omniture

Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor 2025 Mengeratkan Komuniti dan Memupuk Bakat Berlangsung di Toppen Shopping Centre

Toppen Shopping Centre
2025-06-17 14:36 14

Meraikan bakat lebih 2,000 murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) lebih dari 100 buah sekolah di seluruh negeri Johor

JOHOR BAHRU, Malaysia, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Melalui kolaborasi istimewa, Toppen Shopping Centre dengan bangganya menjadi tuan rumah Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor 2025 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor 2025 Fosters Community and Talent at Toppen Shopping Centre
Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor 2025 Fosters Community and Talent at Toppen Shopping Centre

Karnival meriah yang berlangsung selama tiga hari ini, dianjurkan di Toppen Shopping Centre dari 15 hingga 17 Jun, mengumpulkan lebih 2,000 murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dari lebih 100 buah sekolah di Negeri Johor. Acara ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta terhadap sukan dan membina semangat keterangkuman dan kekitaan untuk semua.

Karnival ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Dihormati Datin Sharmin Fazlina Binti Mohd Shukor, isteri Menteri Besar Johor dan wakil rasmi Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, sekali gus menyerlahkan lagi keistimewaan acara ini.

Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi murid berkeperluan khas ini pengalaman bersukan yang dapat membantu membina perkembangan fizikal, emosi, dan sosial mereka. Ia ia juga merupakan satu peluang istimewa untuk orang awam memahami dan meraikan keunikan murid berkerperluan pendidikan khas.

Acara telah bermula pada 15 Jun dengan Neon Night Run, di mana laluannya adalah aksesibel dan mesra untuk murid-murid berkerperluan pendidikan khas (MBPK) dan peserta lain. Pada hari berikutnya, pertandingan sukan telah diadakan, termasuklah Futsal, Badminton, Boccia, Susun Cawan (Cup Stacking), dan juga E-Sports. Perlawanan persahabatan ini membuka ruang kepada murid berkerperluan pendidikan khas (MBPK) dari usia 7 hingga 17 tahun untuk beradu tenaga dan mempamerkan kebolehan unik mereka semasa beraksi dalam pertandingan yang dianjurkan.

"Toppen Shopping Centre adalah tempat orang ramai datang berkumpul. Ia adalah pusat pertemuan untuk komuniti dari seluruh Negeri Johor. Karnival istimewa ini adalah contoh terbaik yang menggambarkan sokongan kami terhadap program yang melibatkan semua kategori komuniti kami," kata Sergey Aristarkhov, Toppen Shopping Centre. "Kami gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memperjuangkan penglibatan semua, menghargai murid berkerperluan pendidikan khas, dan meraikan pencapaian mereka melalui kemeriahan sukan yang menyeronokkan. Sebagai sebuah hab yang mempunyai pelbagai akses kemudahan, Toppen berbangga dapat menyediakan ruang untuk melangsungkan acara ini, di mana orang dapat saling berhubung dan kejayaan dapat disambut bersama-sama, selaras dengan matlamat utama karnival. Melakar pengalaman yang bermakna untuk setiap golongan daripada pelbagai latar belakang kehidupan sentiasa menjadi keutamaan kami di Toppen, selari dengan nilai yang dipupuk oleh Ikano iaitu memelihara kesejahteraan manusia dan juga planet."  

Inisiatif luar biasa ini adalah hasil kerjasama kukuh di antara sektor awam dan sektor swasta. Komitmen teguh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam menyokong perkembangan murid berkerperluan Pendidikan Khas turut sependapat bahawa Toppen merupakan lokasi yang sesuai untuk menganjurkan acara ini kerana persekitarannya yang meriah dan inklusif.

"Selain daripada penganjuran pertandingan sukan, karnival ini menyampaikan mesej yang kukuh tentang penglibatan dan peluang untuk semua lapisan masyarakat," tegas Hj. Mohd Hanafi Bin Samad, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. "Dengan memberikan murid berkerperluan pendidikan khas peluang untuk mengambil bahagian dalam kategori sukan, kami bukan sekadar menjalankan aktiviti fizikal sahaja malah memupuk perkembangan emosi, keyakinan diri, dan juga hubungan sosial mereka. Untuk turut sama merasai pengalaman bermakna ini, seluruh masyarakat dijemput untuk menyaksikan bakat mereka, mencabar idea lapuk, dan meraikan setiap kejayaan, bagi sama-sama membantu kami membina negeri Johor yang saling memahami dan merangkumi semua pihak."

Toppen komited untuk memastikan acara ini meninggalkan kesan positif yang berkekalan, menggalakkan sistem sokongan berterusan, pemahaman yang lebih mendalam, dan membuka lebih banyak peluang untuk masyarakat berkeperluan khas di dalam dan luar negeri Johor. Sebagai penghormatan kepada semua pengunjung, Toppen akan terus menunjukkan penghargaannya terhadap kepelbagaian yang menggambarkan keistimewaan negeri Johor.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang acara ini, layari www.toppen.my atau ikuti kami di Instagram dan Facebook.

Mengenai Toppen Shopping Centres

Toppen Shopping Centre merupakan pusat komuniti seluas 1.25 juta kaki persegi, yang menempatkan IKEA pertama di luar Lembah Klang sebagai penyewa utama. Salah satu ciri unik Toppen ialah The Topp, sebuah hab komuniti pertama seumpamanya di atas bumbung, menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk semua – dari hiburan tanpa henti hingga ke santapan alfresco dan pawagam terbuka.

Toppen adalah sebahagian daripada portfolio pusat membeli-belah milik Ikano Retail. Bersama dengan IKEA Tebrau, Toppen menyediakan destinasi gaya hidup yang menyeronokkan, menjadikan ia tempat pilihan bagi masyarakat di Selatan Malaysia dan sekitarnya untuk beriadah dan berbelanja dalam suasana yang unik.

Mengenai Ikano Centres

Portfolio pusat beli-belah kami adalah teras dan hab komuniti kami, mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk 100 juta pengunjung yang mengunjungi kami setiap tahun. Bersama-sama dengan gedung IKEA, kami mencipta tempat pertemuan yang selamat untuk teman dan ahli keluarga bergembira. Kami turut membangunkan tanah dan melabur ke dalam kediaman, pejabat dan lain-lain jenis hartanah bagi mencipta destinasi yang ceria di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja dan bermain. Dengan cita-cita kuat untuk mengembangkan lagi portfolio kami, kami ketika ini mengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah di Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami adalah sebahagian daripada Ikano Retail, satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad, pengasas IKEA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi LAMAN SESAWANG atau laman LINKEDIN Ikano Centres.

Source: Toppen Shopping Centre
Keywords: Retail Sporting Events Sports