omniture

Sunrise Group Diiktiraf tempat ke-6 antara pengedar kimia 100 Teratas Global 2025 ICIS

Sunrise Group
2025-06-17 21:00 23

NEW YORK, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sunrise Group sekali lagi menunjukkan kepimpinan industrinya dengan memperoleh tempat antara enam teratas dalam pemeringkatan Pengedar Kimia 100 Teratas Global ICIS 2025 yang berprestij dan tempat ke-2 di rantau Asia-Pasifik. Pengiktirafan ini menonjolkan prestasi operasi syarikat yang kukuh serta pertumbuhan yang mampan dalam sektor pengedaran bahan kimia, lantas mengesahkan sekali lagi kelebihan kompetitifnya di pentas global mahupun Asia-Pasifik.

Meluaskan Operasi dan Memperkukuh R&D

Pada tahun 2024, Sunrise Group mencapai kemajuan penting dalam pengeluaran dan penyelidikan yang seterusnya mengukuhkan lagi kehadiran pasarannya. Syarikat ini mewujudkan pangkalan pengeluaran seluas 42-ekar di dalam taman farmaseutikal peringkat kebangsaan dan melancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Hangzhou, lalu menekankan komitmennya terhadap inovasi dan pembangunan dalam industri kimia.

Satu pencapaian besar telahpun dicipta apabila subsidiarinya, Zhejiang Sunrise Pharmaceuticals berjaya melepasi semakan Amalan Pengilangan Baik Kesatuan Eropah (EU GMP). Di samping itu, Kilang Dachen, melalui kolaborasi bersama Bayer, memajukan projek Move-on-Site, memperkemas kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos.

Pertumbuhan Bingkas Di Tengah-tengah Cabaran Pasaran

Biarpun menghadapi persekitaran pasaran yang dinamik dan mencabar, Sunrise Group tetap teguh dalam pendekatannya yang berorientasikan pasaran, memfokuskan pada kecemerlangan operasi dan peningkatan perkhidmatan pelanggan. Pada tahun 2024, jualan syarikat ini mencapai USD 4.5 bilion yang menyaksikan peningkatan 8% tahun ke tahun. Sementara itu, portfolio pelanggan dan produk masing-masing meningkat sebanyak 20% dan 10%. Pencapaian ini menekankan keupayaan strategik Sunrise Group bagi mencapai penyesuaian, berkembang dan memperkukuh kedudukannya dalam industri pengedaran kimia global.

Komitmen terhadap ESG dan Pembangunan Mampan

Selain daripada pencapaian perniagaannya, Sunrise Group terus menerajui kemampanan dan tanggungjawab korporat. Zhejiang Sunrise Chemicals iaitu subsidiari kumpulan ini dianugerahkan Pingat Platinum EcoVadis yang seterusnya menggambarkan komitmennya terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Terlibat dengan begitu aktif dalam program-program tanggungjawab sosial dan usaha kebajikan awam, Sunrise Group tetap berdedikasi untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan korporat dan kesejahteraan masyarakat.

Memandang ke Hadapan: Pertumbuhan Masa Depan dan Perkongsian Global

Berdasarkan prestasinya yang kukuh pada tahun 2024, Sunrise Group bersedia untuk mencapai pengembangan yang selanjutnya di pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Dengan fokus yang teguh pada pembangunan mampan, syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan daya saing terasnya dalam pengedaran bahan kimia, memupuk perkongsian global serta menyampaikan produk dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggannya di seluruh dunia.

Latar Belakang Sunrise Group

Sunrise Group ialah sebuah perusahaan bahan kimia bersepadu dan terkemuka yang mengkhusus dalam pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan serta perdagangan antarabangsa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunrise dan perkhidmatannya, e-melkan kepada sfcc@sfcc.com.cn, atau kunjungi www.sunrisechemical.com.

Source: Sunrise Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Awards