Penyelesaian kediaman, C&I dan skala utiliti tindanan penuh menonjolkan integrasi pengurusan PV, storan dan tenaga yang lancar
NINGBO, China, 19 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 Jun 2025, Risen Energy memperkenalkan Penyelesaian Tenaga Boleh Baharu Tindanan-Penuh di Ekspo Kuasa PV SNEC kali ke-18. Barisan penyelesaian direka untuk menyampaikan ekosistem bersepadu sepenuhnya yang menghimpunkan modul, penyongsang, storan tenaga dan platform pengurusan tenaga pintar. Penyelesaian bersepadu secara menegak ini dibina untuk mempermudah perolehan, mengurangkan kerumitan operasi dan menyelesaikan sokongan selepas jualan yang berpecah-pecah—isu-isu biasa yang terus mencabar industri solar pada hari ini.
Penyelesaian Tenaga Boleh Baharu Tindanan-Penuh : Tiga Konfigurasi Sistem bagi Menyokong Aplikasi Kediaman, C&I dan Skala Utiliti
Bagi menyokong pelbagai keperluan pelanggan, Risen Energy membangunkan tiga penyelesaian sistem bersasar untuk pasaran kediaman, komersial dan industri (C&I) serta skala utiliti. Setiap konfigurasi menggabungkan perkakasan tersuai dengan perisian pintar bagi memastikan prestasi yang dioptimumkan dan pengurusan tenaga berpusatkan pengguna:
Penyelesaian Kediaman – Membawakan modul jenis-n berkecekapan tinggi, mikropenyongsang Luvit kompak dan sistem storan boleh tindan, tawaran ini direkayasa untuk memaksimumkan aspek keselamatan, kemudahan dan kecekapan tenaga untuk pemilik rumah. Sambungan Wi-Fi terbina dalam dan kefungsian penutupan pantas menyediakan pengurusan tenaga rumah yang lebih pintar dan lebih selamat.
Penyelesaian C&I – Dibina untuk taman industri, kilang dan persekitaran komersial yang lain, sistem hibrid ini menggabungkan PV, storan tenaga dan penjanaan diesel di bawah satu platform dan kesemuanya diurus melalui sistem Risen Cloud. Ini mengupayakan kawalan digital masa nyata, hujung ke hujung bagi penjanaan, storan, penggunaan dan pengimbangan beban—bagi memberikan pengurangan bermakna dari segi kos tenaga dan kebolehlihatan operasi yang lebih baik.
Penyelesaian Skala-Utiliti – Dikuasakan oleh sistem storan tenaga sejuk cecair eTron berketumpatan tinggi (6.9MWj seunit), penyelesaian berskala besar ini memberikan peningkatan 37% dalam ketumpatan tenaga dan peningkatan 23% dalam kecekapan ruang. Digandingkan dengan pemantauan awan dipacu AI, sistem ini membantu memaksimumkan output dan pulangan pelaburan untuk pembangun dan juga pengendali grid.
Teknologi unggulan yang dipamerkan di SNEC:
Modul Hyper-ion Pro – Menetapkan standard industri yang baharu, modul ini memberikan pengeluaran besar-besaran sebanyak lebih 730Wp, dengan nisbah kedwimukaan 90% dan pekali suhu ultra-rendah iaitu -0.24%/°C—melangkaui reka bentuk TOPCon dan juga sentuhan belakang dalam bidang prestasi teras.
Penyongsang Generasi Akan Datang – Direka dengan seni bina bersepadu satu peringkat, penyongsang ini mencapai lebih 98% kecekapan puncak dan peningkatan 4% dalam hasil tenaga berbanding model-model konvensional. Agihan beban tegasan simetri menyumbang kepada jangka hayat sistem 50% lebih lama dan nilai jangka panjang yang dipertingkat.
ESS Sejuk-Cecair iCon – Menawarkan kebolehskalaan modular dan integrasi langsung dengan pelbagai input tenaga, penyelesaian ini menggunakan sel LFP peringkat teratas dan membawakan perlindungan bertaraf IP55 untuk keandalan yang berpanjangan merentas pelbagai keadaan operasi.
ESS Modular Stack1 Risen – Direka untuk fleksibiliti penggunaan, sistem ini menyokong konfigurasi daripada 48 hingga 120kWj dengan seni bina modular yang seragam. Sistem perlindungan bateri enam peringkat dapat memastikan keselamatan, manakala penggunaan boleh diselesaikan dalam masa kurang lima minit menggunakan platform Risen Cloud untuk operasi dan penyelenggaraan yang intuitif.
Risen Energy turut memperkenalkan 4S Safety Architecture baharunya yang dibina berdasarkan model BMS+EMS+PCS tradisional dengan menambah Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS) proprietari. Penyelesaian ini menggunakan algoritma pintar dan strategi topologi bagi mencipta rangka kerja gelung tertutup untuk pencegahan, kawalan dan operasi pasti selamat—seterusnya meningkatkan penanda aras untuk aspek keselamatan bagi penggunaan storan solar.
"Bermula daripada sel hinggalah sistem, matlamat kami sentiasa untuk membawakan tenaga bersih dalam kehidupan seharian," kata Song Yifeng, Pengarah Pusat Produk di Risen Energy. "Masa depan tenaga tidak terletak pada produk mandiri, tetapi terletak pada sistem bersepadu yang pintar. Kami komited untuk memajukan inovasi dalam seluruh rantaian nilai tenaga."