omniture

Vantage Muncul Buat Julung Kalinya di Wealth Expo Perú 2025 Pamer Kepakaran Industri

Vantage
2025-06-18 14:42 58

PORT VILA, Vanuatu, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan sulungnya di Wealth Expo Perú 2025, sebuah acara industri kewangan yang terkenal di wilayah ini. Acara ini akan berlangsung di Westin Hotel yang berprestij di San Isidro yang terletak di tengah-tengah daerah kewangan Lima bagi menghimpunkan pedagang, pelabur, pakar teknologi kewangan (fintech) dan penyedia perkhidmatan kewangan bagi tujuan perkongsian ilmu, perangkaian dan perbincangan industri selama seharian.

Vantage Debuts at Wealth Expo Perú 2025 Showcasing Industry Expertise
Vantage Debuts at Wealth Expo Perú 2025 Showcasing Industry Expertise

Menyaksikan penampilan sulungnya di Wealth Expo edisi Peru, Vantage akan memperkenalkan penyelesaian inovatifnya dan berinteraksi dengan para hadirin daripada komuniti perdagangan dan gabungan. Penyertaan syarikat ini akan melibatkan tiga sesi ceramah yang diketuai oleh ahli-ahli pasukan pakarnya:

Rodrigo Martínez, Ketua Pasukan Pembangunan Perniagaan akan menyampaikan ucaptama tentang "Vantage: Smart Copy Trading Within Everyone's Reach" ("Vantage: Perdagangan Salinan Pintar Dalam Jangkauan Semua Orang") – menyelami secara mendalam mengenai platform perdagangan salinan Vantage yang intuitif dan boleh dicapai. Beliau juga akan menyertai pakar-pakar industri yang lain dalam panel yang membincangkan tentang arah aliran utama, cabaran dan perkembangan dalam ekosistem kewangan yang kian berkembang di Peru dan wilayah yang lebih luas. Dalam trek bengkel, Julio Vásquez, Pengurus Pembangunan Perniagaan akan berkongsi pandangan semasa sesi ceramahnya: "How to Turn Your Trading and Community into a Passive Income Machine" ("Bagaimanakah Untuk Mengubah Perdagangan dan Komuniti Anda menjadi Mesin Pendapatan Pasif").

Bagi memulakan sidang kemuncak ini dengan penuh gaya, Vantage akan menaja majlis sambutan koktel eksklusif pada sebelah malamnya sebelum acara utama. Perhimpunan peribadi ini akan mengalu-alukan para hadirin dengan layanan mesra dan peluang untuk berhubung dengan pasukan Vantage dalam suasana yang santai.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, berkongsi: "Kami berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam Wealth Expo Perú, sebuah acara penting dalam landskap kewangan Amerika Latin yang semakin berkembang. Wilayah ini terus menunjukkan minat yang ketara dalam bidang perdagangan serta inovasi dan kami berharap dapat berhubung dengan rakan kongsi industri dan pihak berkepentingan. Melalui pendidikan, teknologi dan kepercayaan, Vantage tetap komited untuk menyokong ekosistem kewangan yang kian berkembang." 

Kehadiran Vantage yang semakin berkembang menggambarkan komitmennya yang berterusan untuk menjadikan pasaran kewangan lebih mudah dicapai, telus dan menguntungkan untuk pedagang daripada semua peringkat pengalaman.

Untuk butiran lanjut mengenai inisiatif dan acara Vantage, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology