omniture

EZVIZ Sambut Hari Alam Sekitar Sedunia dengan Rancangan Baharu Lindungi Ekosistem dari Darat ke Laut, Raikan Pencapaian Mampan dan Luaskan Visi Demi Kehidupan Lebih Hijau

EZVIZ Inc.
2025-06-05 11:30 21

HOOFDDORP, Belanda, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, peneraju rumah pintar global, EZVIZ, dengan bangganya mengumumkan babak baharu dalam komitmen alam sekitarnya dengan meluaskan misi kelestarian daripada darat ke laut. Susulan kejayaan mengurangkan sisa plastik sebanyak 22.3 tan pada tahun 2024 melalui penggunaan meluas bahan kitar semula dalam portfolio vakum robotnya, EZVIZ kini menumpukan usaha kepada pemulihan ekosistem pantai.

From Land to Sea: Roots of Hope, Waves of Change
From Land to Sea: Roots of Hope, Waves of Change

Di bawah tema tahun 2025, "Dari Darat ke Laut: Akar Harapan, Gelombang Perubahan", EZVIZ memperluas Pelan Hutan Global ke persekitaran marin. Dengan kerjasama bersama Treedom, yang telah menanam 2,190 batang pokok di seluruh Amerika Latin, Afrika dan Asia Tenggara, EZVIZ kini melancarkan projek pemulihan hutan bakau berskala besar di kawasan-kawasan yang menghadapi ancaman alam sekitar kritikal. Bakau, yang dikenali sebagai "hutan biru", mampu melindungi garis pantai dengan menstabilkan pesisir, menyimpan karbon secara signifikan, dan menapis bahan cemar seperti plastik. Usaha pemulihan ini menyokong matlamat 2025 Program Alam Sekitar PBB untuk menamatkan pencemaran plastik – mencerminkan komitmen EZVIZ terhadap penyelesaian berasaskan alam semula jadi dengan impak ekologi dan sosial yang berkekalan.

"Kelestarian membentuk setiap keputusan yang kami ambil," kata Sophie Zhang, Pengarah Jenama Global di EZVIZ. "Apabila inovasi diasaskan pada kepedulian, ia bukan sahaja meningkatkan kehidupan harian, malah memupuk persekitaran yang mampu menyokong kehidupan kita semua."

Visi holistik ini meliputi keseluruhan kitaran hayat produk. EZVIZ mereka bentuk produknya dengan pendekatan cradle-to-cradle – daripada sumber kepada pelupusan dan kitar semula – dengan meminimumkan penggunaan plastik melalui penggantian bahan, mengurangkan sisa pembungkusan dan memaksimumkan jangka hayat produk. Barisan produk berlencana hijau EZVIZ menampilkan komponen yang diperbuat daripada plastik kitar semula, menandakan langkah terancang ke arah ekonomi kitaran.

Komitmen EZVIZ terhadap kelestarian turut terserlah melalui fokusnya kepada kecekapan tenaga dan kesan ekologi. Lebih 30 produk berkuasa solar telah diperkenalkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga tidak boleh diperbaharui. Ciri-ciri seperti Mod Video Sentiasa Hidup membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memanjangkan hayat bateri, sekali gus mengurangkan keperluan mengecas dan menggantikan komponen. Sebagai respons terhadap kebimbangan global mengenai pencemaran cahaya, EZVIZ membangunkan teknologi ColorFULL Night Vision – kemajuan yang membolehkan rakaman video berwarna penuh dalam pencahayaan rendah tanpa memerlukan cahaya tambahan, sekali gus meminimumkan gangguan kepada hidupan liar dan memelihara habitat semula jadi.

"Sebagai sebuah syarikat teknologi, kami sedar bahawa impak kami merangkumi alam sekitar, masyarakat dan masa depan. Dengan setiap langkah yang kami ambil, matlamat kami adalah untuk mengilhamkan tujuan, memulihkan keseimbangan, dan melindungi dunia yang kita semua anggap sebagai tempat tinggal kita," kata Zhang.

 

Source: EZVIZ Inc.
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG