omniture

APME Kekalkan Ramalan Pengambilan Pekerja Stabil Di Tengah-tengah Ketidakpastian Global pada S3 2025

ManpowerGroup
2025-06-12 15:58 22
  • Ramalan Guna Tenaga Bersih bagi S3 2025 di Asia Pasifik dan Timur Tengah (APME) ialah +28%, kekal sama seperti S2 2025 dan meningkat 7 mata daripada S3 2024.
  • Majikan di U.A.E. (+48%), India (+42%) dan China (+28%) melaporkan Tinjauan yang paling kukuh di rantau ini, dengan U.A.E. turut menduduki tempat pertama di peringkat global, mengatasi purata global sebanyak 24 mata.
  • Sektor Teknologi Maklumat mendahului hasrat pengambilan pekerja (+38%), diikuti oleh Kewangan dan Hartanah (+31%) serta Perindustrian dan Bahan (+29%).
  • Lebih daripada 6 dalam 10 (63%) syarikat di APME melaporkan peningkatan pelaburan mereka dalam automasi tugas atau proses.

SINGAPURA, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tinjauan Ramalan Guna Tenaga ManpowerGroup yang terkini mendedahkan Tinjauan pengambilan pekerja yang diperkukuh di seluruh APME bagi S3 2025, dengan Ramalan Guna Tenaga Bersih (NEO) mencapai +28%.

Q3 2025 ManpowerGroup Employment Outlook Survey - APME Key Findings
Q3 2025 ManpowerGroup Employment Outlook Survey - APME Key Findings

Tinjauan ini yang mengumpulkan data daripada lebih 12,434 majikan merentas 10 negara dan wilayah APME, menunjukkan pasaran buruh yang stabil dan bingkas yang mana perniagaan tetap komited terhadap pelaburan bakat biarpun semasa berlakunya hambatan ekonomi global.

"Biarpun berdepan dengan hambatan perdagangan global, sentimen pengambilan pekerja di seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah kekal teguh. Konsistensi ini menggambarkan keyakinan majikan yang berhati-hati dalam mengemudi landskap global yang rumit dan menekankan kebingkasan, kebolehsesuaian dan tumpuan strategik rantau ini ke atas pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang. U.A.E. khususnya menerajui dunia dalam Ramalan guna tenaga, melebihi purata global sebanyak 24 mata—bukti ketangkasan ekonomi, kestabilan dasar dan pelaburan yang berterusan dalam inovasi dan infrastruktur," kata François Lançon, Presiden Serantau, Asia Pasifik & Timur Tengah, ManpowerGroup.

Laporan APME turut menerangkan sebab-sebab utama berlakunya turun naik dalam pengambilan kakitangan. 40% majikan memetik pengembangan syarikat sebagai sebab utama peningkatan kakitangan. Sementara itu, 36% melaporkan cabaran ekonomi sebagai sebab utama berlakunya pengurangan tenaga kerja.

Lihat siaran akhbar penuh dan laporan bagi Tinjauan Ramalan Guna Tenaga ManpowerGroup S3 2025, termasuk sejauh mana tenaga kerja menua dan automasi mempengaruhi strategi HR, di sini: www.manpowergroup.com.sg/meos-apme.

Latar Belakang ManpowerGroup

ManpowerGroup® (NYSE: MAN), syarikat penyelesaian tenaga kerja global yang terkemuka, membantu organisasi-organisasi mencapai transformasi dalam dunia kerja yang kian berubah pantas melalui penyumberan, penilaian, pembangunan dan pengurusan bakat yang membolehkan mereka meraih kemenangan. Rangkaian jenama pakar kami – Manpower, Experis dan Talent Solutions – mencipta nilai yang jauh lebih besar untuk calon dan pelanggan merentas lebih daripada 70 negara serta wilayah dan telahppun melaksanakannya selama lebih 75 tahun.

 

Source: ManpowerGroup
Related Stocks:
NYSE:MAN
Keywords: Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research Market Research Reports