omniture

Seawool® Creative Tech Textile Buka Ufuk Baharu untuk Fesyen Lestari

Creative Tech Textile
2025-06-05 16:00 72

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, syarikat berkongsi bagaimana inovasi bahan dapat membantu industri fesyen global mencapai matlamat kemampanannya.

TAINAN, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia, Creative Tech Textile berkongsi kisah kejayaan di sebalik Seawool® — bahan inovatifnya yang menukar cangkerang tiram yang dibuang dan plastik kitar semula menjadi penyelesaian tekstil yang lestari. Pendekatan perintis ini menunjukkan sejauh mana penggunaan semula bahan buangan semula jadi dapat memajukan fesyen menuju masa depan yang lebih lestari.

Dorongan Fesyen Menjadi Lebih Lestari

Baru-baru ini, industri fesyen global berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk menjadi lebih lestari. Menurut Forum Ekonomi Dunia, penggabungan bahan kitar semula ke dalam pakaian dapat mengurangkan emisi CO₂ sehingga 80%. Sungguhpun demikian, poliester—bahan berasaskan plastik dan berasal daripada bahan api fosil—kekal sebagai gentian yang paling banyak digunakan dalam tekstil, manakala kurang daripada 1% bahan pakaian dikitar semula menjadi pakaian baharu, menurut Geneva Environment Network. Terdapat keperluan yang semakin meningkat terutamanya untuk mengurangkan fabrik berasaskan plastik dengan kitaran hayat pendek dan meningkatkan pemanfaatan inovasi bahan pusingan yang berimpak rendah.

Seawool®: 'Zamrud daripada Samudera'

Bahan Seawool® proprietari daripada Creative Tech menonjolkan lonjakan yang berani dalam pembangunan bahan lestari. Dengan menggabungkan cangkerang tiram yang dibuang dari Taiwan dengan botol plastik PET kitar semula, syarikat ini berjaya mencipta tekstil yang bermanfaat sebagaimana ia juga mesra alam sekitar.

Sudahpun diguna pakai oleh jenama-jenama pakaian AS yang terkemuka, Seawool® menjana hasil tahunan sekitar TWD$200 juta (AS$6.1 juta) dan begitu pantas mendapat daya tarikan global. Pada bulan Mei, Creative Tech mempamerkan Seawool® di PanTextiles Tokyo, sebuah acara perdagangan bertaraf antarabangsa oleh Taiwan Textile Federation.

"Tatkala pengguna menjadi semakin peka tentang impak alam sekitar daripada pakaian mereka, kami ingin mereka tahu bahawa inovasi bahan lestari seperti Seawool® wujud dan boleh skala," ujar Eddie Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Creative Tech Textile. "Matlamat kami adalah untuk menggantikan gentian tradisional dengan alternatif yang lebih mesra alam — bagi memudahkan kelestarian yang sebenar bermula daripada bahagian huluan dalam rantaian bekalan industri fesyen."

Ketika ini, Creative Tech menghasilkan 2,500 tan Seawool® setiap tahun, memberi nafas baharu kepada kira-kira 500 tan cengkerang tiram.

Sejauh Mana Seawool® Lebih Bagus Berbanding Bahan Tradisional

Seawool® menonjol lantaran jejak alam sekitar dan juga sifat fabriknya:

  • Tahan bau
  • Penyerap kelembapan
  • Menawarkan perlindungan daripada UV

Di samping itu, serbuk cangkerang tiram di dalamnya ialah bahan keberkonduktan terma yang rendah, lantas dapat menawarkan kestabilan suhu.

Seawool® juga mempunyai kelebihan kos dan alam sekitar:

  • 1/10 daripada kos bulu angsa
  • 1/20 daripada kos bulu biri-biri bergred tinggi
  • Penggunaan air yang lebih rendah berbanding bulu angsa dan bulu biri-biri
  • Berprestasi lebih baik bagi penyerapan air berbanding poliester
  • Ciri tahan bau yang lebih baik berbanding kapas
  • Pengawalaturan terma setanding dengan fabrik keberkonduktan rendah yang lebih mahal, namun 1/6 hingga 1/10 daripada kos

Sebuah dunia lestari di dalam cangkerang tiram

Biarpun Taiwan mengeluarkan anggaran 100,000 tan cangkerang tiram setiap tahun, kuantiti yang jauh lebih besar dihasilkan di AS dan China, menonjolkan betapa banyaknya bahan mentah semula jadi ini.

Menukar cangkerang tiram menjadi serbuk fungsian memerlukan proses khusus yang dikuasai oleh Creative Tech yang mempunyai kelebihan pengeluaran unik dan menyokong pembuatan secara berskala besar. Memandangkan permintaan terhadap bahan peka alam sekitar dlihat semakin meningkat, Creative Tech berada di kedudukan yang baik untuk memberikan kualiti dan skala yang konsisten buat jenama-jenama fesyen yang mencari alternatif lestari.

Latar Belakang Creative Tech Textile

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan berpangkalan di Tainan, Taiwan, Creative Tech Textile ialah penginovasi yang terkemuka bagi tekstil lestari. Paling terkenal dengan bahan Seawool® berpaten yang proprietari—diperbuat daripada cangkerang tiram yang dibuang dan botol PET dikitar semula—syarikat ini menghasilkan fabrik berprestasi tinggi dengan kelembutan asli, pengawalaturan haba dan penghalang bau. Sebagai pengeluar yang diperakui oleh Bluesign®, Creative Tech membantu jenama-jenama pakaian global mengguna pakai tekstil pusingan yang mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://hansglobaltextile.net/en/

A Taiwanese oyster farmer contributes to a circular future — his discarded shells are transformed into Seawool®, a sustainable and high-performance textile.
A Taiwanese oyster farmer contributes to a circular future — his discarded shells are transformed into Seawool®, a sustainable and high-performance textile.

 

Source: Creative Tech Textile
Keywords: Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Textiles