HANOI, Vietnam – 16 Jun 2025 — Stavian Chemical, pengedar dan pengeluar bahan kimia global yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan kenaikannya ke kedudukan ke-15 dalam pemeringkatan Pengedar Kimia Global 100 Teratas ICIS 2025 yang berprestij, naik daripada tangga ke-17 pada tahun 2024. Syarikat ini turut mengekalkan benteng kuatnya sebagai salah satu daripada 7 Pengedar Teratas di rantau Asia-Pasifik (APAC), lantas memperkukuh pengaruh strategik dan kecemerlangan operasinya di pasaran global.
Lonjakan yang ketara ini menggambarkan komitmen Stavian Chemical yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi, kelestarian dan penyelesaian berpusatkan pelanggan dalam industri pengedaran bahan kimia. Pemeringkatan ICIS, yang diiktiraf sebagai penanda aras industri ini, menilai syarikat-syarikat berdasarkan prestasi jualan, jangkauan global dan pertumbuhan yang strategik.
"Kami berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf oleh ICIS dan dapat melihat usaha kami dicerminkan melalui pemeringkatan pada tahun ini," kata En. Dinh Duc Thang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Stavian Chemical. "Pencapaian ini merupakan bukti dedikasi pasukan global kami, kepercayaan daripada rakan kongsi kami dan usaha kami yang tidak henti-henti dalam mengejar kecemerlangan untuk menyampaikan penyelesaian bahan kimia yang mampan di seluruh dunia."
Sepanjang tahun lalu, Stavian Chemical memperluas jejak globalnya, meningkatkan inisiatif transformasi digitalnya dan memperkukuh komitmen ESGnya. Langkah-langkah strategik ini memberi kedudukan kepada syarikat ini sebagai pengusaha yang utama dalam membentuk masa depan rantaian bekalan bahan kimia global.
Tatkala Stavian Chemical terus berkembang, ia tetap memfokuskan untuk menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingannya sekali gus menyumbang kepada ekonomi global yang lebih mampan dan bingkas.
Latar Belakang Stavian Chemical
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan beribu pejabat di Hanoi, Vietnam, Stavian Chemical ialah subsidiari utama Stavian Group, sebuah syarikat multinasional yang beroperasi dalam bidang teknologi, industri dan perdagangan antarabangsa. Sebagai peneraju global bagi pengedaran bahan kimia dan pengeluar peringkat tertinggi bagi pembungkusan, Stavian Chemical menyampaikan penyelesaian "Kedai Sehenti" komprehensif yang menghubungkan pelanggan melalui rangkaian pejabat dan gudang antarabangsanya dengan lancar. Menerusi rekod prestasi kecemerlangan yang terbukti dan pelbagai anugerah industri, Stavian Chemical kekal di barisan hadapan inovasi, komited untuk menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang bersepadu kepada rakan kongsi di pasaran serantau dan juga pasaran global.
Untuk maklumat lanjut mengenai Stavian Chemical, sila kunjungi: https://stavianchem.com/