omniture

Seraphim Dianugerahkan 'Pelaksana Terbaik' dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2025 Kiwa PVEL buat Kali Keenam

Seraphim Energy Group
2025-06-12 10:58 61

SHANGHAI, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Kiwa PV Evolution Labs (Kiwa PVEL), iaitu makmal ujian bebas yang diiktiraf di peringkat global, mengeluarkan Kad Skor Keandalan Modul PV 2025nya. Seraphim sekali lagi memperoleh gelaran 'Pelaksana Terbaik' dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2025 Kiwa PVEL yang menyaksikan kali keenam ia memperoleh anugerah industri yang berprestij ini.

Seraphim and Kiwa PVEL 'Top Performer' Awarding Ceremony at SNEC 2025
Seraphim and Kiwa PVEL 'Top Performer' Awarding Ceremony at SNEC 2025

Melalui Program Kelayakan Produk (PQP) yang ketat, Kiwa PVEL melaksanakan satu siri ujian yang mencabar ke atas modul PV, termasuk Kitaran Terma (TC600), Haba Lembap (DH2000), Degradasi Teraruh Berpotensi (PID), Degradasi Teraruh Cahaya (LID) yang digabungkan dengan Degradasi Teraruh Cahaya dan Suhu Tinggi (LETID) dan analisis PAN (Prestasi Selepas Penormalan). Penaksiran yang komprehensif ini menilai kadar keandalan dan prestasi modul merentas pelbagai dimensi. Melalui penilaian pada tahun ini, modul TOPCon siri Sable daripada Seraphim menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesemua parameter ujian dan sekali lagi menunjukkan kualiti produk Seraphim yang luar biasa dan reputasi jenama yang kukuh.

Pengiktirafan ini berfungsi sebagai penanda aras yang dipercayai untuk pembiaya, pembangun dan pengendali sistem, serta memberikan panduan berwibawa bagi tujuan membuat keputusan. Keandalan yang ditunjukkan oleh Seraphim memastikan output kuasa yang konsisten dan kos operasi yang lebih rendah sekali gus meningkatkan pulangan pelaburan projek, seterusnya mengukuhkan daya maju komersial dan kelebihan yang kompetitif di pasaran global. Tristan Erion-Lorico, Naib Presiden Kiwa PVEL, mengulas: "Kebingkasan luar biasa modul Seraphim di bawah keadaan ujian yang ketat menetapkan penanda aras yang baharu untuk industri ini. Kami gembira melihat Seraphim sekali lagi mencapai status 'Pelaksana Terbaik'. Komitmen tanpa henti mereka terhadap kualiti dan keandalan membantu menerobos sempadan teknologi PV dalam seluruh industri ini."

En. Polaris Li, Pengerusi Seraphim, menyatakan rasa terima kasihnya: "Kami berbesar hati dapat menerima gelaran 'Pelaksana Terbaik' daripada Kiwa PVEL. Pencapaian ini merupakan hasil bersama daripada dedikasi semua pasukan dan pengiktirafan profesional daripada Kiwa PVEL. Sebagai perintis dalam industri ini, kami tetap komited untuk memajukan inovasi teknologi dan menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi yang memacu nilai berterusan untuk pelanggan global kami. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf usaha masa lalu kami tetapi turut mendorong kami untuk terus maju ke hadapan. Seraphim akan terus memajukan teknologi kami dan meningkatkan prestasi produk kami, menyampaikan modul PV yang lebih cekap dan andal untuk pelanggan kami di seluruh dunia."

Menerusi kepakaran dalam pembuatan modul PV selama 14 tahun lamanya, Seraphim tetap komited untuk memberikan kualiti yang unggul. Melangkah ke hadapan, Seraphim akan terus membina produk modul yang andal untuk pelbagai aplikasi melalui inovasi teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara lelaran dan proses pengeluaran yang ketat—seterusnya mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan global dan menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon global.

Source: Seraphim Energy Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards General Manufacturing