QINGDAO, China, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, menjadi tumpuan global apabila mesej tepi padang yang berani iaitu TV "HISENSE 100", No.1 GLOBAL" muncul di stadium FIFA Club World Cup™ 2025 yang memperkukuh penguasaannya dalam teknologi paparan skrin besar.
Menurut data S1 2025 Omdia, Hisense menduduki kedudukan No.1 di peringkat global mengikut bahagian volum bagi TV 100 inci dan lebih (56.7%) dan TV MiniLED (29.3%). Hisense tekal memegang kedudukan utama di pasaran TV 100-inci dan lebih sepanjang tahun 2023, 2024 serta S1 2025 dan naik ke kedudukan teratas bagi MiniLED hasil daripada inovasi yang berterusan dalam teknologi lampu belakang dan imej.
Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan Hisense dalam kedua-dua segmen TV 100-inci dan lebih serta TV MiniLED, ULED MiniLED U7 Series direkayasa untuk peminat sukan dan permainan. Ia membawakan teknologi Mini-LED PRO bagi memberikan kontras yang lebih mendalam, kecerahan yang lebih tinggi dan perincian imej yang lebih halus berbanding TV LED standard. Dengan 165Hz Game Mode Ultra dan prestasi sinematik, U7 Series menawarkan pengalaman menonton yang lebih imersif dan responsif—lalu memperkasakan pengguna untuk menikmati setiap detik sepenuhnya.
Sebagai Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025™, Hisense memanfaatkan pentas global bagi memperdalam hubungan emosi bersama peminat sukan dan meningkatkan kebolehlihatan jenama. Momentum global ini disokong oleh kehadiran syarikat yang luas—beroperasi di lebih 160 negara, dengan 36 taman industri serta 31 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memacu inovasi setempat dan pembuatan yang bertaraf dunia.
Melalui produk dipacu inovasi dan pemasaran sukan yang hebat, Hisense terus membantu pengguna global "Menguasai Detik ini" ("Own the Moment")—seterusnya membawakan keseronokan stadium ke setiap rumah.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.