![]() |
MWC25 Shanghai menyaksikan penyertaan dan kehadiran antarabangsa yang kukuh, dengan 45,000 peserta termasuk hampir 4,000 daripada Pengurusan Peringkat C dan lebih 40% mewakili industri di luar mudah alih
SHANGHAI, 21 Jun 2025 /PRNewswire/ -- MWC25 berakhir selepas tiga hari mempamerkan teknologi berinovatif, sesi ucaptama dan perbincangan yang kolaboratif. Robot humanoid berkarisma, teksi robot bandar, peranti didayakan AI, komunikasi satelit, EV dan lebih menggembirakan ialah 45,000 peserta dari 128 negara dan wilayah.
Peringkat kepimpinan berwibawa global yang ditetapkan oleh MWC25 menyaksikan hampir 40% daripada 400 penceramah acara ini datang dari pasaran antarabangsa. Dengan mengalu-alukan pembuat dasar dan pemimpin ke Forum Pemimpin Dasar GSMA yang pertama, termasuk 35 delegasi dari rantau seperti LATAM, Asia, Timur Tengah, Eurasia dan Afrika, MWC Shanghai menjadi platform yang sesuai untuk pemimpin perniagaan, pembuat dasar dan komuniti antarabangsa bertemu, menjalin rangkaian dan bekerjasama.
John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd., berkata: "MWC25 Shanghai sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai titik pertemuan global untuk industri ini. Inovasi teknologi China dan Asia yang luar biasa amat menakjubkan; dari lantai pameran ke pentas ucaptama, ini merupakan pengalaman mengagumkan kerana dapat melihat gabungan pelbagai syarikat dan idea yang memacu masa depan ketersambungan. Bagi pihak GSMA, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Wang Jingtao, Timbalan Menteri, Pentadbiran Alam Siber China; Tuan Yang Terutama Chen Jie, Timbalan Datuk Bandar Shanghai; Tuan Wu Jincheng, Gabenor Kawasan Baharu Pudong; dan semua peserta, pempamer, rakan kongsi dan penaja kami kerana menjadikan acara ini sebagai edisi MWC Shanghai yang berjaya. Kami sudah tidak sabar untuk menantikan kedatangan anda kembali pada tahun 2026."
400 penceramah dan pemimpin berwibawa menyertai lebih daripada 400 pempamer, penaja dan rakan kongsi bagi menyumbang kepada agenda yang padat dalam usaha untuk meneroka anjakan yang semakin pesat ke arah masa depan lebih bijak dan terhubung.
Vivek Badrinath, Ketua Pengarah, GSMA, berkata: "Minggu ini telah mengetengahkan kemajuan pesat ekosistem China dalam pembangunan 5G-Lanjutan, AI dan inovasi API terbuka pada laluan untuk mencapai potensi penuh 5G, MWC Shanghai terus menjadi platform berguna untuk berkongsi idea, melancarkan perkongsian dan diiktiraf bagi usaha penting. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini."
Ketua Wilayah Tanah Besar China GSMA, Sihan Bo Chen & Ketua MWC Amerika dan Shanghai GSMA, Erich Hermann mengambil teksi robo peringkat L4 oleh Kerajaan Pudong. Mereka menampilkan platform MWC25 Shanghai untuk kes penggunaan teknologi berinspirasi, menantikan MWC25 Las Vegas tempat pemimpin IT akan meneroka sambungan perindustrian yang membolehkan aplikasi dunia sebenar ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1882833/5380265/GSMA_Logo.jpg?p=medium600