omniture

LA ROCHE-POSAY RAIH RM 100,000 UNTUK MERAPATKAN JURANG PENJAGAAN DERMATOLOGI DI MALAYSIA

La Roche-Posay
2025-06-18 11:51 20

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- La Roche-Posay komited untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kulit yang bertauliah bagi rakyat Malaysia. Usaha ini semakin penting kerana terdapat kurang daripada 200 pakar dermatologi untuk 33 juta penduduk di negara ini[1], iaitu hanya seorang pakar bagi setiap 165,000 penduduk.

Malaysian Skin Foundation telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 hasil kutipan daripada kempen Dermakan Derma Care anjuran La Roche-Posay. Dalam gambar (dari kiri ke kanan): Pengarah Komersial L’Oréal Dermatological Beauty, Lloyd Teo; Ketua Perdagangan Watsons, Carrol Tan; Wakil Jawatankuasa Malaysian Skin Foundation, Dato’ Dr. Noor Zalmy Azizan; Pengarah Pemasaran L’Oréal Dermatological Beauty, Natalie Goh; dan Pengarah Perubatan L’Oréal Dermatological Beauty, Nicole Liang.
Malaysian Skin Foundation telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 hasil kutipan daripada kempen Dermakan Derma Care anjuran La Roche-Posay. Dalam gambar (dari kiri ke kanan): Pengarah Komersial L’Oréal Dermatological Beauty, Lloyd Teo; Ketua Perdagangan Watsons, Carrol Tan; Wakil Jawatankuasa Malaysian Skin Foundation, Dato’ Dr. Noor Zalmy Azizan; Pengarah Pemasaran L’Oréal Dermatological Beauty, Natalie Goh; dan Pengarah Perubatan L’Oréal Dermatological Beauty, Nicole Liang.

Dalam usaha mencapai misi ini, La Roche-Posay baru-baru ini telah melancarkan klinik percuma khusus buat komuniti terpinggir di Lembah Klang. Inisiatif ini menyingkap realiti jurang dalam penjagaan kesihatan kulit di Malaysia, di mana terdapat ramai penduduk yang tidak pernah mendapatkan perkhidmatan pakar dermatologi dan hanya bergantung kepada rawatan tradisional untuk merawat penyakit kulit kronik.

Daripada masalah jerawat yang teruk kepada dermatitis kontak dan ekzema yang tidak dirawat, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Penemuan ini menggariskan keperluan mendesak terhadap akses kepada penjagaan dan pendidikan.

Untuk merapatkan jurang penjagaan dermatologi di Malaysia, La Roche-Posay telah menyumbangkan RM2 bagi setiap produk yang dijual di Watsons Malaysia, dan berjaya mengumpulkan RM100,000 untuk menjayakan program bantuan jangka panjang bersama Malaysia Skin Foundation.

"Di La Roche-Posay, kami percaya bahawa penyembuhan kulit mampu mengubah kehidupan. Selama 50 tahun, kami telah mempelopori pelbagai inovasi sebagai bakti kepada masyarakat -  daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada pesakit kanser dan keluarga yang mengalami penyakit kulit kronik. Dana sebanyak RM100,000 ini merupakan langkah pertama kami untuk membawakan inovasi tersebut kepada mereka yang memerlukan. Kami akan berusaha untuk meningkatkan kesihatan kulit rakyat Malaysia," ujar Pengurus Besar L'Oréal Dermatological Beauty (Malaysia & Singapura), Anissa Mokrani. 

Inisiatif yang diketuai oleh pakar dermatologi Dato' Dr Noor Zalmy dan Dr Nur Syazwin Sies, serta disokong oleh duta jenama Hannah Delisha, membuka peluang kepada ramai penduduk untuk merasai pengalaman penjagaan kulit profesional buat pertama kali, di mana mereka menerima konsultasi percuma, pelan rawatan peribadi, sumbangan produk dan sokongan yang sangat diperlukan.

Para pesakit turut berkongsi kesan akibat masalah kulit yang tidak dirawat. "Saya tidak dapat tidur lena hampir setiap malam kerana selalu terjaga akibat kegatalan," kata Fina, penghidap dermatitis kontak. Sementara itu, Farihih yang mengalami masalah jerawat kistik mengadu, "Saya elak daripada bercermin kerana tidak yakin dengan penampilan saya."

Penganjuran klinik ini mendedahkan beberapa penemuan penting:

  • Bagi kebanyakan peserta, ini adalah kali pertama mereka berpeluang bertemu pakar dermatologi.
  • Masalah jerawat kistik dan dermatitis kontak akibat pekerjaan merupakan antara isu kulit yang paling mendesak.
  • Perubahan kecil dalam rutin harian boleh memberi kesan besar: pakar dermatologi menunjukkan kepada penduduk bagaimana langkah mudah seperti menanggalkan solekan sebelum tidur dan mencuci muka selepas memakai pelitup muka sepanjang hari dapat membantu mencegah jerawat dan meredakan kegatalan.

Selain itu, para peserta klinik tersebut turut menerima diagnosis segera, garis panduan penjagaan, dan kit permulaan La Roche-Posay, yang mengukuhkan lagi misi jenama itu untuk merapatkan jurang penjagaan dermatologi.

Kempen ini dirasmikan dengan penyerahan sumbangan daripada L'Oréal Malaysia dan Watsons Malaysia kepada Malaysia Skin Foundation, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap misi meningkatkan akses penjagaan kulit kepada semua rakyat Malaysia.

[1] Sumber: Malaysia Skin Foundation, https://malaysianskinfoundation.org 

About La Roche-Posay

Recommended by 90,000 dermatologists worldwide, La Roche-Posay's mission is to offer life-changing dermatological skincare solutions. Created by a pharmacist in 1975, the brand is today present in over 60 countries. It offers a unique range of daily skincare developed for every skin type to complement patients' treatments and promote good skincare practices adapted to each skin concern. The brand develops formulas with its exclusive Selenium-rich water, also used at its Thermal Center, the first Dermatology Centre in Europe, due to its antioxidant and soothing properties.

The products are developed using a strict formulation charter with a minimal number of ingredients and are formulated at optimal concentrations. Additionally, La Roche-Posay products undergo stringent clinical testing for efficacy and safety, even on sensitive skin. In 2020, the brand went a step further in its commitment to protecting the planet. Besides launching the first-ever conscious suncare tubes integrating cardboard, the brand announced a long-term plan to reduce its use of virgin plastic by 70% in 2025. Since 2019, the Fondation La Roche-Posay is also committed to improving the lives of children with cancer and their families.

For additional information about La Roche-Posay, visit www.laroche-posay.com.            

Issued on behalf of La Roche-Posay by Strategic Public Relations Sdn Bhd.  

Source: La Roche-Posay
Keywords: Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Retail Corporate Social Responsibility