omniture

HIMSS dan Informa Markets Bekerjasama untuk Mempercepat Pembaharuan Kesihatan Digital dengan Persidangan yang Ditempatkan Bersama di Malaysia untuk Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa

HIMSS-HEALTHCARE INFORMATION AND MANAGEMENT SYSTEMS SOCIETY
2025-06-17 08:02 79

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Persatuan Sistem Maklumat dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan (HIMSS) telah bekerjasama dengan Informa Markets untuk menempatkan bersama Persidangan Kesihatan HIMSS APAC 2025 dalam Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025, acara penjagaan kesihatan utama di Asia Tenggara, yang akan diadakan dari 16 hingga 18 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia.

HIMSS25 APAC is coming to Kuala Lumpur this July with support from the Ministry of Health Malaysia. From policy to practice, AI to interoperability, HIMSS25 APAC brings together the people, ideas and tools shaping the future of healthcare across Asia-Pacific. Attendees will gain access to hospital tours, VIP networking, in-depth education tracks, and full entry to all exhibition floors during International Healthcare Week. Register now: https://bit.ly/4lbcqlN
HIMSS25 APAC is coming to Kuala Lumpur this July with support from the Ministry of Health Malaysia. From policy to practice, AI to interoperability, HIMSS25 APAC brings together the people, ideas and tools shaping the future of healthcare across Asia-Pacific. Attendees will gain access to hospital tours, VIP networking, in-depth education tracks, and full entry to all exhibition floors during International Healthcare Week. Register now: https://bit.ly/4lbcqlN

Persidangan Kesihatan HIMSS APAC tahunan itu ialah satu daripada acara kesihatan digital paling berpengaruh di rantau ini. Persidangan berkenaan menawarkan sesi pendidikan yang disusun dengan pakar terkemuka mengenai topik penjagaan kesihatan yang kritikal, termasuk pembaharuan kesihatan digital, kecerdasan buatan, tadbir urus, keselamatan siber dan pembangunan tenaga kerja.

Ribuan ahli profesional penjagaan kesihatan termasuk klinisian, eksekutif hospital dan sistem kesihatan, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin kesihatan digital yang berwibawa akan berhimpun untuk berkongsi kajian kes dunia sebenar, strategi untuk mencapai kematangan digital dan inovasi terkini dalam teknologi penjagaan kesihatan. 

"Kami amat teruja untuk menempatkan bersama acara utama kami di rantau APAC dengan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Informa Markets," kata Hal Wolf, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sistem Maklumat dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan (HIMSS). "Perkongsian ini mewujudkan platform untuk menyampaikan cerapan kritikal, pendidikan peringkat pakar dan peluang mencipta rangkaian dengan rangkaian global organisasi kesihatan, penyedia penjagaan kesihatan, rakan kongsi teknologi dan kerajaan dunia. Acara yang ditempatkan bersama ini akan memperkasa pemimpin kesihatan dan teknologi dengan cerapan kritikal yang diperlukan untuk mempercepat kemajuan ke arah memenuhi cabaran yang kini dihadapi oleh ekosistem kesihatan global."

Perkongsian antara HIMSS dan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Informa Markets ini akan menawarkan peluang kepada ahli profesional kesihatan untuk bekerjasama dan bertukar-tukar cerapan dan idea dengan matlamat bersama untuk menambah baik penyampaian penjagaan dan hasil rawatan pesakit.

Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk IHW kerana kepimpinan Malaysia dalam memajukan pembaharuan kesihatan digital di rantau ini. Ketahui lebih lanjut atau daftar untuk acara ini. Ketahui lebih lanjut atau daftar untuk acara ini.

Maklumat Tentang HIMSS
Visi HIMSS ialah untuk merealisasikan potensi kesihatan sepenuhnya bagi setiap manusia, di mana-mana sahaja. Misi HIMSS ialah untuk membaharui ekosistem kesihatan global melalui kuasa maklumat dan teknologi. Bersama persatuan profesional yang terdiri lebih daripada 125,000 individu dan 1,500 sistem dan organisasi kesihatan, HIMSS menyediakan cerapan kritikal, alatan penilaian kematangan digital, khidmat nasihat, sumber pendidikan, pembangunan profesional dan peluang rangkaian kepada komuniti kesihatan dan teknologi global. Ketahui lebih lanjut di himss.org.

Hubungan Media: 
Albe Zakes
Pengarah Komunikasi HIMSS
albe.zakes@himss.org
+1.267.221.4800

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2712228/HIMSS25_APAC.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2511463/HIMSS_Logo.jpg?p=medium600

Source: HIMSS-HEALTHCARE INFORMATION AND MANAGEMENT SYSTEMS SOCIETY
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements Trade show news Future Events