SHANGHAI, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 Jun, Persidangan & Pameran Fotovolta Solar dan Tenaga Pintar Antarabangsa (Shanghai) ke-18 (2025) telahpun diadakan di Shanghai. Semasa berlangsungnya acara ini, Trina Green Hydrogen melancarkan tiga jenis peralatan hidrogen hijau kepada khalayak global yang memaparkan keupayaan penciptaan nilai syarikat ini dalam industri tenaga hidrogen global.
Pengelektrolisis PEM (Membran Penukar Proton) berskala-megawatt yang baru dilancarkan oleh Trina Green Hydrogen membawakan bahan elektrod membran PEM generasi baharu bagi memastikan operasi selamat pengelektrolisis bertekanan tinggi. Kepekatan hidrogen dalam aliran oksigen kekal di bawah 600 ppm dalam julat kuasa penuh. Di bawah ketumpatan arus terkadar 30,000 A/㎡, penggunaan kuasa DC adalah kurang daripada 4.3 kWj/Nm³. Teknologi pemangkin baharu mengurangkan penggunaan iridium logam berharga sebanyak 80%, dengan jangka hayat pemangkin teori melebihi 15 tahun dan kadar susutan voltan hanya 1.3 μV/j. Analisis kos menunjukkan bahawa kos peralatan boleh dikurangkan sebanyak 20%.
Pengelektrolisis alkali 2000 Nm³/j daripada Trina Green Hydrogen adalah berdasarkan generasi kedua siri TQ (Tianqing) yang menawarkan kestabilan dan kecekapan yang tinggi. Ia mengguna pakai bahan elektrod yang inovatif dan struktur pengelektrolisis teroptimum. Pada ketumpatan arus 4000 A/㎡, penggunaan kuasa DC adalah kurang daripada 4.3 kWj/Nm³ yang mencapai standard kecekapan tenaga Tahap 1 antarabangsa.
Sistem pengeluaran hidrogen bekas berskala-megawatt Trina Green Hydrogen boleh menghasilkan sehingga 1000 Nm³/j hidrogen seunit. Setiap unit mengintegrasikan pengelektrolisis, sistem BOP (Baki Loji), kabinet kawalan, kabinet penerus, sistem air dan komponen-komponen lain dalam bekas standard. Reka bentuk modular membolehkan pemasangan yang pantas. Bekas disambungkan melalui hos fleksibel yang tidak lagi bergantung pada pemasangan paip. Reka bentuk terpiawai mengurangkan masa pengangkutan, kos dan kitaran penghantaran sebanyak lebih 50%. Ciri-ciri reka bentuk seperti "bumbung terampai" dan "get langit-dan-bumi" meluaskan ruang operasi, mengupayakan pengudaraan semula jadi dan memastikan keselamatan sistem.
Apabila kos tenaga boleh baharu menurun dan kecekapan pengelektrolisis bertambah baik, hidrogen hijau akan menjadi lebih berdaya saing. Trina Green Hydrogen akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan prestasi produk, jangka hayat dan kestabilan—seterusnya menyediakan momentum yang berkekalan untuk dunia dikuasakan hidrogen pada masa akan datang.