omniture

AsiaPay Jalin Kerjasama dengan McDonald's lancar Penyelesaian Pembayaran Dalam Talian Mudah, Tingkatkan Pengalaman Transaksi Pelanggan di Taiwan

AsiaPay
2025-06-17 20:39 19

TAIPEI, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- AsiaPay, penyedia bagi penyelesaian pembayaran digital yang terkemuka di Asia, mengumumkan pada hari ini mengenai satu perkongsian strategik bersama peneraju restoran perkhidmatan pantas global McDonald's bagi melancarkan penyelesaian pembayaran dalam talian bersepadu yang baharu di Taiwan. Kolaborasi ini diwujudkan bagi menyampaikan pengalaman transaksi yang lebih pantas, lebih selamat dan mudah sekali buat pengguna Taiwan.

Tatkala pembayaran digital mendapat penerimaan yang meluas, pengguna semakin mengutamakan aspek kelajuan, kemudahan dan juga keselamatan. Melalui perikatan ini, AsiaPay dan McDonald's akan mengintegrasikan pelbagai pilihan pembayaran dalam talian yang mencakupi kad kredit, pembayaran mudah alih dan e-dompet yang popular seperti JKOPAY dan LINEPAY, seterusnya memperkemas proses pembayaran untuk pelanggan yang membuat pesanan makanan.

Albert Yeh, Pengarah Pembangunan Perniagaan AsiaPay Taiwan, menyatakan: "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan McDonald's bagi menawarkan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel dan pelbagai kepada pengguna Taiwan. Dengan menggabungkan kepakaran teknologi AsiaPay dengan kumpulan pelanggan McDonald's yang luas, kami dapat mempercepat pemanfaatan pembayaran tanpa tunai di Taiwan dan meningkatkan pengalaman menjamu selera secara keseluruhan."

McDonald's tetap komited untuk mengutamakan kemudahan dan inovasi sebagai sebahagian daripada pengalaman pelanggannya. Kolaborasi bersama AsiaPay menyaksikan satu pencapaian yang penting dalam usaha transformasi digitalnya. Memandang ke hadapan, pelanggan — sama ada membuat pesanan di kedai, di kios layan diri atau melalui platform penghantaran — akan mendapat manfaat daripada transaksi yang lebih pantas, lebih selamat dan tanpa susah payah.

Perikatan yang strategik ini bukan sahaja memperkukuh infrastruktur pembayaran digital McDonald's bahkan turut menekankan kepimpinan teknologi AsiaPay melalui inovasi pembayaran dalam talian. Sistem pembayaran yang sofistikated daripada AsiaPay memperkemas aliran kerja pelaporan dan penyelesaian, seterusnya meningkatkan kecekapan operasi McDonald's. Dengan memanfaatkan keupayaan analitis data raya bersepadu AsiaPay, McDonald's akan memperoleh cerapan pengguna yang tidak ternilai mengenai corak pembelian dan keutamaan, lantas mengupayakan strategi pemasaran yang lebih bersasar dan penyempurnaan produk. Kedua-dua syarikat ini berusaha secara beriringan untuk menetapkan penanda aras industri baharu untuk pengalaman pembayaran dan kecemerlangan operasi dalam sektor hidangan makanan Taiwan yang kian berkembang pesat.

Latar Belakang AsiaPay

Ditubuhkan pada tahun 2000, AsiaPay, iaitu penyedia perkhidmatan pembayaran digital dan penyelesaian teknologi terulung, berusaha untuk membawakan penyelesaian dan perkhidmatan pemprosesan pembayaran elektronik yang canggih, selamat, bersepadu dan berkesan kos kepada bank, syarikat dan e-Perniagaan di pasaran seluruh dunia yang meliputi sekumpulan kad kredit antarabangsa, kad debit, kad prabayar, perbankan bersih, eDompet dan pembayaran kod QR, selain kutipan tunai.

Latar Belakang McDonald's 

McDonald's ialah salah satu rangkaian makanan segera yang terbesar di dunia dan memiliki rangkaian outlet yang luas di Taiwan. Syarikat ini komited untuk menyampaikan perkhidmatan menjamu selera terunggul dan pengalaman pengguna yang mudah.

Source: AsiaPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Restaurants Retail Financial Technology