omniture

Hisense Ungguli Kedudukan Global pada S1 2025 untuk MiniLED, 100-inci dan lebih serta TV Laser

Hisense
2025-06-07 10:24 92

QINGDAO, China, 7 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, terus memperkukuh kepimpinannya dalam teknologi paparan premium. Menurut data S1 2025 Omdia, Hisense menduduki kedudukan No.1 di seluruh dunia mengikut bahagian volum bagi TV 100-inci dan lebih, TV MiniLED dan TV Laser.

Hisense mendahului pasaran TV 100-inci dan lebih dengan bahagian volum global sebanyak 56.7%, menduduki kedudukan No. 1 pada tahun 2023, 2024 dan S1 2025. Bagi TV MiniLED, Hisense mendaki ke kedudukan teratas dengan bahagian volum global sebanyak 29.3%, lalu menggambarkan pertumbuhan pesat dan kepercayaan pengguna terhadap inovasi lampu belakangnya. Hisense turut mengekalkan kedudukan peneraju dalam pasaran TV Laser, dengan bahagian volum global sebanyak 69.6% yang kukuh, lantas meneruskan penguasaan globalnya selepas menduduki kedudukan No.1 selama enam tahun berturut-turut, berdasarkan data Omdia.

Prestasi yang kukuh ini menggambarkan komitmen Hisense dalam tempoh jangka panjang terhadap inovasi skrin besar, pengimejan dikuasakan AI dan pengalaman audio-visual yang imersif.

Hisense ialah jenama pertama yang diumumkan di peringkat global sebagai rakan kongsi rasmi FIFA Club World Cup 2025™, lalu menunjukkan strateginya yang berpandangan jauh dan pengaruh antarabangsa yang semakin meningkat. Berdasarkan pencapaian ini, Hisense melancarkan kempen globalnya "Own the Moment" ("Hayati Detik ini"), seterusnya memantapkan kepimpinan globalnya dan menghubungkan teknologi termaju dengan keghairahan peminat sukan di seluruh dunia. Kempen ini menggambarkan komitmen Hisense untuk memperkasakan detik-detik sukan yang tidak dapat dilupakan dengan teknologi premium — lantas membolehkan peminat melihat, merasai dan menghayati keterujaan sehebat ini.

Hisense turut bekerjasama dengan pakar audio Perancis Devialet bagi tujuan meningkatkan prestasi bunyi merentas produk-produk terkininya, seterusnya memberikan pengalaman hiburan rumah yang lebih beraneka dan lebih imersif. Peningkatan audio ini akan tersedia melalui kemas kini perisian, dengan kebolehdapatannya bergantung pada model dan wilayah tertentu.

Menerusi komitmen terhadap kecemerlangan teknologi dan nilai pengguna, Hisense berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentumnya pada tahun 2025 dan selanjutnya.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023-2024). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Telecommunications Awards