omniture

Memperkasa Revolusi AI: Investbanq Percepat Kemajuan Digital dalam WealthTech

Investbanq
2025-06-11 21:16 21

SINGAPURA, 11 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Investbanq, sistem pengendalian kekayaan dikuasakan AI untuk pejabat keluarga, pengurus aset dan bank, memperoleh dana Pra-Siri A sebanyak AS$3 juta. Pusingan ini menarik penyertaan daripada Constructor Capital, Orvel, Big Sky Capital dan beberapa pelabur terkemuka yang lain, lantas menekankan permintaan pelabur yang semakin meningkat terhadap infrastruktur WealthTech generasi akan datang.

Investbanq Accelerates Digital Breakthrough in WealthTech
Investbanq Accelerates Digital Breakthrough in WealthTech

Baru-baru ini, Investbanq menarik perhatian global dengan memenangi Meet the Drapers, iaitu rancangan syarikat pemula antarabangsa yang diadili oleh pemodal teroka Tim Draper dan dengan menerima anugerah "WealthTech Terbaik - AI" daripada Global Private Banker, mengesahkan sekali lagi kepimpinan teknologi dan potensi pasaran globalnya.

Latar Belakang Investbanq 

Investbanq ialah platform pengurusan kekayaan generasi akan datang yang mengupayakan bank, pengurus aset dan pejabat keluarga beralih menjadi pemain WealthTech yang dipacu AI. Produk WealthOSnya membolehkan pengurusan yang cekap bagi pengumpulan modal yang berkembang pesat daripada golongan milenial mewah dan pelabur natif secara digital yang lain di seluruh Asia dan rantau MENA.

"Bilangan individu yang memerlukan Pengurusan Kekayaan termaju semakin meningkat selama 50 tahun dan akan dipercepat secara mendadak oleh GenAI," kata Dr. Serg Bell, Pengasas dan Pengerusi Constructor Capital. "Enjin AI yang dinamik dan adaptif daripada Investbanq mencipta portfolio terpelbagai pada masa nyata, menyempurnakan proses onboarding dalam beberapa hari dan bukannya beberapa bulan serta mengurangkan halangan yang wujud sejak dahulu lagi buat mereka yang ingin mengakses peluang pasaran swasta."

Ibu pejabat Investbanq terletak di Singapura, dengan pejabat-pejabat tambahan berada di Kazakhstan dan UAE. Syarikat pemula ini telah melengkapkan program EBRD Star Venture dan kini didaftarkan dalam kedua-dua NVIDIA Accelerator dan First Rate Connect—bukti sokongan pakar yang kukuh dan potensi global platform ini.

"Kami ingin membantu mencipta sebuah dunia yang melaluinya sesiapa sahaja boleh menguasai, mengembangkan dan mewariskan kekayaan mereka dengan yakin dan jelas," kata Oz Zhiyenkul, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Investbanq.

"Kami gembira kerana pelabur yang berkongsi visi bersama kami terhadap masa depan WealthTech memberi kepercayaan mereka kepada Investbanq," tambah Tk Kantayev, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi.

Pelabur-pelabur Utama 

Pelabur utama melibatkan Constructor Capital, Big Sky Capital, Orvel dan pelabur Kazakhstan yang terkenal Yerkin Tatishev yang mana kesemuanya menyokong strategi syarikat bagi penskalaan pantas dan pembezaan teknologi.

"Saya telah mengenali Olzhas selama lebih 30 tahun lamanya dan saya sudah melihat Olzhas berkembang, belajar, mengatasi cabaran yang rumit dan sentiasa memberikan hasil yang konsisten. Ketika beliau berkongsi mengenai Investbanq bersama saya, saya tidak berasa ragu-ragu — ia menggambarkan karakternya: berstruktur, strategik dan bertanggungjawab. Saya melabur kerana saya percaya padanya dan pasukan yang telah dibina olehnya," ujar Yerkin Tatishev, Pengerusi Lembaga di Kusto Group.

"Kami melihat Investbanq sebagai kuasa transformatif dalam pengurusan kekayaan untuk HNWI dalam pasaran baru muncul yang mana penyelesaian perbankan swasta lazim selalunya tidak boleh diakses atau sudah lapuk. Dengan menggabungkan perkhidmatan nasihat diperibadikan dan dikuasakan AI dengan liputan kawal selia yang strategik di seluruh Singapura, Dubai dan Kazakhstan, Investbanq mampu menangani jurang pasaran yang jelas," kata seorang jurucakap Orvel.

Investbanq akan menggunakan dana untuk mengembangkan pasukannya, meningkatkan platformnya dengan alatan dan automasi pengurusan aset termaju, serta mempercepat pertumbuhan di seluruh Asia dan MENA.

Latar Belakang Investbanq 

Ditubuhkan secara bersama oleh Oz (Olzhas) Zhiyenkul dan Tk (Talgat) Kantayev, Investbanq yang berpangkalan di Singapura bertujuan untuk mentakrifkan semula masa depan pengurusan kekayaan dengan membina infrastruktur kewangan yang lebih inklusif, modular dan natif AI.

Source: Investbanq
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology Artificial Intelligence