QINGDAO, China, 15 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, meraikan pembukaan FIFA Club World Cup 2025™ sebagai Rakan Kongsi Rasmi, lantas memperkukuh komitmennya sejak dahulu lagi terhadap sukan global. Bagi Hisense, setiap perlawanan bukan sekadar suatu pertandingan, malah peluang untuk memberi inspirasi, berhubung dan memimpin melalui teknologi.
Sebagai Penaja Rasmi bagi FIFA World Cup™ pada tahun 2018 dan 2022 serta Rakan Kongsi Rasmi UEFA EURO 2016™, 2020™ dan 2024™, Hisense terus memperkukuh perhubungannya dengan kejohanan-kejohanan yang paling berprestij di dunia. Jenama ini meluaskan lagi pengaruhnya melalui perkongsian berprofil tinggi dalam bidang-bidang lain, termasuk PSG, NBA (Amerika Utara), NRL (di dalam Australia), Real Madrid (MEA & Sepanyol), NASCAR (AS), Red Bull Racing in Formula 1 serta organisasi-organisasi yang terkemuka dalam bidang e-sukan dan bola sepak.
Bagi peminat yang menonton dari rumah, Hisense mentakrifkan semula pengalaman hari perlawanan. Menurut Omdia, Hisense mendahului pasaran global bagi TV 100-inci dan lebih dengan bahagian volum sebanyak 56.7% pada tahun 2023, 2024 dan S1 2025, seterusnya menyampaikan skrin ultra-besar yang mencipta semula suasana stadium di ruang tamu serata dunia. Setiap hantaran, gol dan perayaan menjadi nyata dengan kualiti kejelasan yang imersif, lantas membuatkan para peminat berasa seperti menjadi sebahagian daripada aksi itu.
Memandang ke hadapan, Hisense tetap komited kepada misi jenamanya untuk memperkayakan kehidupan orang ramai melalui teknologi inovatif. Dengan memperkukuh kehadirannya merentas pelbagai platform sukan dan hiburan, Hisense berusaha untuk mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan yang dapat menghubungkan peminat di serata dunia. Melalui inovasi yang berterusan dalam teknologi paparan dan audio, jenama ini bermatlamat untuk menginspirasikan keghairahan, memupuk perpaduan dan memperhebat setiap penonton untuk benar-benar "Menguasai Detik ini" ("Own the Moment").
Melalui sinergi yang hebat antara perkongsian sukan dan paparan inovasi, Hisense terus membantu para peminat di merata tempat untuk "Menguasai Detik ini" dan menikmati keseronokan pertandingan ini—di mana-mana sahaja mereka berada.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.