DUBAI, UAE, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- TOPPAN Security, peneraju global bagi penyelesaian identiti dan pembayaran yang selamat, mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian definitif untuk memperoleh dzcard Group, penyedia bagi penyelesaian kad pintar dan perkhidmatan pemperibadian yang terkemuka di seluruh Asia dan Afrika. Pemerolehan strategik ini serta-merta memberi kedudukan kepada TOPPAN Group sebagai peneraju yang jelas dalam pasaran kad pembayaran Asia.
Pemerolehan ini meluaskan jejak syarikat secara ketara dengan menggandakan kapasiti pembuatan kad bank dan rangkaian pusat pemperibadiannya. Berdasarkan tapak kehadirannya yang kukuh di Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan Eropah, ketika ini, TOPPAN Security akan menawarkan perkhidmatan kad bank setempat kepada pelanggan dalam pasaran yang mencapai pertumbuhan tinggi termasuk Thailand, Filipina, Malaysia, India, Maghribi dan Afrika Timur. Menerusi demografi belia yang ketara, negara-negara ini melabur secara aktif dalam infrastruktur pembayaran yang moden dan selamat serta inisiatif rangkuman kewangan, lalu menjadikannya sebagai kawasan strategik yang penting.
"Pengintegrasian dzcard Group dalam TOPPAN Group menyaksikan satu pencapaian penting dalam pengembangan global kami," kata Jean-Pierre Ting, Presiden TOPPAN Security. "Dengan menggabungkan skala global TOPPAN Security dengan kekuatan serantau dzcard Group, kami membina perniagaan penyelesaian terjamin yang sedia mendepani masa depan yang direka demi mencapai pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang, inovasi dan ketangkasan yang strategik. Pemerolehan ini merupakan petunjuk jelas berhubung cita-cita strategik kami yang lebih luas dan merupakan salah satu daripada banyak langkah dalam rancangan pengembangan kami."
Renaud Adam, Ketua Pegawai Eksekutif dzcard Group, berkata: "Menyertai TOPPAN Group menandakan satu babak baharu yang menarik untuk dzcard Group. Kami berkongsi penjajaran budaya yang kukuh bersama TOPPAN Security yang berteraskan komitmen bersama terhadap kualiti, perkhidmatan pelanggan, pertumbuhan yang bercita-cita tinggi dan semangat berpasukan. Kami akan bersama-sama menggiatkan pelaburan, mencapai ekonomi skala, meningkatkan keupayaan kami dan memacu inovasi dalam kesemua pasaran kami."
Pemerolehan ini menonjolkan komitmen TOPPAN Security untuk menyediakan penyelesaian pembayaran fizikal dan digital yang berkualiti tinggi secara hujung-ke-hujung. Organisasi gabungan ini akan mengendalikan rangkaian kemudahan pemperibadian dan pembuatan yang diperluas, lalu menyediakan skala yang diperlukan untuk menyokong secara berkesan institusi kewangan, bank global serta syarikat fintech merentas lima benua.
Latar Belakang Kami
dzcard Group
dzcard Group ialah pengeluar kad pintar yang terkemuka di Asia Tenggara dan Afrika. dzcard Group menjamin kehidupan seharian dalam dunia terhubung. dzcard Group bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian terhadap kehidupan digital yang semakin kompleks dan berpecah-pecah dengan menjamin urus niaga, melindungi identiti dan memastikan sambungan. Ia memperkasakan pembayaran, teknologi kewangan (fintech), telekomunikasi dan institusi kerajaan tersulit penyelesaian yang dipercayai. dzcard Group ialah sebuah syarikat bersepadu sepenuhnya dan menawarkan daripada seluruh erti keseluruhan produk: kad, pembungkusan, pemperibadian, penyelesaian digital dan pengesahan yang disulitkan. Dengan lebih daripada 1,000 rakan usaha sama, operasi di 3 benua, 2 kilang pembuatan dan 7 pusat pemperibadian yang diperakui oleh skim, dzcard Group menyediakan penyelesaiannya kepada pelanggan di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.dzcard.com.
TOPPAN Security
TOPPAN Security ialah peneraju global bagi integrasi sistem dan identiti misi kritikal serta teknologi pembayaran, menyediakan penyelesaian termaju yang dapat meningkatkan keselamatan, kepercayaan dan kecekapan. Ia berperanan sebagai cabang pembangunan antarabangsa daripada TOPPAN Group yang memfokuskan untuk memajukan penyelesaian keselamatan merentas pasaran-pasaran global. Syarikat ini mengkhusus dalam pembuatan dokumen dan kad yang selamat, pengesahan biometrik, penyulitan dan penyelesaian pengesahbetulan identiti, seterusnya menyokong pihak kerajaan dan perniagaan membina ekosistem digital yang bingkas.
Melalui perkongsian bersama kerajaan dan perniagaan di seluruh dunia, TOPPAN Security terus menerobos sempadan, menetapkan penanda aras industri dan membangunkan teknologi termaju yang dapat meningkatkan keselamatan fizikal dan digital serta mentransformasikan pengalaman rakyat.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.toppansecurity.com atau hubungi info@toppansecurity.com.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Mona El Baz
mona.elbaz@toppansecurity.com
Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi
TOPPAN Security