Klippa Shopping Centre, Toppen Shopping Centre, dan IPC Shopping Centre membawakan dunia permainan secara nyata melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman menyeronokkan untuk kanak-kanak dan keluarga
KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sempena cuti pertengahan tahun ini, Ikano Centres dan Mattel menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai pengembaraan penuh imaginasi, kreativiti dan keseronokan dengan "Play Without Limits: A Mattel Adventure", sebuah aktiviti rentas pusat beli-belah untuk seisi keluarga. Selepas muncul buat kali pertama di Klippa Shopping Centre dari 17 hingga 25 Mei, keriangan akan diteruskan di Wilayah Selatan dan Tengah menerusi Toppen Shopping Centre dari 31 Mei hingga 15 Jun, dan IPC Shopping Centre dari 5 hingga 15 Jun, mengalu-alukan keluarga-keluarga dengan anak-anak untuk menerokai pelbagai aktiviti, bengkel, dan cabaran menarik bersama jenama ikonik Mattel seperti Barbie, Hot Wheels, UNO, dan Scrabble.
Cuti sekolah adalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Ia adalah peluang untuk mereka berehat daripada rutin harian sambil meneroka dunia berimaginasi, dan permainan. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk keluarga meluangkan masa berkualiti dan mencipta memori yang bermakna bersama-sama.
Low Kiu Fung, Ketua Jenama dan Komunikasi, Ikano Centres berkata, "Di Ikano Centres, kami percaya bahawa pusat beli-belah hari ini perlu menjadi lebih daripada sekadar tempat membeli-belah,, ia perlu menjadi destinasi yang memberi inspirasi dan menghubungkan komuniti.. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Mattel untuk menjayakan "Play Without Limits: A Mattel Adventure" di semua pusat beli-belah di Malaysia. Kami ingin menyediakan ruang untuk keluarga mencipta kenangan indah dan menghidupkan semula semangat zaman kanak-kanak. Melalui kerjasama ini, kami berbangga untuk mencetuskan kreativiti, imaginasi, dan keseronokan komuniti di bawah satu bumbung.
"2025 menandakan 80 tahun usaha Mattel metakrifkan semula permainan melalui kreativiti, inovasi, dengan perkaitan kebudayaan. Setelah kami berkembang menjadi peneraju global dalam dunia mainan, dan hiburan keluarga, perkongsian strategik bersama Ikano Centres menjadi semakin bermakna. Di Mattel, kami percaya akan kuasa bermain untuk memberi inspirasi, mendidik kanak-kanak, dan merapatkan hubungan kekeluargaan.. Kerjasama kami bersama Ikano Centres menghidupkan visi ini dengan mengubah ruang harian menjadi destinasi dinamik di mana kanak-kanak boleh meluaskan daya imaginasi mereka dengan jenama kesayangan kami. Bersama-sama, kami komited untuk menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan meningkatkan keupayaan diri, sesuai dengan misi global kami untuk memperkasakan generasi yang akan datang melalui permainan yang penuh makna." kata Murat Ariksoy, Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan.
Play Without Limits: A Mattel Adventure di Toppen Shopping Centre
Di Toppen Shopping Centre, pengunjung sekeluarga boleh menikmati musim cuti sekolah yang dipenuhi dengan aktiviti kreativiti, penerokaan, dan keriangan tanpa henti bermula dari 31 Mei sehingga 15 Jun. Sepanjang tempoh kempen, pengunjung dijemput untuk menyertai beberapa siri aktiviti menyeronokkan seperti perlumbaan kereta di Hot Wheels Loop Challenge dan cabaran perlumbaan dalam permainan video digital Hot Wheels Unleashed 2: Turbocharged, serta menyelami keajaiban dunia patung Barbie dalam acara Barbie Tea Party dan menerusi Talent Show : Barbie 'You Can Be Anything' kanak-kanak boleh mempersembahkan kerjaya impian mereka, sejajar dengan tema Barbie tahun ini, 'Limitless Possibilities' (Impian Tanpa Batasan).
Play Without Limits: A Mattel Adventure di IPC Shopping Centre
Dari 5 hingga 15 Jun 2025, IPC Shopping Centre akan dipenuhi dengan suasana meriah melalui pelbagai bengkel kreatif, permainan dan aktiviti bertema. Antara acara utama termasuk Hot Wheels Monster Trucks Challenge dan Hot Wheels Loop Challenge di mana para pengunjung boleh berlumba menggunakan kereta pilihan Hot Wheel mereka; bengkel 'Barbie Accessorise Yourself' di mana kanak-kanak boleh mencipta hiasan Barbie menggunakan aksesori sendiri; Barbie Tea Party; serta pertandingan fesyen, Barbie 'You can be Anything' di mana fashionista cilik boleh bergaya dan memperagakan pakaian kegemaran mereka di pentas peragaan.
Untuk menjadikan pengalaman lebih bermakna, para pengunjung boleh membawa pulang barangan eksklusif Mattel melalui penebusan pemberian hadiah dengan belian. Antara barangan yang ditawarkan termasuk kereta mainan Hot Wheels Monster Trucks 1:70 atau Hot Wheels Monster Trucks 2-pack Asst, beg makan tengah hari Hot Wheels Monster Trucks, set warna Barbie dan beg uncang UNO edisi terhad, barangan Istimewa ini dicipta sebagai kenangan manisuntuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang datang berkunjung.
Untuk menambah lagi keseronokan mereka yang datang berkunjung, "Play Without Limits: A Mattel Adventure" juga akan menganjurkan 5th Scrabble Tournament for Beginners 2025 (Pertandingan Scrabble Ke-5 untuk Amatur, 2025) bersama Persatuan Scrabble Malaysia. Pusingan kelayakan wilayah akan berlangsung di setiap Ikano Centres di mana peserta-peserta terbaik dari setiap rantau akan mara ke Peringkat Akhir Kebangsaan di IPC Shopping Centre pada Julai ini.
"Play Without Limits: A Mattel Adventure" bukan sekadar acara semasa musim percutian sahaja, ia adalah satu perayaan imaginasi, pendidikan, dan komuniti. Melalui kolaborasi menarik ini, Ikano Centres dan Mattel mengubah cuti sekolah menjadi detik bermakna dan mencipta kenangan terindah untuk pengunjung dan seisi keluarga mereka di seluruh Malaysia. Sama ada anda meminati lumba kereta, ingin mengejar impian, atau sedang mencipta kenangan bermakna, pengembaraan ini baru sahaja bermula.
Untuk maklumat lanjut tentang 'Bermain tanpa Had: Kembara bersama Mattel', layari Klippa Shopping Centre di Facebook atau Instagram; Toppen Shopping Centre di website, Facebook, atau Instagram; IPC Shopping Centre di laman website, Facebook, Instagram, atau TikTok atau laman rasmi Facebook Mattel.
ABOUT IKANO CENTRES
Our portfolio of shopping centres are the hearts and hubs of our communities, creating a better everyday life for the 100 million visitors who visit us every year. Together with our IKEA stores, we create meeting places for friends and families to have a safe and fun day out. We also develop land and invest in residential, office and other types of real estate to create vibrant destinations where people can live, work and play. With strong ambitions to grow our portfolio, we currently operate five meeting places in Malaysia and Thailand. These include IPC and MyTOWN in Kuala Lumpur, Toppen in Johor Bahru, the first phase of Klippa in Batu Kawan, and Megabangna in Bangkok. We are part of Ikano Retail, one of 12 IKEA franchisees and the only one owned by the family of Ingvar Kamprad, who founded IKEA in 1943. To learn more, visit our Ikano Centreswebsite or LinkedIn page.
ABOUT HOT WHEELS®
Hot Wheels cars revolutionized boys' toys in 1968 with an original line of super-fast, customized cars built for speed, power, performance and attitude. Now, more than 55 years later, Hot Wheels is a global lifestyle brand that represents the coolest cars imaginable in scales from miniature to full-size. Hot Wheels cars are also popular collectibles for adults and each year, introduces a new line-up of innovative vehicles, track sets and playsets.
ABOUT BARBIE™
Barbie was founded in 1959 by Ruth Handler, a mother and visionary entrepreneur, whose inspiration for Barbie came from watching her daughter project her dreams and aspirations onto paper dolls. Recognizing a gap in the market, which only offered baby dolls for girls to imagine themselves as caregivers, Ruth invented the fashion doll category with a three-dimensional doll that girls could use to imagine their future selves. Ruth's philosophy behind Barbie was that through the doll a little girl could be anything she wanted to be and that she has choices. Over the brand's 60 years, Barbie has empowered girls to imagine themselves in aspirational roles from a princess to president.
ABOUT MATTEL
Mattel is a leading global toy company and owner of one of the strongest catalogs of children's and family entertainment franchises in the world. We create innovative products and experiences that inspire, entertain, and develop children through play. We engage consumers through our portfolio of iconic brands, including Barbie®, Hot Wheels®, Fisher-Price®, American Girl®, Thomas & Friends®, UNO®, Masters of the Universe®, Monster High® and MEGA®, as well as other popular intellectual properties that we own or license in partnership with global entertainment companies. Our offerings include film and television content, gaming and digital experiences, music, and live events. We operate in 35 locations and our products are available in more than 150 countries in collaboration with the world's leading retail and ecommerce companies. Since its founding in 1945, Mattel is proud to be a trusted partner in empowering children to explore the wonder of childhood and reach their full potential. Visit us online at mattel.com.