BEIJING, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Power Construction Corporation of China ("POWERCHINA" atau "Syarikat") menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2025, dengan menyokong anjakan Malaysia kepada masa depan yang lestari melalui projek-projek tenaga bersih dan infrastruktur hijau. Syarikat ini memajukan komitmen global kepada transformasi alam sekitar melalui inisiatif seperti kuasa angin dan solar, pengangkutan hijau, dan pembangunan berasaskan komuniti, dengan misi untuk "membina tenaga bersih dan mewujudkan persekitaran hijau."
Hari Alam Sekitar Sedunia, platform terbesar PBB bagi usaha jangkauan alam sekitar, menggalakkan kesedaran dan tindakan demi perlindungan terhadap alam sekitar. POWERCHINA menyediakan kes-kes praktikal untuk tadbir urus hijau global melalui tenaga bersih, infrastruktur dan penyertaan komuniti. Malaysia, salah satu rakan kongsi China yang paling rapat, menjadikan pembangunan hijau sebagai bahagian yang penting dalam strategi nasionalnya.
Projek Hidrokuasa Baleh yang terletak di Sarawak, Malaysia dan dibina oleh POWERCHINA, menepati konsep perlindungan terhadap alam sekitar dalam sebuah komuniti ekologi global sejak ia bermula. POWERCHINA memajukan amalan pembinaan hijau secara teliti dengan mengguna pakai teknologi dan peralatan alam sekitar termaju, lalu pasukan ini dapat mengurangkan habuk binaan, hingar dan pelepasan air buangan secara berkesan, seterusnya meminimumkan impak kepada persekitaran ekologi sekeliling. Di samping itu, usaha restorasi ekologi yang proaktif turut dijalankan, termasuk penanaman rumput dan pemulihan tumbuh-tumbuhan dalam kawasan pembinaan, lantas menunjukkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab alam sekitar melalui standard tertinggi.
Dengan adanya peraturan alam sekitar dan struktur organisasi yang komprehensif, amalan pengurusan bahan buangan yang dapat menjadi contoh, penyelesaian penyimpanan bahan yang cekap dan pencapaian alam sekitar yang cemerlang—seperti denda sifar dan pembakaran terbuka sifar—projek Hidrokuasa Baleh diberi penghormatan menerusi pelbagai anugerah. Ini termasuk Anugerah Gangsa bagi Pematuhan Alam Sekitar dalam Projek-projek Sedang Berjalan daripada Sarawak Energy Berhad pada tahun 2018, Anugerah Perak pada tahun 2019 dan Anugerah Kecemerlangan di Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak ke-9.
Sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, POWERCHINA memperkenalkan "Pendekatan POWERCHINA" iaitu satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memajukan pembangunan hijau global dan memupuk kerjasama alam sekitar bertaraf antarabangsa. Beroperasi di 137 negara, Syarikat ini menduduki kedudukan pertama antara firma-firma Cina bagi kontrak tenaga bersih luar negara selama lima tahun berturut-turut. POWERCHINA menembusi pasaran Malaysia sejak tahun 1998 dan syarikat ini memperoleh lebih daripada 180 kontrak di negara berkenaan, termasuk projek siap utama seperti Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun, Stesen Janakuasa Hidroelektrik Hulu Terengganu dan Xiamen University Malaysia Campus. Projek-projek ini memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sosioekonomi tempatan dan penambahbaikan mata pencarian rakyat. PowerChina menunjukkan contoh komitmennya kepada "pembinaan hijau dan pembinaan bersama global," menonjolkan peranan perusahaan Cina yang semakin meningkat dalam tadbir urus ekologi dan dalam menjadikan visi bersama masa depan yang lestari sebagai suatu kenyataan.