omniture

Vantage Foundation Sertai The Habbit Factory Perkasa Suara Muda Melalui Keyakinan Kreatif

Vantage Foundation
2025-06-12 17:48 72

LONDON, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation dengan bangganya menyokong The Habbit Factory, sebuah badan amal berpangkalan di London yang menggunakan kuasa teater dan kreativiti bagi membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, daya tahan dan rasa ekspresi diri. Perkongsian ini menggambarkan komitmen Vantage Foundation terhadap keterlibatan komuniti dan pemerkasaan inklusif untuk golongan muda – terutamanya mereka yang datangnya daripada latar belakang yang terabai atau tidak beruntung.

The Habbit Factory menjadi jaguh dalam pembangunan belia kreatif selama lebih 20 tahun lamanya. Dengan fokus pada keterangkuman dan sokongan emosi, organisasi ini mencipta program berasaskan teater untuk kanak-kanak dan remaja bagi menambah baik pidato umum, penceritaan dan keyakinan peribadi. Hari ini, badan amal ini menyokong 156 orang muda melalui program keahliannya dan mendekati beratus-ratus orang lagi melalui jangkauan sekolah dan perkongsian pendidikan.

Vantage Foundation Joins The Habbit Factory to Empower Young Voices Through Creative Confidence
Vantage Foundation Joins The Habbit Factory to Empower Young Voices Through Creative Confidence

Sebagai sebahagian daripada misinya yang berterusan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat, sukarelawan Vantage Foundation menyertai bengkel kreatif The Habbit Factory, meluangkan masa dan tenaga mereka untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Antara sukarelawan ini ialah Ben Joseph yang memanfaatkan latar belakangnya dalam bidang tarian dan seni persembahan kepada sesi ini.

"Ramai kanak-kanak ini berasal daripada latar belakang yang tidak beruntung dan mungkin mengalami harga diri atau keyakinan diri yang rendah," kata Ben Joseph. "Dengan memperoleh kepercayaan mereka dan mewujudkan ruang sokongan, kami dapat membantu mereka berkembang, mengekspresikan diri mereka dan menemui siapa mereka. The Habbit Factory ialah tempat yang selamat dan memperkasakan untuk setiap kanak-kanak dan saya berbangga kerana telah menyumbang kepada sesuatu yang begitu bermakna."

Impak daripada badan amal ini sebahagian besarnya didorong oleh sukarelawan – kebanyakannya merupakan bekas peserta yang kembali semula untuk berbakti. Kitaran bimbingan dan transformasi ini menjadi aspek utama bagi kejayaan The Habbit Factory yang berterusan.

"Kami benar-benar seronok dapat menjadi tuan rumah untuk Vantage Foundation di The Habbit Factory. Ia merupakan peluang yang begitu bermakna untuk kedua-dua pasukan berinteraksi, berkongsi idea dan belajar daripada pendekatan satu sama lain terhadap impak komuniti," kata Lee Giles, Pengarah Artistik & Ketua Pegawai Eksekutif The Habbit Factory.

"Sokongan untuk The Habbit Factory benar-benar sejajar dengan misi kami di Vantage Foundation," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Kami percaya dalam hal pembinaan keyakinan melalui kreativiti dan perhubungan. Melihat sukarelawan kami mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif yang diterajui komuniti dan hebat mengesahkan sekali lagi komitmen kami untuk mencipta impak yang bermakna dalam kehidupan anak muda."

Vantage Foundation dan The Habbit Factory secara beriringan menunjukkan potensi luar biasa perkongsian yang bertunjangkan belas kasihan, kreativiti dan tujuan bersama. Melalui kolaborasi ini, mereka bermatlamat untuk membina masa depan yang melaluinya setiap kanak-kanak bukan sahaja mempunyai suara – tetapi juga berkeyakinan – untuk menggunakannya.

Vantage Foundation

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil bagi memacu inisiatif sosial yang memberi impak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Cision Influencer List - ESG