaran khusus ("jaguh tersembunyi") dan para pemimpin industri bagi meninjau peluang kolaboratif.
Zhang Wenwu, Naib Pengerusi dan pengarah eksekutif CITIC Group dan Dr. Clas Neumann, Pengerusi bagi Lembaga Dewan Perniagaan Jerman di China - China Timur berucap di persidangan ini.
Di persidangan ini, persekitaran perniagaan Nanjing yang berkualiti tinggi dipersembahkan dengan tema "Melangkaui Sempadan melalui Visi Bersama: Laluan Kolaboratif menuju Kemakmuran Bersama."
Zhang Wenwu menekankan bahawa acara ini menunjukkan sokongan padu untuk perusahaan Jerman yang melabur di China dan Nanjing, selain menggambarkan komitmen CITIC terhadap perkongsian pelbagai pihak berkepentingan yang mampan. Beliau berjanji untuk memantapkan peranan CITIC sebagai jambatan, mempererat hubungan ekonomi China-Jerman, meningkatkan kapasiti pembangunan Nanjing, mengintegrasikan industri-industri dengan teknologi dan menaik taraf perkhidmatan kewangan.
Dr. Clas Neumann menyatakan bahawa acara ini menyediakan sebuah platform yang penting bagi tujuan kolaborasi Jerman-Nanjing. Beliau memuji asas perindustrian Nanjing yang teguh, pengangkutan yang cekap, sumber pendidikan yang begitu banyak dan iklim perniagaan yang menggalakkan sebagai sesuatu yang ideal untuk pelaburan. Menurutnya, Nanjing memperuntukkan sumber yang banyak untuk teknologi baharu dan teknologi pembangunan mampan. Banyak syarikat Jerman di bandar ini terlibat secara aktif dalam sektor-sektor berfokuskan kelestarian seperti kuasa angin, hidrokuasa dan industri-industri yang berkaitan, manakala banyak perusahaan juga melabur dalam transformasi digital bagi mendorong amalan lestari. Sementara itu, industri-industri lazim termasuk sektor automotif, kimia dan farmaseutikal tetap penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi. Melahirkan rasa yakin yang utuh terhadap masa depan Nanjing, Neumann berpegang teguh kepada komitmen Dewan untuk membimbing lebih banyak perusahaan Jerman bagi meneroka peluang dan memupuk perkongsian yang saling memberi manfaat.
Satu perbincangan panel berhubung "Kolaborasi Industri Masa Depan China-Jerman" telahpun diadakan. Dr. Xiao Song, Naib Presiden Eksekutif Global dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Greater China, menyampaikan ucaptama. Ahli-ahli panel terdiri daripada Armin Necker, Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Pegawai Operasi ThyssenKrupp Rothe Erde Group; Hua Ning, Pengurus Besar DB Schenker; Huang Yixin, Pengerusi Nanjing Iron & Steel Group; dan Li Chao, Naib Presiden Estun Automation.
Acara ini turut membawakan pelancaran Rangkaian Perkhidmatan Pelaburan dan Perdagangan Global Nanjing-CITIC dan Hab Inovasi Multinasional CITIC-Nanjing yang bertujuan untuk membantu perusahaan Eropah melabur di Nanjing dan dalam masa yang sama menyokong perusahaan tempatan agar dapat berkembang ke luar negara melalui perkhidmatan yang komprehensif. Lesen perniagaan dianugerahkan kepada Yangtze River Sci-Tech Development Co., Ltd. dari Kawasan Baharu Jiangbei, disusuli dengan beberapa penandatanganan projek.