omniture

YeePay Pamer Rangkaian Pembayaran Perjalanan Global Sehenti di ITB China 2025

YEEPAY
2025-06-04 10:57 68

SHANGHAI, 3 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ITB China, pameran perdagangan industri pengembaraan Asia Pasifik yang paling berpengaruh, bermula secara rasmi pada 27 Mei di Shanghai World Expo Exhibition & Convention Center. YeePay, penyedia bagi perkhidmatan pembayaran perusahaan yang terkemuka di China, membuat penampilan yang mantap di pameran tahun ini menerusi "Rangkaian Pembayaran Perjalanan Global Sehenti." Dengan memanfaatkan teknologi kewangan termaju, YeePay bermatlamat untuk memperkasakan pertumbuhan dalam seluruh pasaran pengembaraan global.

YeePay mempamerkan rangkaian penyelesaian pembayaran perjalanan globalnya yang lengkap melalui pengalaman reruai imersif dan dipacu teknologi. Di bahagian tengah reruai ini, paparan LED dinamik yang disokong oleh demonstrasi di lapangan menonjolkan keupayaan YeePay dalam menyelesaikan masalah utama yang penting untuk rakan kongsi kembara antarabangsa yang menembusi pasaran China—seperti penyelesaian berbilang mata wang yang kompleks dan kos pengurusan akaun yang tinggi. Pengalaman ini menggambarkan nilai-nilai jenama teras YeePay dalam menjadi sebuah syarikat berciri Profesional, Inovatif dan Dipercayai.

Tang Bin, Founder and CEO of YeePay
Tang Bin, Founder and CEO of YeePay

Tang Bin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif YeePay, berkongsi pandangannya mengenai hubungan yang kian berkembang antara pembayaran dan pengembaraan: "Saya percaya pembayaran—yang ditingkatkan oleh AI—akan menjadikan transaksi perjalanan lebih mudah, diperibadikan dan pintar. Pembayaran turut menghubungkan lapisan asas perdagangan, lantas membantu orang ramai memperoleh kuasa perbelanjaan yang lebih besar di luar negara. Menerusi pengumpulan data, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih diperibadikan melalui perlombongan data pintar."

Bin menambah: "Pada asasnya, pengembaraan ialah sesuatu yang menghubungkan orang ramai dengan dunia dan pembayaran pula berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan orang ramai dengan perdagangan. Tatkala pengembaraan global menjadi lebih mudah dicapai melalui pengangkutan yang lebih baik dan infrastruktur digital, kami harus mengatasi cabaran transaksi yang baharu—seperti keselamatan pembayaran, pemprosesan mata wang tempatan. Terdapat peluang yang sangat besar untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pengembaraan keseluruhan melalui penyelesaian pembayaran."

Rangkaian Pembayaran Perjalanan Global Sehenti YeePay membantu syarikat-syarikat pelancongan mencapai pembayaran antarabangsa yang berkesan kos, pantas dan dioptimumkan. Menerusi rangkaian transaksi hujung-ke-hujung dan keupayaan spektrum penuh dalam pengumpulan, pembayaran dan perkhidmatan FX global, YeePay menyediakan penyelesaian satu akaun bagi mengurus aliran kewangan global yang kompleks dalam industri pengembaraan.

Latar Belakang YeePay

Ditubuhkan pada tahun 2003, YeePay ialah penyedia bagi perkhidmatan pembayaran perusahaan yang terkemuka di China, menawarkan penyelesaian transaksi yang selamat, inovatif dan pintar merentas industri-industri seperti syarikat penerbangan & pengembaraan, peruncitan, teknologi kewangan (fintech) dan perdagangan rentas sempadan. Sebagai pengusaha yang utama bagi pembayaran B2B global, YeePay mengendalikan rangkaian kewangan yang luas meliputi lebih 130 negara dan wilayah serta menyokong lebih 60 mata wang. YeePay memegang lesen pembayaran penuh di China dan diluluskan oleh beberapa badan kawal selia antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi global.yeepay.com

 

Source: YEEPAY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel Trade show news Financial Technology Artificial Intelligence