omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi S4 dan TF2024

Coway Co., Ltd.
2025-02-17 10:00 21

 

  • Hasil S4 2024 Coway mencecah KRW 1,125.7 bilion (+12.1% YoY) dengan keuntungan kendalian berjumlah KRW 183.4 bilion (+10.4% YoY)
  • Hasil tahunan TF2024 syarikat berjumlah KRW 4,310.1 bilion (+8.7% YoY) dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 795.4 bilion (+8.8% YoY)
  • Coway merancang untuk memacu pertumbuhan yang mantap pada tahun 2025 dengan mempercepat strategi 'Coway Baharu'

SEOUL, Korea Selatan, 17 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengeluarkan keputusan kewangannya bagi suku keempat dan tahun fiskal 2024.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Kami berasa gembira dapat memberikan prestasi yang stabil dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa pada tahun 2024, biarpun di tengah-tengah persekitaran perniagaan yang mencabar," kata Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway. "Kejayaan ini didorong oleh pendekatan pengurusan kami yang berdisiplin dan komitmen kami untuk memperluas penyelidikan dan pembangunan (R&D). Memandang ke hadapan, tatkala kami mempercepat strategi 'Coway Baharu' ('New Coway') kami, kami akan memfokuskan untuk membangunkan produk dibezakan, inovatif dan memperluas jejak global kami demi memacu pertumbuhan yang mampan."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

  • Hasil suku keempat: KRW 1,125.7 bilion (+12.1% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku keempat: KRW 183.4 bilion (+10.4% YoY)
  • Hasil tahunan: KRW 4,310.1 bilion (+8.7% YoY)
  • Keuntungan kendalian tahunan: KRW 795.4 bilion (+8.8% YoY)

*Angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Pada tahun 2024, perniagaan domestik Coway mencatatkan hasil sebanyak KRW 2,581.7 bilion, menyaksikan peningkatan sebanyak 8.8% berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong oleh jualan kukuh produk utama seperti penulen air, pembersih udara dan bidet, serta jualan yang semakin meningkat bagi jenama BEREX yang mencapai pertumbuhan tinggi.

Subsidiari-subsidiari luar negara Coway melaporkan hasil tahunan sebanyak KRW 1,545.2 bilion pada tahun 2024, menunjukkan peningkatan 8.0% berbanding tahun sebelumnya. Di Malaysia, hasil tahunan menyaksikan peningkatan 6.6% berbanding tahun sebelumnya yang mencecah KRW 1,158.4 bilion, manakala subsidiari Amerika Syarikat mencatatkan hasil tahunan sebanyak KRW 214.2 bilion, meningkat 4.4% berbanding tahun 2023 dan Thailand mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang mengagumkan iaitu sebanyak 24.3% dan hasil tahunan sebanyak KRW 125.7 bilion.

Coway mengumumkan bahawa ia telah memutuskan dividen tunai akhir tahun sebanyak KRW 2,630 sesaham sebagai dividen akhir tahun. Jumlah pembayaran dividen mencecah KRW 189.1 bilion, menunjukkan peningkatan 93% berbanding jumlah dividen tahun sebelumnya iaitu sebanyak KRW 98.0 bilion (KRW 1,350 sesaham).

Di samping itu, Coway akan memperkenalkan 'Program Peningkatan Nilai Korporat' ('Corporate Value-Up Program') dengan fokus utamanya terhadap peningkatan nisbah pulangan pemegang saham daripada 20% sebelum ini kepada 40% dalam tempoh tiga tahun akan datang. Rancangan ini termasuk langkah-langkah seperti dividen tunai dan pembatalan syer perbendaharaan.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.  

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion Earnings