omniture

NETMARBLE BUKA PRAPENDAFTARAN GLOBAL UNTUK RPG PERTARUNGAN HAIWAN PELIHARAAN BESAR-BESARAN BAHARU STONEAGE: PET WORLD

Netmarble
2025-06-18 11:00 22

SEOUL, Korea Selatan, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Netmarble, pembangun dan penerbit yang terkemuka bagi permainan berkualiti tinggi, telahpun membuka prapendaftaran global secara rasmi untuk judul RPG pertarungan haiwan peliharaan besar-besaran berasaskan mudah alih yang akan datang, StoneAge: Pet World.

[Source: Netmarble]
[Source: Netmarble]

Berdasarkan Stone Age IP kegemaran yang dilancarkan pada tahun 1999 dan dinikmati oleh lebih 200 juta pemain di seluruh dunia, StoneAge: Pet World menawarkan pendekatan baharu kepada francais ini dan dalam masa yang sama mengekalkan daya tarikan ikonik dan ciri-ciri permainannya. Para pemain boleh menangkap dan memelihara beratus-ratus haiwan peliharaan yang unik dalam dunia prasejarah yang bersemangat sesuai dengan semangat asalnya. Siri baharu ini meningkatkan legasi menerusi sistem moden dan intuitif yang dibina untuk pemain permainan mudah alih masa kini.

Bagi menandakan prapendaftaran global, Netmarble melancarkan video acah pertama permainan ini. Para pemain boleh membuat prapendaftaran melalui laman web permainan rasmi, Google Play dan Apple App Store. Setelah dilancarkan, kesemua pemain akan menerima capaian percuma kepada dua haiwan peliharaan tunggang dan setiap haiwan peliharaan dalam-permainan.

Dalam StoneAge: Pet World, para pemain memulakan usaha pencarian epik untuk menjadi Jurulatih Haiwan Peliharaan terunggul dengan mengumpul, membesarkan dan bertarung dengan pelbagai jenis haiwan peliharaan, termasuk kegemaran peminat seperti Mogaros, Veldor dan Yangidon. Permainan ini menawarkan penyesuaian strategik mendalam yang membolehkan pemain membina dek pertempuran besar-besaran dengan sehingga enam jurulatih dan 18 haiwan peliharaan—24 unit kesemuanya. Setiap jurulatih dan haiwan peliharaan mempunyai kemahiran unik yang mengupayakan pelbagai jenis kombinasi taktikal.

Ciri-ciri klasik daripada permainan asal, termasuk tunggangan, penangkapan haiwan peliharaan dan strategi pertempuran jurulatih-haiwan peliharaan hibrid, telahpun diberikan nafas baharu untuk khalayak moden. Para pemain juga boleh menikmati sistem ciri-ciri permainan baharu seperti Clans untuk pembinaan suku koperatif dan Boss Raids "Advent Battle" epik di mana sehingga 100 haiwan peliharaan boleh bertarung sekali gus.

Perkembangan terkini yang selanjutnya mengenai prapendaftaran global untuk StoneAge: Pet World akan dikongsikan di laman web rasmi.

Latar Belakang Netmarble Corporation

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit permainan global yang terkemuka. Melalui francais yang disanjung dan perkongsian strategik dengan pemegang IP peringkat tertinggi, syarikat ini menyampaikan pengalaman permainan yang inovatif dan menarik kepada khalayak di seluruh dunia. Sebagai syarikat induk Kabam, SpinX Games, Jam City dan pemegang saham utama HYBE dan NCSOFT, portfolio Netmarble yang pelbagai merangkumi Solo Leveling:ARISESeven Knights Idle AdventureTower of God: New WorldLineage 2: RevolutionMARVEL Future FightNi no Kuni: Cross Worlds dan The Seven Deadly Sins: Grand Cross. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com.

Source: Netmarble
Related Stocks:
Korea:251270 Korea:251270.KS
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services