omniture

ValueLabs Mengumumkan Rancangan untuk Menjadi OS Perusahaan Era Agentik

ValueLabs
2025-06-16 21:30 75

HYDERABAD, India, 16 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ValueLabs, syarikat perkhidmatan teknologi dan penyelesaian AI global, pada hari ini mengumumkan rancangan untuk beralih kepada Sistem Operasi Perusahaan (OS Perusahaan) Era Agentik, yang dikuasakan oleh platform AiDE® proprietari syarikat.

AiDE®, pada asalnya dibina untuk mempercepat penyampaian perisian, telah berkembang kepada lapisan kecerdasan yang kini menyokong cara ValueLabs beroperasi secara menyeluruh. Daripada pembangunan dan jualan produk kepada pengambilan pekerja dan operasi pelanggan, semua fungsi perusahaan teras sedang diimaginasikan semula melalui agen modular, autonomi dan sedar konteks yang disampaikan sebagai Aplikasi AiDE.

"Kami bukan sekadar menempatkan AiDE®. Kami menjadi AiDE®," kata Arjun Rao, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif ValueLabs. "Transformasi ini bukan tentang alatan. Ini ialah reka bentuk semula cara kami bekerja, cara kami belajar dan cara kami menyampaikan hasil. Ini juga merupakan model yang kami percaya syarikat lain boleh menerima guna dalam perjalanan masing-masing untuk menjadi natif AI."

Transformasi dalaman ValueLabs merangkumi penempatan AiDE® dalam bidang berikut:

•  Kitaran Hayat Pembangunan Produk dengan agen untuk pengurusan produk, reka bentuk, seni bina, pengekodan, pengujian, RCA, penempatan dan SRE

•  Operasi Pelanggan, termasuk suai tugas, BenAdmin, pengurusan tuntutan, penyampaian perkhidmatan IT dan sokongan pelanggan

•  Jualan, melalui Sage, rangkaian agen dikuasakan AiDE®untuk penjanaan petunjuk, penciptaan pembentangan dan aliran kerja aktiviti, yang disepadukan dengan Pasaran AiDE

•  Pengambilan pekerja, direka bentuk semula sebagai rancangan yang didayakan AI bertujuan mengendalikan penyaringan, penjadualan dan suai tugas dengan campur tangan manusia yang minimum

Langkah utama seterusnya dalam transformasi ini ialah Pipe, platform kerjasama dan perancangan perusahaan dalaman ValueLabs. Sebaik sahaja dilancarkan, Pipe akan berfungsi seiring dengan AiDE® bertindak sebagai sistem kawalan untuk perusahaan. Bersama-sama, kedua-duanya akan mendayakan antara muka masa nyata, perbualan dan penyesuaian bertujuan mencetuskan tindakan, menghubungkan pasukan dan mengautomasikan operasi. Sama ada menyelesaikan isu pelanggan, menghasilkan cadangan, atau menguruskan proses dalaman, AiDE® dan Pipe dijangka menjadi tulang belakang pintar syarikat.

"Kami bukan sekadar melakukan automasi. Kami sedang membina ke arah autonomi," kata Sam Alva, Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs. "Aplikasi AiDE sedang merancang usaha merentasi pasukan. Sistem kami mengendalikan rutin dan hanya mengajukan perkara yang memerlukan pertimbangan manusia kepada peringkat lebih tinggi. Ini membolehkan tenaga kerja kami menumpukan kepada kreativiti dan strategi."

Rancangan hala tuju ValueLabs termasuk:

•  Melancarkan Pasaran AiDE sebagai lapisan aplikasi agentik yang boleh ditemui untuk fungsi perniagaan teras

•  Menggunakan Sage untuk menunjukkan pelaksanaan pergi ke pasaran natif AI dalam kitaran penuh

•  Mengaktifkan Pipe dan AiDE® bersama-sama bertujuan mempamerkan cara perusahaan pintar akan beroperasi

Transformasi ini menggerakkan ValueLabs ke arah model operasi yang mendukung pembuatan keputusan teragih, tadbir urus Agentik dan pengajuan berasaskan sistem pintar. Syarikat menjangkakan ini bukan sahaja akan mengoptimumkan aliran kerja dalaman tetapi juga menyediakan rancangan tindakan kepada pelanggan untuk membina operasi natif AI masing-masing.

Maklumat Tentang ValueLabs

ValueLabs & AiDE®: OS Perusahaan Era Agentik Daripada Kejuruteraan kepada Segalanya — agen tersuai yang memperkasa perusahaan natif AI. Ditubuhkan pada tahun 1997, ValueLabs ialah firma Perkhidmatan AI Agentik global yang membantu perusahaan mencipta semula diri masing-masing sebagai organisasi natif AI. Teras transformasi ini adalah AiDE® — platform proprietari ValueLabs dan Sistem Operasi Perusahaan untuk Era Agentik. AiDE® mengintegrasikan agen AI berautonomi dibina khas dengan lancar merentasi kejuruteraan perisian, operasi perniagaan, analisis dan aliran kerja strategik. Bersama lebih 7,000 ahli profesional yang berkhidmat kepada lebih daripada 300 pelanggan perusahaan di seluruh dunia, ValueLabs memanfaatkan AiDE® dan model penyampaian Perkhidmatan sebagai Perisian berinovatif untuk membuka produktiviti, ketangkasan dan daya saing yang mampan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di: https://www.valuelabs.com/contact-us/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343811/ValueLabs_Logo.jpg?p=medium600 

Source: ValueLabs
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence