omniture

SKYWORTH PV di SNEC 2025: Memacu Era Baharu Capaian Solar Sejagat dengan Kecemerlangan Diperakui dan Perikatan Global

SKYWORTH PV
2025-06-13 23:15 17

SHANGHAI, 13 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah salah satu pameran solar yang terbesar di dunia —Ekspo Kuasa PV & ESS SNEC ke-18 — SKYWORTH PV menjadi tumpuan utama dengan mesej yang hebat:
"Membawa Era Baharu Capaian Solar Sejagat."

Bermula daripada inovasi produk rintis dan perkongsian strategik hinggalah pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, SKYWORTH PV mempercepat misinya untuk menyampaikan penyelesaian tenaga solar yang pintar, andal dan inklusif kepada pasaran global.

Pensijilan TÜV SÜD: Pencapaian Kepercayaan dan Kualiti

Sorotan utama acara pada tahun ini ialah pensijilan TÜV SÜD rasmi bagi siri penyongsang terikat-grid fasa-tunggal 7–10kW SKYWORTH PV, dianugerahkan semasa berlangsungnya SNEC 2025.

Diuji berdasarkan piawaian EN/IEC 62109-1/-2, pensijilan ini mengesahkan bahawa produk SKYWORTH PV memenuhi keperluan antarabangsa yang ketat bagi aspek keselamatan dan prestasi. Pencapaian ini bukan sahaja mengesahkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat yang teguh bahkan turut meningkatkan kredibiliti globalnya sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang dipercayai.

"TÜV SÜD ialah rakan kongsi yang amat dipercayai. Pensijilan ini menekankan kekuatan dan keandalan teknologi kami," kata Curry Chen, Pengurus Kanan Produk di SKYWORTH PV.

Perkongsian Strategik Percepat Inovasi Solar

SKYWORTH PV mengambil satu lagi langkah berani ke hadapan dengan menubuhkan perikatan strategik bersama dua pengusaha yang utama dalam industri PV:

•  Bersama-sama Aiko Solar, SKYWORTH PV akan mempromosikan secara bersama aplikasi teknologi modul ABC (sisi depan tanpa busbar) termaju dan membina bersama-sama barisan pengeluaran dengan kerajaan perbandaran Baise. Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti perindustrian, mengurangkan kos dan memajukan modul solar berkecekapan tinggi dalam seluruh rantaian nilai.

•  Bersama-sama Sungrow, SKYWORTH PV menandatangani perjanjian perolehan berfokuskan penyongsang untuk aplikasi teragih kediaman dan C&I pada tahun 2025. Dengan menggabungkan kekuatan, kedua-dua syarikat ini komited untuk menyampaikan penyelesaian sistem senario penuh dengan kecekapan yang lebih tinggi dan ketangkasan pasaran.

Kepimpinan Pemikiran: Visi untuk Capaian Solar Inklusif

Semasa acara ini, En. Lin Jin, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Lembaga SKYWORTH Group, menyampaikan ucaptama yang menekankan transformasi strategik SKYWORTH PV — daripada "sifar kepada satu" sepanjang lima tahun yang lalu.

Beliau menekankan mengenai hala tuju berpandangan jauh yang didorong oleh penaiktarafan teknologi, inovasi berasaskan senario dan ekosistem tenaga terhubung — kesemuanya berfungsi ke arah satu matlamat: menjadikan kuasa solar boleh dicapai oleh semua.

"Perjalanan kami adalah tentang mentransformasikan inovasi kepada keterangkuman. Capaian solar sejagat bukan sekadar satu visi — ia merupakan laluan yang kami bina secara aktif."

Bermula daripada kemajuan teknikal hinggalah pengiktirafan global, pameran oleh SKYWORTH PV di SNEC 2025 menggambarkan komitmennya untuk menjadikan tenaga bersih lebih cekap, inklusif dan boleh dicapai. Menerusi perkongsian industri yang kukuh, kecemerlangan yang diperakui dan penetapan minda global, syarikat ini membentuk masa depan solar — satu inovasi pada satu-satu masa.

 

Source: SKYWORTH PV
Keywords: Oil/Energy Utilities