HUIZHOU, China, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Desay Battery, peneraju global bagi inovasi storan tenaga, meraih pencapaian penting di SNEC PV+ Expo2025, dengan mengumumkan satu perkongsian strategik bersama Demir Enerji, syarikat tenaga yang terkemuka di Turkiye. Kedua-dua pihak komited untuk berkolaborasi dalam beberapa projek storan tenaga di Ukraine, termasuk projek MHP Chicken Block Solar + ESS 2.5MW/5MWj, Projek MHP #1 dengan kapasiti 2MW/5MWj dan Projek #2 dengan kapasiti 20MW/40MWj, serta projek VOLTAGEG dengan kapasiti 10MW/40MWj.
"Melalui perkongsian kami bersama Demir Enerji, kami berasa teruja untuk membawa teknologi storan tenaga kami yang paling canggih ke pasaran tenaga Turkiye yang dinamik," kata Naib-Presiden Jack Guo daripada Desay Battery. "Kolaborasi ini merupakan satu langkah yang penting dalam strategi pengembangan global kami dan menonjolkan dedikasi kami untuk memajukan peralihan kepada tenaga bersih di peringkat global."
Di pameran ini, Desay Battery mempamerkan teknologi sel bateri termaju yang membawakan beraneka jenis produk. Barisan produk ini termasuk sel litium-ion berprestasi tinggi (DLP-100, DLP-280, DLP-314) serta bateri natrium-ion DSP-60 yang inovatif. Selain daripada teknologi sel, Desay Battery turut memperkenalkan sistem storan tenaga modularnya yang terdiri daripada modul litium boleh skala pada 100Aj dan 280Aj, seiring dengan pek bateri 52S yang membolehkan integrasi yang fleksibel. Bagi aplikasi komersial dan industri, syarikat ini memperkenalkan kabinet storan tenaga Lumos dengan kapasiti 215kWj dan 344kWj. Bagi kegunaan kediaman, tawaran termasuk ESS Kediaman LV 10-25kWj dan ESS Kediaman DCDC HV 21kWj (280Aj), direka untuk menyediakan penyelesaian yang cekap dan menjimatkan ruang untuk kediaman. Di samping itu, Desay Battery mempamerkan penyelesaian infrastruktur berskala besar, termasuk sistem storan bekas sejuk cecair ESS Utiliti 5MWj Vita yang menyokong kestabilan grid, serta kabinet bateri UPS yang direka untuk kuasa sandaran yang kritikal.
Produk-produk yang dipamerkan bukan sahaja menonjolkan kepimpinan Desay Battery dalam teknologi storan tenaga bahkan turut menunjukkan pemahaman syarikat yang mendalam tentang keperluan aplikasi yang pelbagai, berserta keupayaannya dalam menyediakan penyelesaian yang tepat dan disesuaikan.
"Dengan pengalaman khusus selama lebih 20 tahun, Desay Battery memantapkan kedudukannya sebagai penyedia storan tenaga Tahap 1 dan baru-baru ini mendapat tempat dalam Senarai Tahap 1 Storan Tenaga BloombergNEF bagi S2 2025. Pengiktirafan ini menekankan pendekatan bersepadu menegak syarikat yang meliputi seluruh spektrum bermula daripada pembangunan sel hinggalah integrasi sistem yang lengkap. Disokong oleh kemudahan pembuatan yang terkini dan proses kawalan kualiti yang ketat, Desay Battery terus menetapkan standard dalam industri storan tenaga."