MEMBUAT PERSEMBAHAN SULUNG KAPAL MEREKA: ALOK, TIMMY TRUMPET, NICKY ROMERO GEGARKAN LAUT LEPAS NOVEMBER INI
SINGAPURA, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- IT'S THE SHIP, satu-satunya festival EDM Singapura dan Festival at Sea terbesar di Asia, mengumumkan pada hari ini gelombang artis pertama bagi edisi 2025 yang berlangsung pada 16-18 November di atas kapal persiaran Genting Dream serba mewah. Barisan bintang handalan ini mempersembahkan para artis muzik tarian elektronik yang tersohor di dunia yang akan membuat penampilan sulung persembahan kapal mereka di empat pentas yang menakjubkan.
Mengetuai barisan bintang ini ialah artis sensasi muzik elektronik Brazil, Alok yang membuat persembahan sulung kapalnya seiring bersama bintang handalan yang mahir menggunakan trompet Timmy Trumpet berserta legenda EDM Belanda Nicky Romero. Pakar muzik hardstyle Australia Code Black dan bintang yang sedang meningkat naik Tita Lau melengkapkan barisan yang pelbagai ini, sementara STMPD Collective – menampilkan DubVision, Justin Mylo dan Telykast – mempersembahkan syarikat rakaman berpengaruh milik Martin Garrix.
"Kami berasa sangat teruja mengumumkan gelombang artis pertama yang luar biasa ini yang akan mentransformasikan Genting Dream menjadi festival terapung terunggul," kata Samira Davidson, Ketua Projek IT'S THE SHIP. "Apa yang membuatkan barisan bintang ini cukup istimewa ialah setiap artis akan membuat persembahan sulung kapal mereka dan membawa tenaga yang segar untuk pengalaman festival kami yang unik."
IT'S THE SHIP merevolusikan pengalaman festival dengan menggabungkan muzik bertaraf dunia dengan pengembaraan pelayaran mewah secara lancar. Pengalaman yang imersif ini mewujudkan komuniti "rakan sekapal" yang akrab yang kembali setiap tahun demi suasana tiada tandingan yang hanya ditemui di samudera. Pengunjung festival dari seluruh Asia Tenggara tidak sabar-sabar menantikan pelayaran tahunan ini, tertarik dengan interaksi artis yang intim, set dek matahari terbit dan keakraban pencinta muzik yang bersatu di tengah-tengah lautan.
Festival di atas kapal persiaran Genting Dream ini membawakan empat pentas dengan hiburan tanpa henti, jamuan makan sepanjang masa, pesta bertema, aktiviti sampingan termasuk gelongsor air dan luncur keluang lautan, berserta capaian kepada kebanyakan kemudahan kapal.
Kabin tersedia bermula daripada USD899 dengan pelan ansuran bulanan ditawarkan. Semua tempahan termasuk penginapan, santapan, aktiviti, parti bertema dan capaian kepada semua persembahan.
IT'S THE SHIP 2025 disokong dengan bangganya oleh Sure Win, rakan kongsi Kasino Dalam Talian Rasmi kami.
Lebih banyak pengumuman artis diharapkan, dengan barisan artis yang lengkap dijangka akan memantapkan kedudukan IT'S THE SHIP 2025 sebagai pengalaman festival eksperiensial yang wajib dihadiri pada tahun ini.