omniture

AMSC Malaysia Edisi Ke-4 Kembali pada 2025: Menghimpunkan Pemimpin Global dalam Perubatan Estetik, Dermatologi & Pembedahan

Aesthetic Medicine & Surgery Conference & Exhibition
2025-06-19 16:49 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan & Pameran Perubatan & Pembedahan Estetik (AMSC) kembali untuk edisi keempat yang amat dinanti-nantikan pada 6–7 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij.

Speaker presenting advanced facial aesthetic techniques during AMSC 2024 Malaysia at KLCC, held on 20–21 September
Speaker presenting advanced facial aesthetic techniques during AMSC 2024 Malaysia at KLCC, held on 20–21 September

Susulan kejayaan AMSC 2024 yang disertai lebih 1,500 peserta dan 153 pakar perubatan beratuliah penceramah pakar, edisi 2025 dijangka akan menetapkan standard yang jauh lebih tinggi. AMSC Malaysia 2025 akan mengumpulkan lebih daripada 1,600 delegasi, 160 penceramah yang ternama di dunia, 200 jenama global dan 20 rakan kongsi sokongan, termasuk 13 persatuan perubatan dan 7 rakan industri. Acara ini memperkukuh kedudukannya sebagai platform utama di Asia Tenggara untuk inovasi, pendidikan dan kolaborasi dalam perubatan estetik, dermatologi dan pembedahan.

Pengisian Saintifik & Kolaborasi Global Selama Dua Hari

Menjangkau dua hari yang penuh dinamik, AMSC 2025 akan menampilkan kemajuan klinikal terkini, demonstrasi secara langsung, serta kolaborasi merentas pelbagai cabang perubatan dan estetik, dengan pengisian daripada lebih 160 penceramah dari 30 negara termasuk Korea Selatan, Switzerland dan Australia.

Topik-topik akan bermula daripada rejuvenasi periorbital dan teknik-teknik pembedahan penegangan wajah (facelift) hinggalah estetik regeneratif dan inovasi penegangan kulit.

Dewan pameran akan mempamerkan lebih daripada 200 jenama antarabangsa premium, menawarkan pengalaman amali menerusi produk, peranti dan teknologi terkini yang membentuk masa depan perubatan estetik.

Kemuncak Program AMSC 2025

  • Kelas Pakar Kadaver Anatomi Wajah Perubatan Estetik (Edisi ke-3 )
    Sesi ekslusif ini menggabungkan teori dan praktikal dalam anatomi wajah, direka khas untuk professional estetik.Antara pakar yang bakal memberikan perkongsian ialah Dr Konstantin Frank(Sepanyol) dan Dr Luciano Lanfranchi (Itali) yang akan berkongsi kepakaran tentang keselamatan anatomi serta teknik-teknik rawatan suntikan yang tepat.
  • Kolaborasi Zon Pembedahan PINOKIO (6–8 Ogos 2025)
    Melalui Kerjasama strategik bersama Plastic Innovative Nasal Ormaxillofacial Korean International Organisation (PINOKIO) siri pendidikan pembedahan selama tiga hari ini merangkumi:
    • Hari 1: Fokus Pembedahan Hidung
    • Hari 2: Teknik-teknik Penegangan Wajah dan Dada
    • Hari 3: Kelas Pakar Kadaver Amali – Rinoplasti dan Pembedahan Penegangan Wajah

Sesi ini menawarkan latihan berasaskan kemahiran yang imersif berserta bimbingan daripada pakar bedah yang tersohor seluruh Asia.

  1. Persidangan SAM oleh Persatuan Perubatan Estetik Singapura
    Inisiatif Kerjasama Baharu ini memperkukuhkan hubungan serantau antara Malaysia dan Singapura melalui pertukaran ilmu dan amalan profesional dalam bidang perubatan estetik
  2. Forum Pengurusan Perniagaan 2.0
    Sesi ini mengetengahkan strategi pengurusan klinik, penjenamaan, pengalaman pesakit dan pembangunan perniagaan membekalkan tenaga profesional dalam bidang perubatan dengan ilmu dan alat untuk mencapai kejayaan yang mampan.

"AMSC Malaysia merupakan lebih daripada sekadar persidangan – di sinilah masa depan perubatan estetik dibentuk. Melalui pertukaran saintifik, latihan amali dan hubungan yang bermakna, AMSC menyampaikan pengalaman yang benar-benar transformatif," kata Dr Ting Song Lim, Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM).

Jadilah sebahagian daripada persidangan paling berpengaruh di Asia Tenggara yang menghimpunkan pakar estetik, pakar dermatologi, dan pakar bedah.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, kunjungi www.amsc.com.my.

Source: Aesthetic Medicine & Surgery Conference & Exhibition
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news Future Events