LOS ANGELES, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- XPPen, jenama inovasi seni digital yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya bersama Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy 2025 bagi memperkenalkan Anugerah XPPen sulung untuk Filem Pengijazahan. Inisiatif ini bertujuan untuk menonjolkan bakat-bakat baru muncul dalam industri animasi dan memberikan sokongan kepada pencipta muda dari serata dunia. Pada tahun ini, anugerah ini disampaikan kepada Haoyuan ZHU dan Jiali TAN dari China atas karya mereka yang cemerlang, "Won't Be Here."
"Kita perlu memperkasakan suara generasi baharu. Apabila pencipta yang berada pada titik permulaan penting dalam kerjaya mereka diberi perhatian, kisah mereka berpotensi membentuk dunia kreatif," ujar Amy Yuan, Pengarah Pemasaran XPPen semasa menjelaskan motivasi di sebalik pewujudan anugerah ini. "Kami juga amat berbesar hati dapat menyaksikan karya-karya cemerlang yang sebegini di festival tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan individu kreatif!"
Haoyuan ZHU, Jiali TAN and XPPen representative at the Annecy International Animation Film Festival in France ©ANNECY FESTIVAL / S. Clement
Meraikan Anugerah XPPen untuk Filem Pengijazahan
Sebagai salah satu festival animasi yang paling berprestij di dunia, Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy memaparkan lebih 3,900 penyerahan daripada lebih 100 negara pada tahun ini. Kategori "Filem Pengijazahan" dicipta khas untuk para pelajar yang mengkhusus dalam program animasi, menonjolkan kemuncak daya kreativiti pelajar dan berperanan sebagai batu loncatan yang penting untuk bakat-bakat baru muncul dalam industri ini. Dengan bekerjasama bersama Annecy bagi mewujudkan anugerah khas ini, XPPen menyasarkan untuk memberikan peluang dan sokongan yang lebih besar kepada pencipta Gen Z, lantas menggambarkan komitmennya untuk memupuk bakat kreatif dan serta mendorong sebuah ekosistem pencipta yang rancak.
Haoyuan ZHU, Jiali TAN and XPPen representative at the Annecy International Animation Film Festival in France ©ANNECY FESTIVAL / L. Gouttenoire
Daripada 45 filem pengijazahan yang disenarai pendek dari 30 negara, pencipta muda Haoyuan ZHU dan Jiali TAN dari China diberi penghormatan dengan Anugerah XPPen atas karya cemerlang mereka, "Won't Be Here". Karya yang luar biasa ini memaparkan gaya artistik yang tersendiri, menonjolkan emosi yang tidak ketara dengan palet yang kaya dengan warna-warna lembut dan rakaman panjang yang mahir, lalu mewujudkan suasana puitis yang benar-benar dapat dihayati secara mendalam. Anugerah ini menonjolkan bahawa animasi melangkaui lebih daripada sekadar alatan artistik, ia berfungsi sebagai satu bentuk medium kreatif yang melampaui bahasa dan mentafsirkan semula pengalaman insan yang benar-benar sejajar dengan misi jenama XPPen iaitu 'Membawa Kejutan kepada Artis bagi Merealisasikan Impian Seni Digital.'
Memperkasakan Daya Kreativiti dengan Teknologi Termaju
Sebagai sebahagian daripada Anugerah XPPen, para pemenang dihadiahkan dengan Artist Pro 24 (Gen2) 165 Hz bagi menggalakkan mereka untuk meraih pencapaian yang lebih besar dalam bidang animasi. Tablet ini merupakan paparan lukisan kadar segar semula tinggi 165Hz yang pertama di dunia, membawakan dwistilus X3 Pro, tahap tekanan 16K dan ketepatan warna yang disahkan oleh Calman (△E<1). Keupayaan termaju ini memberikan pencipta dengan pratinjau yang tepat dan maklum balas visual apabila mencipta video atau imej yang kompleks, seterusnya membolehkan mereka menghasilkan animasi yang berkualiti tinggi dengan berkesan.
Dalam bidang kreatif hari ini, pencipta Gen Z sering menghadapi halangan tinggi yang melibatkan peranti lukisan gred profesional. XPPen komited untuk mendemokrasikan capaian kepada alatan seni digital yang canggih, seterusnya membuka kemungkinan yang tiada batasnya untuk pencipta generasi akan datang dalam penceritaan animasi. "Apabila halangan teknologi disingkirkan dan hubungan kreatif diperkukuh, kita boleh menyuntik lebih banyak lagi kevitalan dalam dunia seni digital."
Selain daripada anugerah ini, XPPen menggalakkan keterlibatan peminat dengan menawarkan jemputan ke majlis penyampaian anugerah untuk juruanimasi yang bercita-cita tinggi melalui peraduan media sosial. Inisiatif ini menggambarkan komitmen XPPen dalam menyumbang kembali dan menyokong peminat kreatif dalam komuniti animasi.
Komitmen XPPen terhadap Masa Depan Animasi
Dengan dedikasi selama hampir 20 tahun lamanya dalam bidang seni digital, kolaborasi XPPen bersama Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy menekankan lagi komitmennya untuk memajukan inovasi dalam seni animasi serta pembangunan industri. Memandang ke hadapan, XPPen akan terus melaburkan sumber dalam usaha menyokong inisiatif-inisiatif seperti Festival Animasi Antarabangsa Ottawa dan Cabaran Komuniti 3D, seterusnya mendorong pertumbuhan dan kemajuan ekosistem seni animasi. Untuk butiran lanjut mengenai acara-acara akan datang atau produk-produk inovatif daripada XPPen, sila kunjungi Laman Web Rasmi XPPen.