omniture

Otis Gerakkan Mobiliti di The Westin Residences, Menara Kediaman Tertinggi di Pulau Pinang, Malaysia

Otis Elevator
2025-06-18 08:00 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Otis (NYSE: OTIS), syarikat pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator yang terkemuka di dunia akan memasang teknologi termaju serta penyelesaian pintar yang menerajukan mobiliti menegak untuk Westin Residence and Hotel by Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group), pemaju yang terkemuka di Malaysia.

Image: Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group)
Image: Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group)

Otis akan memasangkan 19 unit SkyRise® berkelajuan tinggi (berjalan sehingga 6 meter sesaat), 4unit Gen3™ dan sebuah lif kereta, serta 10unit eskalator Link™.

"Malaysia mengalami urbanisasi yang ketara dan pembangunan infrastruktur yang berkaitan, permintaan terhadap penyelesaian pengangkutan menegak yang cekap dan andal semakin meningkat," kata Pradeep Nair, Pengarah Urusan, Otis Malaysia.

"Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi bersama pelanggan jangka panjang kami Macrovest Sdn. Bhd bagi menyediakan sistem lif yang selamat, selesa dan pantas yang akan meningkatkan pengalaman penumpang untuk semua pelawat pada masa akan datang."

Image: Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group)
Image: Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group)

Menjulang 69 tingkat di atas wajah kota Pulau Pinang yang meriah dan Persiaran Gurney yang menghadap laut, Westin Residences akan menempatkan 498 unit residensi dan akan menjadi mercu tanda tertinggi di bandar tersebut. Turut mengiringinya, sebuah hotel 28 tingkat dengan restoran mewah akan menawarkan standard gaya dan kualiti yang luar biasa kepada pengunjung.

Latar Belakang Otis

Otis memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhubung dan berkembang maju dalam dunia yang lebih tinggi, lebih pantas dan lebih pintar. Peneraju global dalam pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator, kami menggerakkan 2.4 bilion orang sehari dan menyelenggara kira-kira 2.4 juta unit pelanggan di seluruh dunia – portfolio perkhidmatan terbesar dalam industri ini. Anda akan dapat menemui kami dalam struktur yang paling ikonik di dunia serta bangunan kediaman dan komersial, hab pengangkutan dan di mana-mana sahaja orang ramai bergerak. Beribu pejabat di Connecticut, AS, Otis mempunyai 72,000 pekerja yang mantap, termasuk 44,000 ahli profesional lapangan, kesemuanya komited terhadap pembuatan, pemasangan dan penyelenggaraan produk bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan penumpang kami di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.otis.com dan ikuti kami di LinkedInInstagram dan Facebook @OtisElevatorCo.

Source: Otis Elevator
Related Stocks:
NYSE:OTIS
Keywords: Construction/Building Hotels and Resorts Travel Contracts Licensing/marketing agreements