omniture

Pameran Hadiah & Rumah Shenzhen Berjaya Labuh Tirai dengan 4,500 Pembekal dalam April

RX Huabo
2025-06-05 13:29 16

SHENZHEN, China, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Hadiah, Kraftangan, Jam Tangan & Barang Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) (SZ Gift Fair) kali ke-33, anjuran RX Huabo, melabuhkan tirai dengan jayanya pada 28 April bertempat di Shenzhen World Exhibition & Convention Center yang menetapkan arah aliran untuk penyumberan global. Sepanjang pameran perdagangan yang berlangsung selama empat hari, lebih 4,500 pembekal mempamerkan berjuta-juta produk yang mengikut perkembangan terbaru, dengan jenama-jenama yang terkemuka seperti IKEA dan Haier membuat penampilan sulung mereka. Menarik minat pembeli dari seluruh dunia, pameran ini merapatkan pengilang Cina dengan pasaran antarabangsa serta memperkenalkan inovasi hadiah dan rumah yang terkini.

Jenama-jenama Terkemuka Berkumpul bagi Mentakrifkan Gaya Hidup Masa Depan
Di Pameran ini, jenama-jenama terkemuka mempamerkan inovasi terkini mereka, memberikan sekilas gambaran terhadap masa depan kehidupan digital. Ekosistem Xiaomi mengupayakan kesalinghubungan berasaskan aplikasi yang lancar antara peranti, lantas mewujudkan persekitaran kehidupan yang selesa dan cekap. Vakum robotik Roborock memanfaatkan mod pembersihan diperibadikan bagi mencapai penyesuaian yang fleksibel dengan pelbagai pelan lantai. Inovasi rumah pintar ini yang menumpukan pada kawalan pintar dan reka bentuk buatan khas, menawarkan pengalaman berkecekapan tinggi, lalu memacu kehidupan digital menuju era baharu.

Beribu-ribu Pembekal Menukar Produk IP menjadi Ikon Budaya
Didorong oleh permintaan daripada Generasi Z untuk kolaborasi harta intelek (IP) dan edisi terhad, pasaran pelesenan IP global melonjak daripada $255.4 bilion pada tahun 2020 kepada $363.6 bilion pada tahun 2024. Arah aliran ini jelas terbukti di SZ Gift Fair yang melaluinya pembekal utama menjalin kerjasama dengan IP popular dan turut melancarkan produk jenama bersama, termasuk Snoopy Cups, My Little Pony Mobile Accessories, Doraemon Kitchenware dan Disney Home Textile. Para pembeli menemui arah aliran terkini bagi produk IP dan dalam masa yang sama dapat berhubung terus dengan pemberi lesen IP, pereka, pengilang dan juga pengedar.

Mulai 20–23 Oktober tahun ini di Shenzhen, kami akan melancarkan sebuah pameran perdagangan - IP Connect yang menghimpunkan beratus-ratus pemberi lesen IP. Catatkan tarikh ini dan sertai SZ Gift Autumn Fair.

Latar Belakang RX Huabo
Menerusi pengalaman industri selama lebih 30 tahun lamanya, RX Huabo menjadi penganjur pameran yang terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor Hadiah & Rumah di rantau Asia-Pasifik dan merupakan sebahagian daripada RX, peneraju bertaraf global bagi acara dan pameran. Ia menganjurkan 16 pameran B2B profesional di dalam dan luar negara saban tahun, menghimpunkan lebih 10,000 peserta pameran dan 1 juta produk demi memenuhi keperluan pembelian 3 juta pembeli. Melalui platform dalam talian pula, Limaotong, matriks media baharu untuk membina platform perdagangan dalam talian dan luar talian B2B omnisaluran bagi membantu pembekal berkualiti, untuk berjuta-juta pembeli profesional menyediakan platform perolehan yang cekap sepanjang tahun.

Maklumat Perhubungan Pengunjung/Peserta Pameran: lisa.li@rxhuabo.com.cn
Laman Web: https://oct.chinagiftsfair.com/

Source: RX Huabo
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news