omniture

Perkasa Masa Depan HPC: MiTAC Pamer Platform Pelayan Termaju di ISC High Performance 2025

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-06-10 20:24 76

HAMBURG, Jerman, 10 Jun 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings Corp. (TSE:3706) dan pengeluar yang terkemuka bagi reka bentuk platform pelayan memperkenalkan Platform Pelayan Termaju di ISC High Performance 2025, Reruai #A02. Dengan membawakan AMD EPYC™ 9005 Series dan pemproses Intel® Xeon® 6, platform-platform ini menonjolkan komitmen MiTAC dalam menyampaikan prestasi yang teguh, kecekapan dan kebolehskalaan yang disesuaikan dengan keperluan khusus untuk pengkomputeran AI.

Penyelesaian Platform Intel® Xeon® 6: Mengimbangi Prestasi dan Kecekapan Tenaga untuk Beban Kerja Dipacu AI

MiTAC memperkenalkan pelayan berasaskan Intel terkini yang dioptimumkan untuk beban kerja pusat data moden:

  • R2520G6 – Pelayan komput dwisoket 2U yang dibina khas untuk prestasi dan kecekapan kuasa merentas aplikasi AI, awan dan perusahaan. Menyokong sehingga 8TB ingatan DDR5, empat slot PCIe 5.0 x16 dan pilihan storan U.2 dan E1.S yang fleksibel, R2520G6 memberikan asas yang teguh dan boleh skala untuk operasi intensif-data.
  • M2710G6 – Sistem 2-nod 2U yang menyasarkan penyedia perkhidmatan awan dan hiperpenskala. Setiap nod menyokong pemproses Intel Xeon 6900P tunggal dengan sehingga 128 teras bagi setiap nod yang mengupayakan virtualisasi berketumpatan tinggi dan pengaturan beban kerja bekas secara meluas.
  • G4520G6 – Platform komput terpecut-GPU untuk AI dan HPC, dilengkapi dengan dwipemproses Intel Xeon 6700P dan lapan slot GPU lebar berganda, memberikan keupayaan pemprosesan selari yang luar biasa. Sistem ini termasuk 32 slot DDR5-6400 RDIMM dan bekalan kuasa 80 PLUS Titanium lewah untuk daya pemprosesan maksimum dengan penggunaan tenaga teroptimum.

Dibina berasaskan seni bina Intel Xeon 6, penyelesaian daripada MiTAC mengintegrasikan pemecut AI, I/O berkelajuan tinggi dan reka bentuk sedar kuasa bagi memenuhi permintaan pengkomputeran pintar yang kian berkembang dengan pendekatan yang lestari.

Platform AMD EPYC™ 9005 Series: Pengkomputeran Boleh Skala dengan Kelestarian Dipertingkat

MiTAC memanfaatkan kelebihan prestasi setiap watt daripada pemproses AMD EPYC™ 9005 Series bagi menyampaikan kecekapan generasi akan datang untuk AI, HPC dan beban kerja natif-awan:

  • TYAN GC68C-B8056 – Pelayan soket tunggal 1U dibina khas untuk persekitaran awan dan AI berketumpatan tinggi. Membawakan 24 slot DDR5 DIMM, 12 petak silih panas NVMe U.2 2.5-inci tanpa alat dan reka bentuk terma dioptimumkan, platform ini memberikan prestasi komput yang tinggi dengan kecekapan tenaga yang utama dalam industri. 
  • M2810Z5 – Sistem soket tunggal 4-nod 2U yang menyokong pemproses AMD EPYC 9005. Setiap nod dilengkapi dengan 12 slot DDR5 DIMM (sehingga 3TB ingatan setiap nod) dan menyokong empat pemacu E1.S yang mengupayakan komput modular yang padat dengan ingatan boleh skala dan sumber storan—amat sesuai untuk pengaturan AI dan HPC yang menitikberatkan ruang dan kuasa.

Penyelesaian berasaskan AMD daripada MiTAC memperkasakan organisasi-organisasi untuk meningkatkan kelestarian pusat data, mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan skala dengan cekap—tanpa menjejaskan prestasi.

Alami Komitmen MiTAC terhadap Inovasi Lestari

Di ISC 2025, MiTAC menunjukkan pendekatannya yang berpandangan jauh terhadap infrastruktur pintar—dengan menyediakan platform yang menyokong beban kerja AI dan HPC generasi akan datang sekali gus memajukan kelestarian pusat data.

Kunjungi MiTAC di Reruai #A02 bagi mengetahui bagaimana penyelesaian dikuasakan Intel dan AMD kami mengupayakan pengkomputeran berprestasi tinggi yang cekap tenaga dan dibina untuk masa depan operasi AI, awan dan hiperskala.

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation

MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri yang bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan kaedah-kaedah yang ketat bagi memastikan kualiti tanpa kompromi bukan sahaja pada peringkat barebone tetapi, lebih penting lagi, pada peringkat sistem dan rak—yang melaluinya prestasi sebenar dan integrasi menjadi aspek yang paling penting. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing daripada syarikat-syarikat yang lain dalam industri ini. Syarikat ini menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, aplikasi HPC dan AI, seterusnya menjamin prestasi yang optimum dan kebolehskalaan.

Menerusi tapak kehadiran di peringkat global dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global—MiTAC Computing menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang dicipta untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan pendinginan cecair, berserta integrasi produk pelayan Intel DSG dan TYAN baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol lantaran inovasi, kecekapan dan keandalannya, lantas memperkasakan perniagaan untuk mengatasi cabaran masa depan.

Laman web MiTAC Computing Technology Corporation : https://www.mitaccomputing.com/

 

 

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Related Stocks:
TSE:3706 Taiwan:3706 Taiwan:3706.TW
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things