LINGSHUI, China, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Haier sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam kategori peralatan rumah bagi Senarai Pembina Jenama Global China 2025 50 Teratas yang berprestij yang dikeluarkan secara bersama oleh Google dan Kantar BrandZ. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Haier mendahului kategori industri ini dan tahun kesembilan berturut-turut ia kekal menjadi antara 10 jenama global China teratas yang mengukuhkan lagi pengaruh jenama globalnya.
Haier Ranks First in Industry on the Top 50 2025 Chinese Global Brand Builders List, Maintains Top 10 Position for 9 Consecutive Years
Diiktiraf sebagai salah satu sistem penilaian jenama global yang paling berwibawa, senarai Pembina Jenama Global China 2025 50 Teratas meliputi 11 pasaran global yang utama, termasuk A.S., U.K., Perancis, Jepun dan India serta menilai jenama-jenama dalam 15 kategori utama, seperti peralatan rumah, barangan elektronik pengguna dan automotif. Kedudukan ini adalah berdasarkan metodologi teguh yang menggabungkan Google Surveys, Google Search Index dan pangkalan data BrandZ Kantar, iaitu platform analitis jenama terbesar di dunia.
Kejayaan global Haier berpunca daripada komitmen yang strategik selama berdekad-dekad lamanya terhadap pertumbuhan jangka panjang dan penjenamaan bebas. Dalam tahun 1990-an yang lalu, Haier mengambil laluan yang berbeza dan bukannya eksport OEM seperti pengilang-pengilang yang lain, bertegas untuk membangunkan jenamanya sendiri dan menembusi pasaran matang, seperti Eropah dan A.S., sebelum berkembang ke wilayah-wilayah yang sedang membangun, termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika. Perjalanan ini yang berasaskan kepada pelaburan semula dan pertumbuhan yang mampan, mendayakan Haier untuk mencapai mampu diri kewangan di pasaran luar negara menjelang tahun 2016.
Bagi mencapai tujuan ini, Haier mewujudkan strategi 3-dalam-1 bersepadu di peringkat global (penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasaran setempat) bagi memenuhi dengan tepat pelbagai keperluan pengguna merentas wilayah-wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, berkenaan dengan kekurangan tenaga dan harga yang tinggi di Eropah, mesin basuh Haier X11 dilancarkan dengan ciri-ciri teknologi mesra alam dan keupayaan penjimatan tenaga yang dipertingkat, menawarkan penjimatan tenaga sebanyak 60% berbanding standard kelas-A yang ketat di Eropah.
Sepanjang perjalanan globalisasinya, Haier juga aktif bekerjasama dengan kejohanan tenis yang berprestij, termasuk Roland-Garros, ATP Tour, Terbuka Australia dan Terbuka China, dengan memanfaatkan IP sukan premium yang benar-benar penting untuk peminat sukan global dan pengguna mewah. Kolaborasi ini memperkukuh imej jenama Haier berkaitan "inovasi termaju" dan "gaya hidup premium" dalam minda pengguna seluruh dunia.
Pada tahun 2024, Haier Group melaporkan hasil global sebanyak USD 55.9 bilion, peningkatan 8% tahun ke tahun dan jumlah keuntungan global sebanyak USD 4.2 bilion, meningkat 13% tahun ke tahun. Hasil luar negara Haier Smart Home kini menyumbang sebanyak lebih 50% daripada jumlah perniagaannya, lantas menggambarkan kedudukan global syarikat yang kukuh. Sebagai salah satu perusahaan Cina pertama yang mencapai tapak kehadiran jenama global, Haier disenaraikan sebagai Jenama Peralatan Utama No.1 selama 16 tahun berturut-turut menurut Euromonitor yang menunjukkan kelebihan daya saing global yang berterusan dan hebat.
Sehingga kini, Haier telahpun bertapak kukuh di lebih 200 negara dan wilayah di serata dunia, mencapai kedudukan pasaran yang utama di negara-negara penting termasuk China, Amerika Syarikat dan New Zealand.
Di Eropah, Haier terus menjadi peneraju dalam pelbagai pasaran teras. Di Jepun, bahagian pasaran tergabung bagi jenama Haier dan AQUA berada di kedudukan No.1 dalam kategori penyejukan. Di Asia Tenggara, Haier menduduki tempat No.1 bagi bahagian pasaran keseluruhan. Di Thailand, ia menduduki tempat No.1 bagi barangan putih, penyejuk beku mendatar dan penyaman udara. Di Vietnam pula, Haier mendapat tempat No.1 bagi kategori peti sejuk dan mesin basuh, manakala di Malaysia, ia mendahului bagi penyaman udara kediaman dan juga penyejuk beku mendatar. Jenama ini turut memasuki senarai tiga teratas dalam sembilan pasaran utama seperti India dan Itali serta berada di kedudukan antara lima teratas di negara-negara termasuk United Kingdom dan Filipina.
Menerusi komitmen Haier dalam tempoh jangka panjang dan tidak berbelah bahagi terhadap strategi "3-dalam-1", mengintegrasikan pendekatan setempat yang diperkasakan dan inovasi produk yang berterusan, jenama ini bermatlamat untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat pengguna di seluruh dunia.